Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruahseseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara danbangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identitibangsa yang berbudaya tinggi. Menurut Karl Max, nasionalisme wujud apabilasesuatu bangsa dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir dua golongan yang bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas)dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah mahumengekalkan penjajahannya, manakala golongan yang terjajah mahumembebaskan diri daripadanya. Kebangkitan semangat kebangsaan di TanahMelayu tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apayang membezakannya adalah dari segi corak gerakan kebangsaan itu.Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai beberapa aliran nasionalismekeranapenduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalanganorang melayu telah ada sejak campur tangan British pada tahun 1874.Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahanke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapisebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan olehpejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, TokJanggut,Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagimencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.
3