You are on page 1of 16

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

UNIT 9
PENGGABUNGJALINAN, PENYERAPAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :

1. Menerangkan Pengertian Penggabungjalinan 2. Menghuraikan Konsep Penggabungjalinan dan tujuannya 3. Menyatakan Jenis-jenis Penggabungjalinan 4. Menerangkan Penyerapan dan Pengetiannya 5. Menjelaskan Kemahiran Berfikir

PENGENALAN

Penujuan 'integrated' dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah sebenarnya satu strategi pembelajaran yang menyarankan supaya

bidang-bidang kemahiran bahasa atau bahan-bahan pengajaran tidak disampaikan secara berasingan. Dalam pengajaran dan pembelajaran

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bahasa, kemahiran ini seharusnya disampaikan bersama-sama kemahiran lain. Dalam perkataan lain, kemahiran-kemahiran itu digabungjalinkan.

ISI KANDUNGAN

Apakah Pengertian Penggabungjalinan?

Penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan 'compartmentalization' iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan

memecah-mecahkan atau mengasing-mengasingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ianya berhasrat untuk

memperkukuh satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih berkesan. Melalui proses penggabungjalinan juga, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Strategi seperti ini pasti dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik.

Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bukanlah satu konsep baru. Sesuatu pengajaran bahasa yang dijalankan itu merupakan satu keseluruhan yang melibatkan sama ada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, membaca atau menulis. Dalam hal ini, guru-guru sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak secara langsung memang tersebut, telah tetapi pun apa ada yang

menggabungjalinkan

kemahiran-kemahiran

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

disarankan di sini ialah penggabungjalinan itu haruslah dapat dijalankan dalam bentuk yang lebih sistematik, teratur, kemas dan lebih luas lagi.

Apakah Tujuan Penggabungjalinan?

(a) Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. (b) Melalui program terpadu, satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan. (c) (d) (c) la dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. la membolehkan kemahiran-kemahiran saling kukuh-memperkukuh. Cara ini menyediakan peluang-peluang menggunakan bahasa secara

semula jadi, dan bukan hanya setakat mengamalkannya sahaja. (f) Cara ini berupaya mewujudkan berbagai-bagai aktiviti ke~a

kumpulan.Ini dapat melibatkan lebih ramai pelajar. (g) Pelajar-pelajar diandaikan boleh belajar lebih baik kerana mereka

berpeluang melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang terdiri lebih daripada satu kemahiran.

Dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua jenis.

(a) Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran.

(b) Penggabungjalinan kemahiran dari beberapa mata pelajaran.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apakah Penggabungjalinan Kemahian Dalam Satu Mata Pelajaran?

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ada empat kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas dan kemahiran-kemahiran ini adalah kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungkan beberapa kemahiran atau kesemuanya sekah dalam satu-satu pengajaran tertentu.

Penggabungjalinan Kemahiran-kemahiran seperti ini mempunyai beberapa ciri: Guru haruslah memberi perhatian kepada ciri-ciri tersebut. penggabungjalinan adalah mudah ubah (flexible) Aspek

Penggabungjalinan

berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Guru harus tahu apakah kemahiran-kemahiran yang hendak digabungjalinkan. Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa itu hendak dilakukan. Apakah kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang hendak dilibatkan? Penggabungjalinan itu seharusnyalah berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid-murid.

Tatabahasa adalah unsur yang hadir dalam setiap pengajaran bahasa dan ianya tidak diasingkan sebagai satu aspek bahasa yang tersendiri. Mengikut strategi penggabungjalinan, kemahiran ini diajar secara 'incidental' dan dikuasai oleh pelajar-pelajar secara bersahaja iaitu melalui penggunaannya dalam segala aktiviti pembelajaran bahasa

Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan. Melalui proses penggabungjalinan kemahiran dikuasai

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

serentak. Strategi seperti ini pasti dapat menjadikan pembelajaran bermakna dan menarik.

lebih

Apakah Penggabungjalinan Kemahiran Daripada Beberapa Mata Pelajaran Dalam Satu Mata Pelajaran?

