You are on page 1of 4

Bab 7 : Pengenalan e-perdagangan

1. Pengenalan perdagangan elektronik Perdagangan elektronik mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada siapa anda tanya.

membantu pembeli dan penjual mengurangkan kos sementara meningkatkan mutu barangan dan mempercepatkan

arah otomasi urusniaga perniagaan dan perjalanan kerja

tronik

merupakan

alat

baru

untuk

menyediakan maklumat kepada sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti

menyampaikan maklumat, produk, perkhidmatan dan pembayaran melalui jaringan komputer

7.1 Integrasi Perniagaan (Enterprise Integration)

Perisisan komputer yang hanya khusus untuk sesuatu jabatan sahaja sudah tidak mencukupi kerana perlu berhubung dengan pelbagai jabatan dalam sesuatu perniagaan. Untuk mengurus dengan lebih cekap dan berkesan satu kelas perisian intergrasi perniagaan dibangunkan.

Sistem ini mengandungi tiga bahagian

1 Pengkalan data teknologi ( technnology database)

Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials), produk dan peralatan 2 Sistem Perancangan (Planning system) Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah

3 Pengukuran Prestasi (Performance measurement) Membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan kontraktor, pembekal dan pelanggan. Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian dan memastikan ketepatan jangkaan /unjuran. Ketelusan maklumat dan komunikasi yang kerap menghasilkan kerjasama yang berkesan. Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yang berkesan perniaagan juga akan berkembang maju

7.2 Peruncitan

Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :-

rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan teksturnya serta kekuatannya ; mencubanya seperti pakaian ; atau duduk di atas sofa atau tilam sebelum buat keputusan membeli

Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produk mereka.

Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan, adatadat dan amalan-amalan yang membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna prinsip-prinsip asas daripada dunia nyata ke dalam dunia maya. Untuk membentuk satu proses yang selari

Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan memudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak

diperlukan,

peruncitan

secara

maya

mesti

juga

menyelesaikan

masalah

keselamatan data dan kerahsiaan pengguna (consumer privacy). Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam fail, lampiran email yang merbahaya (malicious email attachment) , pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai lagi isu keselamatan. Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya pengguna yakin dan percaya dengan sistem rangkaian komputer. Mengguna perisian anti-virus, tidak membuka email yang tidak dipercayai sumbernya, dan membuat pertimbangan yang wajar terhadap pembayaran mengguna web adalah langkah-langkah kes keselamatan yang boleh.

Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik, contohnhya sistem penyampaian digital. Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen

penyampaian syarikat ( company's agent delivery).

Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad kredit. Sterusnya agen akan mengesahkan urusniaga, memuat turun dan memasang (install) perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga menjadi selamat sebab agen penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server). Urusniaga yang diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yang disimpan dalam pelayan. Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap pembelian perisian, serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan memasang sendiri perisian tersebut.

Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan sesuatu sistem, sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Maklumat peribadi yang diguna dalam internet atau disimpan dalam pengkalan data adalah dikawal melalui kod rahsia (encryption).

7.3 Teknologi dan Masyarakat

Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi

Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :1 mengumpulkannya (gather it) 2 mengorganisasikannya (organise it) 3 memilihnya (select it) 4 mensintesiskannya (synthesize it) 5 mengagihkannya (distribute it)

Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. Peniaga membuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan matlamat perniagaan. Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila menjadi ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.

Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak ianya dicipta Internet mempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. Reka bentuk, penyelesaian, dokumentasi) . Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga sebagai medium pertukaran.

Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang didagangkan, tidak ada pengawalan dari segi ketepatan, integritii dan penggunaannya. Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita terhadap kekayaan (wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang. Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk engenakan cukai dan mengagihkan kekayaan baru ini. Kekayaan baru ini adalah hasil ciptaan rangkaian global idigital.

You might also like