You are on page 1of 2

REFLEKSI MINGGUAN

Minggu Kelima

Tarikh: 20 Julai hingga 24 Julai 2009

Pada minggu ini saya berpeluang menghadiri taklimat mengenai pendidikan khas di

IPGM Kampus Batu Lintang. Saya merasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk

berjumpa dengan professor dari University of South Florida dan rombongannya.

Mereka sangat berpengalaman dalam pendidikan khas. Walaupun masa yang

diperuntukkan hanya 2 hari namun maklumat yang saya perolehi sangat berguna.

Apa yang mereka kongsikan sangat ringkas (simple) tetapi begitu efektif dan

berguna. Misalnya membuat alat bantu mengajar (ABM) yang tidak terfikir oleh saya

daripada sekeping kertas A4. Taklimat yang ringkas tersebut benar-benar membuka

minda saya untuk melakukan yang terbaik dalam pendidikan khas. Begitu juga

perkongsian mereka dalam memberikan dendaan dan juga pujian yang membina

terhadap pelajar-pelajar khas. Cara yang ditunjukkan adalah mudah seperti

memberikan token dan hadiah kecil. Saya sangat berterima kasih kepada IPGM dan

rombongan dari University of South Florida (USA) kerana kesempatan yang telah

diberikan.

Saya berharap kaedah yang telah ditunjukkan dapat saya gunakan dalam

membantu murid mengenal A hingga Z dan seterusnya membantu mereka

membaca. Apa yang perlu saya lakukan adalah untuk memberikan latihan

pengukuhan yang berterusan sehingga mereka berjaya mencapai objektif yang telah

ditetapkan.
Pada minggu ini saya telah menunjukkan cara-cara menyediakan roti sarapan pagi

untuk pelajar kelas 5. Mereka begitu bersungguh-sungguh ketika proses P&P dan

saya gembira melihat perkembangan tersebut. Begitu juga dengan kelas Bahasa

Malaysia dimana murid-murid kelihatan bersungguh-sungguh memberikan contoh.

Keadaan ini menimbulkan komunikasi dua hala yang sangat baik untuk

perkembangan minda murid.

Apa yang dapat saya simpulkan untuk minggu ini adalah sikap pelajar untuk belajar

bergantung kepada kreativiti guru untuk mencetuskan suasana yang menarik dalam

kelas. Murid-murid juga sangat suka kepada P&P yang berbentuk aktiviti. Mereka

lebih mudah faham melalui kaedah tersebut. Walaupun terdapat perkembangan

yang baik namun saya masih khuatir tentang kebolehan murid yang tidak tahu

membaca malah mengingati huruf dari A hingga Z. Walaupun rancangan yang dibuat

sangat teliti namun kaedah yang berbeza perlu dilkakukan untuk menangani murid-

murid yang lemah ini. Hasrat saya adalah untuk melihat murid-murid seperti Kirana,

Aniq, Joannes, Brenda, Siti, Kenny dapat membaca sekurang-kurangnya dua suku

kata.

You might also like