You are on page 1of 6

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Disediakan oleh:
Noor Aziela Binti Alias Norhanani Binti Mohd Yusoff Norfarhana Binti Zamani Nurul Nazirah Binti Mohd Noor Shahida Binti Abdul Razak Zur Akira Binti Haron

SOALAN:
1)Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi dalam pendidikan? Globalisasi menuntut semua negara dan penduduk berada pada landasan yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, status dan latar belakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang. Sebagai seorang guru, bagaimana anda menangani cabaran-cabaran globalisasi dalam arus pendidikan masa kini?

Guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.

Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar dan tanggungjawab terhadap ibu bapa Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak.

Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.

Profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji.
Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like