You are on page 1of 2

REFLEKSI MINGGUAN

Minggu Ketiga

Tarikh: 06 Julai hingga 10 Julai 2009

Terdapat beberapa orang orang pelajar baru yang saya jumpa pada minggu ini.

Misalnya Kirana dan Desmond kelas 4 dan Wan dari kelas 5. Pada minggu kedua

saya langsung tidak berjumpa dengan mereka pada waktu mengajar. Cikgu di PKBP

mengatakan itu merupakan perkara biasa yang berlaku. Saya juga mendapati

kehadiran kelas jarang sekali penuh dalam seminggu ini. Pasti ada murid yang tidak

dapat hadir. Keadaan ini sedikit mengecewakan kerana saya tidak dapat melihat

perkembangan murid tersebut dan mereka pasti ketinggalan dalam proses P&P.

Saya berharap keadaan ini akan beransur baik pada minggu seterusnya.

Proses P&P berjalan dengan baik pada minggu ini. Saya dapati daya ingatan

mereka sangat lemah. Apa yang telah diajarkan sukar untuk mereka ingati. Misalnya

di kelas 4 saya mendapati kebolehan mereka menulis dengan baik sangat rendah.

Huruf yang ditulis masih lagi kurang kemas seperti Aniq, Joannes dan Olivia. Apa

yang boleh saya lakukan adalah untuk membuat latihan pengukuhan yang lebih

banyak. Begitu juga dengan kelas 5 masih terdapat murid yang tidak begitu mahir

menulis. Saya juga dapati Siti Rohani, Kenny, Hilry dan Lim Chang Kai dari kelas 5

mempunyai kesukaran untuk mengeja walaupun perkataan yang mudah. Saya

mengambil keadaan ini sebagai cabaran di samping membimbing mereka dalam

tulisan. Perkara ini menyebabkan proses P&P perlu dilakukan dengan kaedah yang

berbeza. Misalnya menumpukan kepada Rancangan Pendidikan Individiu (RPI).

Saya berharap murid-murid ini boleh memperbaiki kelemahan mereka melalui

bimbingan yang berterusan dan membuang sikap yang sangat suka bermain.
Seperkara yang saya sedar ialah kebanyakan murid lebih gemar melukis atau

merwarna daripada menulis. Ini mungkin disebabkan latihan yang diberikan oleh

guru-guru lain menuntut mereka berbuat demikian. Saya berharap dapat

menggunakan peluang tersebut untuk membantu mereka mengeja, menulis dan

membaca melalui aktiviti yang mereka sukai. Bg < z szaXXS0020

You might also like