______________________________________________________________________________Atabah / tips penjagaan kereta / m.s 1 dari 44
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagiankereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai ditengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayardisebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untukkereta PLUS sampai dan tolong.Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPMyang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yangsepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check"padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan sayapernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadidia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper,lampu belakang wira aeroback tu.Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi.Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antaraminimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandudalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil iaada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut danlapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dancabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawahdaripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untukkereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangandengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yangpertama.Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan dibahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa jugatekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi kekedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyaksetiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact pointsetiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutamakusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi sekarang dah 5 tahun dan kancil yang saya berikan kepadanya tetap seperti 5 tahundulu dari segi performance dan kebersihan luar dan dalam kereta tanpa apa-apa masalah yang besar.
2. Tips mengenai aircon
Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akanmengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melaluicooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali danakan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnyabagaimana aircon kereta berfungsi.
Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.
1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksakandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perakyang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadikerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiatorkondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya