1SinopsisSetiap manusia inginkan kecantikan. Even lelaki mahupun perempuan.Sama saja. Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Nur Anisah Syifa\' btAminuddin yang sering dihina dan diejek kerana memiliki tubuh yang gempal dangemuk. Mohd Amsyar Al-Muhaimin b Datuk Azhar merupakan lelaki yang ego,berlagak dan sombong adalah lelaki yang sering menghina Anisah ketika merekamasih dibangku sekolah lagi..Namun Tuhan itu Maha Adil, tidak disangka..kerana wasiat, mereka berdua bertemu kembali malah telah dijodohkan. Nak taknak masing-masing terpaksa terima. Atas paksaan dan tanpa kerelaan, merekaberdua dikahwinkan. Sepanjang hidup bersama, bermacam-macam perkaraberlaku. Walaubagaimanapun, timbul rasa sayang di hati Anisah buat lelaki itu..namun adakah Amsyar boleh menerima Anisah? Dapatkah Anisah meruntuhkankeegoan Amsyar terhadapnya? Mampukah mereka mempertahankanperkahwinan mereka??************************"Apa!!? Kahwin??" jerit Amsyar terkejut apabila mamanya tiba-tiba memberikan pendapatnya pada petang itu.Mamanya hanya mengangguk. Selama ini mamanya tidak pernah mengambilkisah mengenai dirinya. Yelah, dia lelaki… masih jauh lagi masa depannya.Banyak lagi yang perlu dikejar olehnya sebelum memegang status ‘SUAMI’.Aahh!! Tidakkk.."Kenapa tiba-tiba mama menyuruh Sya kahwin?" tanya diakembali tidak berpuas hati."Ini wasiat arwah atuk kamu, Sya. Sekiranya kamumasih belum berkahwin setelah genap usia 28 tahun, kamu mesti berkahwindengan calon pilihan arwah" jelas Datin Farida, mamanya. Papanya hanyamengangguk."Wasiat? Kenapa baru sekarang mama mengatakan hal ini padaSya? Kenapa tidak dulu? Masih terlalu awal untuk Sya berkahwin, ma" rungutAmsyar tegas. Kalau arwah atuknya sudah ada calon, siapa orangnya? Kenalkah aku? Tapi, kalau aku bertegas.. siapa pula yang ingin aku jadikan calon?Melisa? Fifi? Ataupun Jamy? Ahhh… mereka tu tak layak digelar isteri. Kakiampu, kaki goda dan kaki kikis. Mungkin gelaran itu sesuai untuk diorang.Kalaulah aku kahwin dengan diorang, tak sampai setahun papa kedana aku!Huhuhuhu…"Arwah menyuruh kami rahsiakan perkara ini, Sya. Kami kena ikutwasiat. Lagipun usia Sya makin meningkat, sampai bila Sya nak hidupmembujang? Apa Sya dah ada calon?!" tanya Datin Farida. Amsyar menggelengkan kepalanya."Kalau macam tu, Sya kenal la dulu calon arwah atukkamu, ni..""Siapa?""Esok mama suruh dia datang. Mama yakin kamu mestisuka!" Datin Farida bermain teka-teki dengannya. Amsyar ternganga. Lawakahgadis itu? ‘Mama ni.. Jawab ajelah siapa dia? Hmm.. mampu ke aku nak jagaanak orang dalam usia yang muda macam ni? Oh, tidakk!!’ rungut Amsyar dalamhati.*****************"Tahniah la kalau macam tu.." ucap Zaidi kepada Amsyar sewaktu mereka lunch bersama."Tahniah!? Kau perli aku ke, Zaidi?" balasAmsyar tak puas hati. Patutnya sahabat baiknya yang dikenali sejak zamansekolah ni menyokong dia, ini tidak!"Perli apanya? Baguslah kalau dah sampaiseru kau untuk berkahwin. Sampai bila nak hidup membujang? Aku ni dah 3tahun kahwin" tegas Zaidi tersengih menayangkan giginya."Aku masih mudalagi, la!" jawab Amsyar."Muda? Umur dah 28 tahun kau kata muda!? Heloo..kawan, patutnya umur macam kau ni, anak dah tiga tau tak!" perli Zaidi. Amsyar mendengus. Bagi perempuan memang la tua, akukan lelaki.. 28 tahun tu masih
Leave a Comment