Strategi jenis ini melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran, Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni, dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.

PENGGABUNGJALINAN BAHAN

Penggabungjalinan dari aspek bahan biasanya melibatkan jenis bahan dan tema yang akan digunakan. Bahan-bahan itu adalah terdiri daripada bahan utama (bahan sokongan) dan bahan lisan (aksi). Sebelum guru

melaksanakan strategi penggabungjalinan seperti ini, dia hendaklah menentukan bahan itu sesuai dengan minat, pengalaman dan tahap pencapaian murid-murid.

Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua bahan, atau kemungkinan ia boleh meliputi ketiga-tiga jenis bahan tersebut. Semasa menggabungjalinkannya pastikan bahan-bahan itu mempunyai pertalian dan urutan yang baik, iaitu ia boleh digabungjalinkan dengan berkesan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENGGABUNGJALINAN AKTIVITI

Dalam

pengajaran

bahasa,

aktiviti-aktiviti

pembelajaran

boleh

juga

digabungjalinkan. Seperti penggabungjalinan aspek bahan, strategi ini juga. mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti yang berkait rapat dan boleh digabungjalinkan. Proses penggabungjalinan itu sama. juga seperti yang dilakukan dalam penggabungjalinan aspek kemahiran, iaitu peruntukan masa diberi lebih banyak kepada. aktiviti-aktiviti yang lebih penting yang hendak dijalankan.

Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti, atau kemungkinan ia boleh meliputi ketiga-tiga atau lebih jenis aktiviti tersebut. Semasa menggabungjalinkannya pastikan aktiviti-aktiviti itu mempunyai urutan yang baik, iaitu satu aktiviti boleh diikuti dengan satu aktiviti yang lain.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

AKTIVITI 9.1

Senaraikan empat (4) kemahiran bahasa dan tiga (3) strategi untuk melaksanakan kaedah penggabungjalinan?

A.Kemahian i. .. ii. . iii. . iv.

B. Strategi i. .. ii. . iii. .

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apakah Penyerapan?

Penyerapan adalah satu lagi strategi yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran lisan. la merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Dalam KBSR misalnya, dalam tahap 1, isi dari mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapan ini boleh dilakukan di dalam mana-mana kemahiran bahasa. Di samping itu beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik boleh juga diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa.

Dalam Pengajaran Bahasa, guru boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan daripada mata-mata pelajaran lain umpamanya geografi, sejarah, agama, perdagangan, kesihatan, sivik dan lain-lain sebagai bahan utama. Bahan ini kemudiannya dieksploit untuk disesuaikan dengan pengajaran bahasa.

Apakah Kemahiran Berfikir?

Mengembangkan kebolehan berfikir di kalangan murid merupakan salah satu tujuan penting pendidikan sama ada pada peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Seseorang yang boleh berfikir dengan baIK akan dapat melahirkan pandangan yang bernas, menghasilkan karya dan ciptaan yang bermutu ataupun menyelesaikan masalah dengan berkesan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa berfikir adalah "alat" yang paling berguna, yang membolehkan seseorang mempelajari sesuatu bidang ilmu. Oleh itu, mengembangkan kemahiran berfikir adalah syarat utama bagi seseorang murid mencapai kejayaan pada peringkat selanjutnya. Individu seperti ini lebih berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemajuan negara. Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, setiap orang perlu boleh berfikir dengan baik untuk mengatasi cabaran hidup.

Apakah yang mendorong seseorang berfikir?

Situasi bagaimanakah yang

mendorong seseorang menggunakan fikirannya? Seseorang berfikir apabila menghadapi masalah dalam kehidupan seharian, ataupun ketika memenuhi keperluan kerjaya seperti yang berikut:

mengatasi masalah membuat pilihan mentafsir laporan mencipta memaharn bahan bacaan merancang pelajaran

merangka lembaran kerja - memilih aktiviti pembelajaran mengubahsuai susunan bilik darjah menghasilkan bahan bantu mengajar

