Document Information
155 Reads | 0 Comments
Description
Kecemerlangan seringkali dikaitkan dengan kejayaan seorang pelajar dengan keputusan yang dikira dari sudut bilangan ‘A’ yang diperolehinya. Semakin hari, semakin ramai pelajar yang meningkat dan cemerlang dari sudut bilangan ‘A’ mereka sehinggakan bilangan mereka ini tidak mampu ditampung oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kecemerlangan akademik ini semakin meningkat tahun demi tahun yang akhirnya menyebabkan pihak institusi pengajian tinggi dan kementerian untuk kembali menilai keupayaan pelajar bukan dari sudut akademik semata-mata.
Kecemerlangan sebenar pelajar seharusnya lahir dari dua sudut yang perlu dilihat sebagai penting dan saling memerlukan. Pelajar yang cemerlang akademik tetapi buruk dari segi sahsiahnya, mereka ini akan mendatangkan kesusahan kepada majikan mereka kerana tidak mempunyai sikap yang betul terhadap pekerjaan mereka bahkan mungkin keluarga mereka. Tetapi, sebaliknya jika pelajar tersebut cemerlang dari sudut akademik dan sahsiahnya, sudah tentulah bukan sahaja mampu bekerja dengan baik, bahkan mempunyai sikap yang tepat terhadap sosial, emosi, rohani, intelek juga jasmaninya.
Modul Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Pelajar mengharapkan agar, dengan terlaksananya kem ini, pelajar akan mula mengenali diri mereka serta mampu untuk meletakkan sasaran dan matlamat yang jelas tentang kecemerlangan mereka. Bukan hanya tertumpu kepada perkara akademik, tetapi juga dari sudut sahsiah dan jatidiri.
1 Page