Jelaskan matlamat Penjelajahan dan Penerokaan dalam Tamadun Chinadan Tamadun Islam pada Zaman Klasik.
Penjelajahan mengikut Kamus Dewan bermaksud mengelilingi atau berjalan kemerata–rata tempat atau daerah. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki (untukmengetahui sesuatu yang baru), menjelajah. menjalani, menempuh, danmengharungi. Dalam konteks sejarah, sejak zaman berzaman manusia berkeinginanuntuk menjelajah. Pada zaman prasejatah, manusia mencari kawasan baru apabilamereka menghadapi masalah kekurangan bahan makanan, ketika berlaku perubahancuaca, atau diancam oleh kumpulan lain. Penerokaan berbeza denganpengembaraan kerana peneroka mempunyai dorongan yang kuat untuk membuatpenemuaan dan kemudian untuk menakluk, berdagang, dan mengembangkanagama. Masyarakat China dan orang Islam mempunyai tradisi penjelajahan danpenerokaan sejak zaman klasik lagi. Orang Arab menjalankan aktiviti penjelajahandan penerokaan sejak zaman jahiliah lagi. Sementara masyarakat China melakukanaktiviti penjelajahan dan penerokaan sejak abad pertama masihi. Antara matlamatutama penerokaan dan penjelajahan dalam tamadun China dan Islam ialahpenaklukan, agama, perdagaan ,pengetahuaan, dan kebudayaan.Matlamat Penerokaan dan Penjelajahan China pada zaman klasik ialahperdagangan. Orang China telah belayar ke pulau–pulau Asia Tenggara dengantujuan perdagangan. Negara China menghantar tujuh ekspedisi pelayaran secarabesar–besaran meliputi kawasan Kepulauan Melayu dan merentasi Lautan Hindi keIndia, Sri Lanka hingga ke Teluk Parsi, Aden, dan Pantai Timur Afrika. Pada tahun1414 M, Cheng Ho mengetuai ekspedisi pelayaran yang disertai oleh 63 buah kapalperdagangan. Kapal yang terbesar berukuran 440 kaki panjang dan 180 kaki lebar,manakala kapal yang mempunyai saiz sederhana berukuran 370 kaki panjang dan180 kaki lebar. Lebih daripada 100 buah kapal kecil juga mengiringi pelayarantersebut. Setiap kapal itu dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan.Ekspedisi ini melibatkan 27 876 otrang termasuk pedagang, pelaut, dan askar. ChengHo juga menyertai sebuah pelayaran untuk mengiringi utusan–utusan asing kembali