• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Maafkan saya jika telah mengganggu anda tetapi jika ada masa saya harap anda dapatmembaca satu pengalaman yang telah terjadi kepada diri saya pada beberapa hari yanglalu dan membantu saya yang memerlukan pertolongan.
Sedikit mukadimmah
. Di antara lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung Malaysia, LebuhRaya Pasir Gudang di laporkan antara banyak berlakunya kemalangan maut. Secaraumum kenapa ianya sering terjadi tidaklah di ketahui secara tepat tetapi berdasarkanpengalaman saya yang sering menggunakan laluan ini di dapati ianya adalah keranatindakan segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Namun satu kejadian yang telah menimpa diri saya telah menyebabkan sayaterpanggil untuk melakar email ini dengan harapan akan sampai kepada orangyang di harapkan.
Pada Hari Sabtu 18/07/2009 pukul 4 petang saya bersama Isteri, Ibu Mertua, seoranganak perempuan berusia 6 tahun dan anak saudara berusia 4 tahun sedang dalamperjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Taman Taman Tampoi Indah menggunakanLebuh Raya Pasir Gudang.Sewaktu kejadian , lane sebelah kiri yang saya gunakan adalah agak lancar tetapi disebelah kanan agak perlahan dan di gunakan banyak kenderaan.Secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah kanan melakukan belokan ke arah kiri tanpasebarang signal dan di lakukan dengan cara yang merbahaya. Saya dengan automatiknyaterpaksa membuat satu brek mengejut dan ianya menyebabkan keluarga saya jugaterkejut. Sudah menjadi naluri (instinct) seorang pemandu, saya membunyikan honmenandakan supaya bahawa pemandu di depan tahu yang beliau telah melakukankesalahan trafik.Tetapi yang mengejutkan saya dan keluarga adalah pemandu di depan sengaja melakukansatu aksi gerakan kereta terhoyong hayang kiri kanan seolah-olah mengisyaratkan tidak ambil endah atau berkata “boleh blahlah!”.Marah juga saya dengan tindakan sedemikian tetapi apa yang terjadi seminit selepas ituterjadi perkara yang saya lebih tidak sangka. Pemandu kereta berkenaan mulamemperlahankan kenderaannya dan bertindak seolah-olah tidak membenarkan saya untuk memotong kereta beliau. Apabila saya memberikan signal hendak ke kanan, beliau akanmasuk mula masuk ke kanan apabila saya bergerak ke kanan dan sebaliknya jika saya kekiri. Setiap kali pemandu tersebut berada di hadapan saya, dia akan memperlahankankeretanya sehingga 60km/j walaupun berada di laluan kanan lebuhraya yang mempunyaihad laju 90km/j dan tiada kereta lain di depan kereta tersebut.
 
Terdapat satu ketika apabila pemandu itu menutup laluan memotong pada kenderaan sayadengan memandu seiringan dengan sebuah lori di jalan kiri dengan halaju 60km/j.Jikalau saya berjaya masuk ke laluan kiri dan mempunyai tiada halangan hadapan untuk memotongnya, pemandu tersebut akan mula memecut dan menyangka saya akan mulaberlumba sedangkan kenderaan saya ini hanyalah kereta keluarga dan membawa keluargadan tiada niat untuk berlumba. Tapi itulah yang lawaknya bila di lihat saya tidak memecut, dia akan kembali memperlahankan kenderaan itu dan di ulangi balik perkarayang sama.Setelah itu saya mula rasa benar-benar bosan dan ingin meninggalkan pemandu yangsaya fikirkan mungkin ada masalah mental ini.Ketika saya berjaya masuk ke lane kiri saya melakukan dummy percubaan memecut ,kereta tersebut mula memecut di lane kanan. Saya matikan dan hidupkan sekali lagisignal seolah-olah hendak masuk ke lorong kiri ( flyover menuju ke Larkin ) danbergerak sikit2 ke kiri. Kereta itu kemudian dengan secara tiba-tibanya dari lorong kananterus masuk jalan kiri dan terus naik ke jalan menuju Larkin juga ( Mungkin untuk terusmengganggu saya / berharap saya berhenti dan bergaduh atau secara kebetulan saya tidak tahu ). Ketika itulah saya memperlahankan kenderaan dan memberikan signal kananuntuk kembali ke lebuhraya lalu terus memecut (bermula dari 60km/j) meninggalkanbeliau yang tidak lagi boleh melakukan correction. Dari cermin tingkap saya dankeluarga mengesahkan dapat lihat ianya seorang lelaki melayu dalam keadaan tersengihmenyangka telah menang perang psikologi jalanraya dan terdapat seorang wanita disebelahnya, mungkin awek jadi ego mesti di pertontonkan. Kalau bawa isteri mungkinlain sikit sayangnya dan lebih berhemah ketika memandu.Ingin saya katakan di sini bahawa janganlah terlalu ego di jalanraya kelak buruk padahnya.Di atas pengalaman ini saya berharap anda sebagai pembaca email ini haraplah dapatmenolong saya memulakan satu inisiatif program kesedaran nasional terhadap pemandutersebut di mana saya sendiri tidak kenal melainkan saya buat aduan formalmenggunakan agensi kerajaan. Haraplah dapat di
forwardkan
email ini kepada sesiapayang ada e-mail address dan di harap rakan anda pula akan
forwardkannya
pula agaremail berantai ini satu hari nanti mungkin sampai kepada kenalan atau saudara pemandutersebut jika tidak beliau dan menyampaikan pesanan berikut :“Untuk pemandu KIA SPECTRA JHU 6537 , segala tindakan anda telah di rakammenggunakan handphone oleh isteri saya. Jika saya membawa bukti video ini ke JPJ ,sekurang-kurangnya anda akan di saman kerana menghalang lalulintas. Jika JPJ atauPolis membenarkan laporan verbal atau bertulis dengan menggunakan saksi kejadian (Isteri dan ibu mertua ) anda juga boleh di saman kerana memandu secara secaramerbahaya dengan melakukan tindakan memotong secara tiba-tiba dan tanpa signal.
 
Ataupun dengan menggunakan khidmat peguam, saya boleh mengemukakan SamanTeladan yang bernilai beribu-ribu ringgit di mana jika saya menang akan saya gunakanuntuk memulihkan trauma keluarga dengan melancong menggunakan wang andasementara anda menghadapi trauma kewangan berpanjangan.”Tetapi saya tidak akan melakukannya kerana kita sama-sama Melayu. Bukannya adabanyak duit pun nak bayar saman lagipun raya dah dekat, nanti tiada duit untuk di berikepada ibu bapa anda. Cuma apa yang ingin saya buat adalah kaedah “Name and Shame”biar seluruh rakyat tahu tindakan anda adalah merbahaya dan tidak selayaknya memandusebuah kereta. Harapnya mereka tidak menyangka anda kurang siuman.Saya hanya mampu doakan pemandu tersebut agar menganalisis kesalahan diri, insaf dan jangan salahkan orang lain. Ceritalah apapun , bukti video akan kesamsengan anda akanmenunjukkan segalanya.Berhemah di jalan raya, amalan hidup kita.Di bawah antara still image dari video yang di ambil oleh isteri semasa kejadian sedangberlangsung…Kereta terbabit
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...