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10

menilai keberkesanan pengajaran

Bagi murid pula, mereka perlu berfikir untuk memahami pelajaran, menyelesaikan masalah, membuat kiraan dan menulis karangan. Namun begitu sejauh mana murid berfikir ketika menghadapi pelajaran banyak bergantung kepada kaedah pengajaran yang digunakan oleh gurunya. Pada amnya, berfikir adalah segala aktiviti atau proses mental yang dilakukan oleh seseorang ketika melakukan tugas-tugas seperti yang disebutkan di atas. Seseorang itu dikatakan mempunyai keupayaan berfikir yang tinggi apabila dia mampu menyelesaikan persoalan yang rumit, menghasilkan ciptaan teknologi atau karya penulisan yang bermutu tinggi, mengemukakan

cadangan yang baik, dan membuat penilaian yang kritis.

Proses berfikir yang dilakukan seperti dalam contoh di atas meliputi beberapa langkah atau kemahiran kecil. Ini termasuklah langkah-langkah seperti:

memerhati membanding meramal atau menjangka memahami menganalisis menganggar menilai atau menaksir

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

11

meringkas mengumpul atau mengelas menyusun mengikut keutamaan meluaskan sesuatu idea membuat ekstrapolasi menggabung mengaitkan membezakan antara fakta atau bukti dengan pendapat

Para pendidik kini berpendapat bahawa berfikir adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dimiliki. Semua orang boleh menguasai kemahiran berfikir dengan baik sekiranya diberikan latihan yang terancang dan sesuai, tidak kira sama ada orang itu mempunyai kecerdasan yang tinggi atau sederhana. Latihan ini biasanya dilakukan secara berperingkat-peringkat. .

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari beberapa abad yang lalu setiap pendidik mengambil berat untuk

meningkatkan daya berfikir murid-murid. Ini berlaku secara tidak langsung melalui mata pelajaran yang diajar.

Kini timbul minat untuk mengajar kemahiran berfikir dalam kurikulum secara eksplisit Ini disebabkan ramai pendidik telah menyedari bahawa kemahiran berfikir merupakan satu kemahiran yang boleh dikuasai. Pengajaran kemahiran berfikir secara langsung ini hendaklah dirancang dan dijalankan secara langsung dan bukan secara tidak langsung seperti di bilik darjah sekarang.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12

Apakah Pengajaran dalam bilik darjah? Proses pengajaran dan pembelajaran menekankan dua perkara utama, iaitu pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran. Kedua-duanya diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Misalnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu murid-murid diajar dan dibimbing untuk menyusun maklumat yang diperoleh. Dengan maklumat itu, murid-murid dikehendaki menuliskan sebuah karangan. Untuk melaksanakan tugas ini, murid-murid perlulah menggunakan kemahiran berfikir mereka dengan menggunakan maklumat yang diperoleh dengan sebaik-baiknya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pemikiran bukannya hasil sampingan atau hasilan sesuatu pelajaran, malah kemahiran berfikir dianggap sama penting dengan fakta-fakta dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu sudah sewajarnyalah kemahiran ini diberikan penumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir perlu diperkenalkan dengan jelas dan diajar secara sistematik sebagai sebahagian daripada kurikulum. Sebenarnya guru telah melaksanakan sebahagian daripada keperluan tersebut. Umpamanya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Aspek seperti membina soalan, bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri atau bercerita berpandukan gambar memerlukan kemahiran berfikir. Dalam mata pelajaran Matematik murid-murid perlukan kemahiran menaakul, berfikir secara kritis dan menganalisis untuk menyelesaikan masalah.

Walau bagaimanapun, kemahiran berfikir masih boleh dipertingkatkan. Cara yang paling sesuai untuk melaksanakan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam kurikulum. Kurikulum yang berorientasikan isi boleh menyerapkan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran yang sedang diajar.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13

Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran itu kemahiran berfikir perlu

dirancang dan dilaksanakan secara eksplisit walaupun tumpuan aktiviti masih lagi dalam isinya.

