You are on page 1of 17

JADUAL PENGAGIHAN SOALAN TAHUN 4

PENGIRAAN PEMBAHAGIAN SOALAN BERDASARKAN KEMAHIRAN

BIL
1

KEMAHIRAN
Tatabahasa

Membaca dan
Memahami Petikan

Peribahasa

PURATA WAKTU
DALAM SEMINGGU
7 waktu dalam seminggu
7 x 4 = 28 waktu dalam
sebulan
28 x 5 = 140 waktu dalam
semester/penggal
1 waktu dalam seminggu
1 x 4 = 4 waktu dalam
sebulan
4 x 5 = 20 waktu dalam
semester/penggal
2 waktu dalam seminggu
2 x 4 = 8 waktu dalam
sebulan
8 x 5 = 40 waktu dalam
semester/penggal

BILANGAN
SOALAN

PEMBAHAGIAN SOALAN
14 Soalan

140 / 200 x 20
=14

(11 soalan objektif + 3 soalan subjektif)

2 soalan
20 / 200 x 20
=2

(2 soalan objektif + 0 soalan subjektif)

4 soalan
40 / 200 x 20
=4

( 2 soalan objektif + 2 soalan subejktif)

JADUAL PENGAGIHAN SOALAN

BAHAGIAN

BENTUK DAN
BILANGAN SOALAN

MARKAH

TAJUK

BILANGAN
SOALAN
MENGIKUT
TAJUK

Tatabahasa
A

Objektif
(15 Markah)

15 Markah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kata Hubung
Kata Tanya
Kata Adjektif
Kata Kerja
Kata Sendi
Tanda Baca
Kata Ganda
Penanda Wacana
Sinonim

11

Membaca dan
Memahami
- Petikan

Peribahasa
- Simpulan Bahasa
- Perumpamaan

Tatabahasa

Subjektif
(25 Markah)

35 Markah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kata Hubung
Kata Tanya
Kata Adjektif
Kata Kerja
Kata Sendi
Tanda Baca
Kata Ganda
Penanda Wacana
Sinonim

Membaca dan
Memahami
- Petikan

Peribahasa
- Simpulan Bahasa
- Perumpamaan

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4

Bil

Tajuk

Nombor
Soalan

Enam Aras Soalan Objektif

1

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Kata Hubung
Kata Tanya
Kata Adjektif
Kata Kerja
Kata Sendi
Tanda Baca
Kata Ganda
Penanda Wacana
Sinonim

1
1
1

Enam Aras Soalan Subjektif

6

1
1
1
1

1
1

1
1

6
1
2
2
2
1
2
2
1
1
2

1
1

Jumlah
Item

1
1

Membaca Petikan
dan
Memahami
- Menjawab 2
Soalan Kefahaman
berdasarkan petikan
yang dibaca
11

Peribahasa
- Simpulan bahasa
- Perumpamaan

JUMLAH KESELURUHAN

20

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Guru Besar meminta _________ bapa ________ibu murid hadir ke sekolah.

A. walaupun , namun
B. sungguhpun , tetapi
C. sama ada , ataupun
D. sedangkan , inikan pula

(ARAS 3)

2. Pilih ayat yang menggunakan kata tanya yang betul.

A.

Bilakah kamu tinggal?

B.

Mengapakah kamu berwajah muram?

C.

Apakah nama ibu negeri Terengganu.

D.

Siapakah nama jiran kamu yang tinggal di hujung kampung.

3. ___________ jumlah murid lelaki dalam kelas Empat Bestari?

A.

Bilakah

(ARAS 1)

B.

Siapakah

C.

Berapakah

D.

Dimanakah

(ARAS 3)

4. Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif yang betul

A.

Daging kambing yang belum dicuci itu berbau busuk.

B.

Beberapa batang pokok duku di kebun datuk berbuah kuat.

C.

Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat jelas.

D.

Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati melalui jalan lereng bukit

yang curam itu.
(ARAS 2)

5. Air sungai itu mengalir dengan _________ selepas hujan lebat.

A. laju
B. cepat

C. deras
D. lambat

(ARAS 3)

6. Mangsa-mangsa banjir itu telah ____________ ke tempat yang lebih selamat

sehingga air surut.

A. beradu
B. berlatih
C. berehat
D. berpindah

(ARAS 2)

7. Penebangan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah __________

hakisan tanah.

A. ke
B. pada
C. akan
D. kepada

(ARAS 3)

8. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A. Semua murid dikehendaki hadir petang ini, kata Cikgu Ramu

B. Semua murid, dikehendaki hadir petang ini, kata Cikgu Ramu.
C. Semua murid dikehendaki hadir petang ini. kata Cikgu Ramu
D. Semua murid dikehendaki hadir petang ini! kata Cikgu Ramu.
(ARAS 4)

9. Petani memasang _____________ di tengah sawah untuk menakutkan buurng

A.

kisi-kisi

B.

tupai-tupai

C.

orang-orang

D.

layang-layang

(ARAS 1)

10. Ayah kelihatan terlalu uzur. ___________, dia tetap membanting tulang empat
keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.

