You are on page 1of 5

TINDAKAN GERAK BALAS

Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

BUKA SALURAN PERNAFASAN Pastikan mangsa mempunyai ruang tanpa sebarang sebarang gangguan agar senang untuk kita membantu nya.Cara melaksanakan bantuan saluran udara adalah mestilah meletakkan mangsa menelentang dengan tegak dan mulut mangsa mesti dibukakan.

PEMERIKSAAN PERNAFASAN Pemeriksaan pernafasan biasanya dilakukan selama rutin pemeriksaan fizikal. Dalam hal ini pemeriksaan pernafasan dasar akan dilakukan untuk memastikan bahwa seseorang mampu bernapas normal dan tanpa kesulitan. Dalam kebanyakan kes ini melibatkan mendengarkan paru-paru dengan stetoskop dan mungkin memiliki Anda bernapas ke dalam perangkat perubatan.

BANTUAN PERNAFASAN

Bantuan pernafasan adalah salah satu bantuan yang diberikan untuk membolehkan mangsa sedar semula(tekanan dari luar)

CPR PEMULIHAN KARDIO PULMONARI


CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alatalat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. Anda dengan menggunakan tangan, mulut dan fikiran yang logik boleh melakukan teknik ini.

oCara melakukan Pertolongan Cemas (CPR) Jika berlaku kemalangan atau mangsa lemas, anda boleh menyelamatkan nyawa mangsa dengan melakukan perkara berikut: 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, berikan perhatian kepada mangsa. 2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas. 3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.

4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat). 5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan. Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati. Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat. 6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai. 7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

BALUTAN LUKA Balutan luka ialah balutan yang dilakukan semasa kecederaan berlaku samada kecederaan kecil mahupun besar JENIS BALUTAN LUKA

Bantuan renjatan elektrik


Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock). Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik berkuasa tinggi dalam masa sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang dijanakan untuk kegunaan rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja

Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah atau di tempat kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik. Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. ---Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di kawasan bervoltan tinggi. Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR . Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba. Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka kepatahan yang berlaku seperti biasa.

RAWATAN KEKEJANGAN

semuanya merujuk kepada kejang otot. Keadaan ini lazimnya berlaku pada bahagian betis. Rasanya sangat sakit dan menyebabkan tubuh menjadi kejang seketika sehinggalah kekejangan itu beransur-ansur hilang dalam tempoh satu hingga tiga minit n hanya berlaku kepada individu yang aktif namun turut boleh berlaku pada orang yang sedang duduk, berdiri, baring atau tidur. Kejang otot berbahaya jika berlaku kepada orang yang sedang menyelam atau berenang. Kejang otot bukan hanya berlaku pada betis tetapi turut boleh berlaku pada perut dan tapak kaki.

Punca kejang otot adalah : 1. Dehidrasi 2. Kurang garam mineral 3. Kurang pengaliran darah pada bahagian kaki 4. Wujud darah bekuyang menghalang perjalanan darah

Rawatan Kejang Otot: Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan. Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari. Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk

You might also like