Pengajaran kemahiran berfikir merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran ditekankan supaya dapat membina beberapa kemahiran berfikir serentak seperti memahami, membanding, mengelas, membayang,

membuat andaian, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Penguasaan kemahiran berfikir ak4n dapat dipertingkatkan melalui

berbagal-bagai aktiviti yang berpusatkan murid seperti aktiviti berpasangan dan secara kumpulan kecil. Ini akan dihuraikan kelak di bawah tajuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan Bagaimanakah guru dapat merancang kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran? Untuk memperbanyakkan proses berfikir dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah: (i) Merancang dan mengendalikan aktiviti berfikir secara langsung. (ii) Mengenal pasti jenis kemahiran kecil atau "alat" berfikir yang hendak diajar. (iii) Merancang situasi dan bahan pembelajaran serta bahan dirancang mengikut kesesuaian.

(iv) Menyediakan rancangan pelajaran yang teratur. (v) Menjalankan penilaian serta-merta supaya pembetulan dapat dibuat.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14

Selama ini, guru-guru telah pun memasukkan aktiviti berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sebahagian besarnya terdiri daripada kemahiran peringkat rendah seperti mengingat, memahami dan mengguna. Dalam hal ini, guru perlulah bersedia untuk mempelajari kaedah dan teknik tertentu khususnya dalam kemahiran berfikir. Guru perlulah menyediakan diri mempelajari teknik-teknik ini. seperti PMI, APC dan C&S, agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan.

(a) Objektif Berfikir Oleh sebab kemahiran berfikir diintegrasikan dengan isi, objektif yang dinyatakan perlu jelas. Ini akan mendorong guru merancang dan memilih aktiviti serta seterusnya mengendalikan aktiviti tersebut dalam

pengajarannya. Antara contoh-contoh objektif kemahiran berfikir yang boleh diserapkan ke dalam objektif pelajaran adalah seperti yang berikut

menulis huraian terperinci tentang objek atau fenomena yang dilihat. mengenal pasti dan menulis persamaan dan perbezaan antara dua objek atau fenomena. menyatakan atau menulis ramalan atau jangkaan yang sesuai bagi menjelaskan sesuatu situasi atau fenomena. * mencetuskan alternatif melalui teknik sumbang saran. * memilih satu keputusan berdasarkan situasi atau keadaan dan memberikan alasan. mengungkapkan situasi bertulis ke dalam ayat matematik. menulis cerita ringkas berdasarkan ayat matematik. * menyenaraikan isi penting dalam teks atau cerita yang diberi.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

15

* meramal peristiwa dan memberi alasan tentangnya berdasarkan gambar atau bahagian cerita. membezakan antara fakta dengan pendapat dalam teks yang diberi. * membuat pilihan terhadap tindakan yang harus dilakukan dan memberikan justifikasi berdasarkan situasi yang diberi.

Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir Pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir boleh menggunakan beberapa strategi yang melibatkan murid secara aktif. Strategi yang dirancang harus dapat memberi penumpuan kepada aktiviti yang

menggalakkan murid bercakap dan berfikir secara aktif serta memberi reaksi terhadap sesuatu.

RUMUSAN

Unit ini membincangkan tentang konsep penggabungjalinan, penyerapan dan kemahiran berfikir serta cara-cara pelaksanaannya. Aktiviti dan latihan yang eleven diseiakan untukmembantu pelajarmemahami sub topic berkaitan. Secara umumnya, penyerapan bahasa perlu digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain serta dilaksanakan secara terancang supaya pengajaran bahasa dijalankan secara berkesan.

KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

16

KATA KUNCI

Penggabungjalinan : Pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menhasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.

Penyerapan : Satu proses penyebatian pengetahuan atau unsur pengatahuan daripada satu mata pelajaran sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Kemahiran Berfikir:Kecekapan menggunakan akaldalam menjalankan proses pemikiran.

PENILAIAN KENDIRI

1. Penyataan yang manakah merupakan prinsip pendidikan penggabungjalinan?

A. Ilmu pelbagai bidang menjadi isi pelajaran. B. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni diajar secara sedar dan terancang. C. Melibatkan sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa. D. Bagi menggalakkan murid berinteraksi dan menguasai kemahiran bahasa melalui pengalaman sendiri.

You might also like