A. Lantaran itu
B. Kalau begitu
C. Lebih-pebih lagi
D. Namun demikian

(ARAS 3)

11. Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihadapi oleh anaknya.
Perkataan sinonim bagi perkataan bergaris ialah

A. takut
B. sedih
C. hampa
D. khuatir

(ARAS 2)

MEMBACA DAN MEMAHAMI PETIKAN

Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa

hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung
memberi banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap
berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan
harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung.
Apabila kita menabung kita mempunyai wang simpanan. Wang
simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita
untuk melanjutkan pelajaran ke university. Selain itu, wang simpanan juga
membantu kita membeli barang-barang keperluan diri sendiri. Ibu bapa
pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat-cermat
dan berdikari itu.
12. Petikan di atas adalah berkenaan dengan faedah

A. Membaca
B. Menabung
C. Mendengar
D. Memancing

(ARAS 1)

13. Apakah faedah yang diperoleh?

A. Membeli barang keperluan

B. Menjadi seorang yang tamak
C. Menjadi kebanggaan ibu bapa
D. Mengamalkan sikap berjimat-cermat

(ARAS 2)

KEMAHIRAN PERIBAHASA

14. ___________________ kembar Puan Sumaiyah itu masing-masing diberi nama

Izzati dan Izzah.
A. Ibu pertiwi
B. Anak bapa
C. Cahaya mata
D. Anak tunggal

Benang jangan terputus, tepung jangan berselerak

(ARAS 2)

15. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa di atas?

A. Membuat sesuatu pekerjaan sambil lewa
B. Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati
C. Bersikap bijaksana ketika menyelesaikan sesuatu masalah
D. Pendirian seseorang yang tidak tetap dan sering berubah-ubah.

(ARAS 3)

BAHAGIAN SUBJEKTIF
KEMAHIRAN TATABAHASA
1) Isi tempat kosong dengan menggunakan kata kerja yang sesuai.

membantu

bertambah

membeli

memberikan

menyemai

Semua orang tanpa mengira usia perlulah ___________ minat membaca dalam
sanubari mereka. Amalan membaca _____________ banyak faedah kepada seseorang
individu itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang
itu

dalan

pelbagai

bidang

akan

____________

Pemikiran

pengetahuan

ini

____________ seseorang itu untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan era moden
yang penuh cabaran ini.Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang

paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu
__________ majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang
sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

(5 Markah)
(ARAS 3)

2) Kenal pasti kesalahan tanda baca dalam ayat di bawah. Kemudian, tulis
semula ayat yang betul.

1. ramu pergi ke sekolah menaiki basikal.

_______________________________________________________
2. Jangan buang sampah di merata-rata tempat
_______________________________________________________
3. Negara malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka.
_______________________________________________________
4. Sombongnya makin bertambah. Jalan mendabik dada. Dan tidak menghormati
orang lain.
________________________________________________________

5. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja
menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang
wanita.
________________________________________________________

(5 Markah)
(ARAS 2)

3) Pilih kata ganda yang digunakan dalam petikan pendek di bawah.

Anak-anak yang sedang bermandi-manda di sungai itu lari lintang-pukang
apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak tahu siapa yang
menghuni di kawasan bukit-bukau itu. Malah Salleh yang gemuk-gedempol itupun
mampu mengheret tubuhnya pantas meninggalkan tempat itu. Cuma Ramli sahaja yang
masih tercari-cari cermin matanya. Keadaan yang begitu ceria bertukar menjadi huruhara dalam sekelip mata.
1. __________________________
2. __________________________

3. __________________________
4. __________________________
5. __________________________

(5 Markah)
(ARAS 1)

KEMAHIRAN PERIBAHASA
1.Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai
seperti lembu dicucuk
hidung

bagai aur dengan tebing

belakang parang diasah lagikan

tajam

bagai mencurah air ke daun

keladi

seperti kacang lupakan kulit

1. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Raju telah melupakan ibu
bapanya di kampung seperti _____________________________.

2. Syahirah tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin
_______________________________.

3. Penduduk di Taman Sri Melur sering melakukan kerja-kerja gotong-royong

___________________________ .

4. Khairul

_____________________________

kerana

tidak

tahu

menggunakan

komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

5. Encik Salleh _______________________________ kerana beliau menuruti semua

arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

(5 Markah)
(ARAS 2)

2. Bina sebuah karangan berdasarkan peribahasa Sepandai-pandai tupai

melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
(15 Markah)

(ARAS 5)
______________________________________________________________________

You might also like