You are on page 1of 9

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 5

PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif melalui gerakerja yang dirancang. Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses P&P secara formal. Saiz bilik darjah akan memberi kesan kepada kelancaran dan keselesaan proses P&P.

Aktiviti luar bilik darjah ialah proses P&P dilakukan di lokasi tertentu di kawasan sekolah seperti di dewan, kantin, taman, padang dan lain-lain.

JENIS AKTIVITI DALAM P&P

Individu, Kumpulan, Kelas

Aktiviti Individu 1. Aktiviti mengikut tahap kebolehan murid 2.Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya 3.Murid dibimbing untuk menguasai kemahiran 4.Guru mengawasi dan mengenal pasti perkembangan setiap murid 5.Aktiviti P&P berorientasikan murid 6.Murid digalakkan membuat penilaian kendiri ke atas pencapaian mereka sendiri. Aktiviti Kumpulan Dan Kelas 1.Murid boleh dikelompokkan di dalam kumpulan berpencapaian yang sama ataupun berbeza 2.Bertujuan menggalakkan penglibatan individu dalam kumpulan 3.Pemulihan (murid membantu ahli kumpulan yang lemah) 4.Memudahkan guru memberi tumpuan bagi kumpulan yang sama kebolehan

Jenis Dan Bentuk Kumpulan Kumpulan mengikut kebolehan Kumpulan pelbagai kebolehan Kumpulan mengikut minat Aktiviti dalam bilik darjah: 1.Mudah mengawal pergerakan murid 2.Penggunaan alat/bahan yang optimum 3.Banyak sumber rujukan 4.Penggunaan teknologi ICT (TMK). 5.Tiada kekangan faktor cuaca dan masa. 6.Masa P&P yang panjang. Aktiviti luar bilik darjah: 1.Murid lebih teruja berkarya 2.Karya lebih berkualiti 3.Lebih merangsang percambahan idea 4.Dapat melihat dan menyentuh objek maujud. 5.Jarak antara murid lebih selesa 6.Lokasi lebih mudah dikemaskan selepas P&P. 7.Meningkatkan kreativiti guru dalam perancangan. (Sebelum, semasa dan selepas P&P) TAJUK 6 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN

Meliputi reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.

Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar adalah untuk membantu guru, mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.

Buat pertimbangan asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar agar P&P lebih berkesan.

REKABENTUK DAN PROSES PENYEDIAAN BBM / BBB

Senaraikan alat dan bahan bantu

Pilih alat/bahan yang difikirkan menarik

Tambahbaikkan (jika perlu)

Fikirkan: Adakah BBM/BBB dapat menjelaskan konsep, menarik, merangsang minda dan deria murid, hubungan idea lama/baru, jimat masa, atau menjana idea murid.

PROSEDUR MENGGUNA DAN MENYIMPAN ALAT/BAHAN

Beri penerangan yang mudah difahami murid agar bahan/alat tidak rosak dan tahan lebih lama. (Contoh: Berus mesti dibersihkan betul-betul sebelum disimpan)

Tunjukkan cara penggunaan yang betul. (Cara mewarna, memotong, menggunting, memegang, memanaskan dsb)

PENYIMPANAN DAN REKOD STOK 1. Senaraikan bahan yang diperlukan 2. Buat perolehan alat/bahan daripada pembekal/sekolah (Nota minta). 3. Semak dan sahkan penerimaannya. 4. Buat inventori dalam buku stok PENYIMPANAN DAN REKOD STOK (SAMB.)

5. Dicadangkan dua buah buku stok : i. Rekod alat/bahan yang ada ii. Rekod barang habis guna 6. Rekodkan pergerakan alat/bahan (KEW.PA-6) STOK 1. Dijalankan pada akhir setiap tahun 2. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. 3.Setiap satu item alat / bahan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu borang bagi satu item. Jika ada penambahan stok, boleh diisi di dalam borang berkenaan sahaja. CONTOH ALAT DAN BAHAN Cecair tinner Fabric Dye Kertas warna Carta PSV Berus Lukisan PANDUAN KESELAMATAN 1.Sediakan panduan keselamatan dan terangkan kepada murid. 2.Alat/bahan berbahaya disimpan di tempat tinggi atau berkunci (sukar dicapai murid). 3.Kenal pasti murid yang bermasalah kesihatan. 4.Contoh: Guru memberi taklimat dan demonstrasi cara-cara menghasilkan batik lukis. 5.Baca label bahan dengan teliti. 6.Gunakan pengalaman guru untuk menggunakan bahan / alat secara paling baik. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB 1.Menentukan kecukupan semua bekalan alat/bahan. 2.Berbincang dengan pihak sekolah mengenai penambahan item baru (jika perlu). ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB

1. Sentiasa dedahkan kepada murid tentang sejarah/teknik pelukis tersohor menggunakan kecanggihan TMK. 3.Menentukan alat/bahan mencukupi 4.Berbincang dan menyediakan senarai alat/bahan untuk dibeli oleh pihak sekolah. 5.Bahan audio dan video boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid.

RUMUSAN 1. Guru PSV bertanggungjawab mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber P&P. 2. Guru arif tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat serta merekod stok. 3. Guru mesti sentiasa bertindak bijak semasa menggunakan alat/bahan. 4. Utamakan keselamatan. Pastikan murid-murid bekerja berdasarkan arahan guru. Guru yang disegani oleh murid adalah lebih baik daripada guru yang ditakuti

RUJUKAN

Kathleen Chee (2001). Fokus Indigo-Pendidikan Seni. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Baru Sekolah Rendah:Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Modul Pendidikan Seni Visual (PSV3104). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Marhanim A. Razak & Mohd. Shahrizal Dolah (2007). ACE AHEAD Seni Visual. Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood (2001). Seni Lukis Moden Malaysia : era perintis hingga era pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Panel Penulis Pustaka Utama Pelajaran Sdn. Bhd (1988). Asas Seni Lukis Untuk SekolahMenengah. Kuala Lumpur: Pustaka Utama Pelajaran Sdn. Bhd.

S.Ch.Ng (2003). Aktiviti Pendidikan Seni Visual KBSR:Tahun 2. Selangor: Cemerlang Publications Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2009). HBEF Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Open University Malaysia.

http://imann9969.com/2009/06/keberkesanan-pengajaran-dalam-konteks.html

[10.07.2012]

http://onitsukahana.blogspot.com/2011/06/konsep-5p-dalam-psv.html [05.07.2012].

http://www.scribd.com/doc21963733/apresiasi-seni [05.07.2012].

http://www.scribd.com/doc/5301678/Peranan-Guru-Psv [08.07.2012].

http://www.slideshare.net/alfa02/pendidikan-seni-visual-rendah [10.07.2012]

3.1

Kepekaan Pengamatan Hasilan karya seni seseorang pengkarya boleh diterjemahkan melalui ketelitian dan kepekaan pengamatannya dalam menghasilkan karya seni. Aspek ketelitian dan kepekaan yang tinggi bagi seseorang pengkarya seni dapat ditonjolkan melalui pengamatan yang tinggi ke atas aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Pengamatan dari segi garisan yang merupakan cantuman satu siri titik yang boleh dalam bentuk tebal, nipis, berbulu, putus-putus, bergeriggi dan sebagainya merupakan unsur yang penting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui kaedah ini, garisan yang dibuat bagi tujuan menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk merupakan elemen penting dalam hasil karya. Teknik-teknik koyakan, tamplan, kolaj, gosokan, cetakan dan capan yang digunakan berupaya menghasilkan unsur seni yang menarik. Sebagai seorang guru kita wajar menanam kepentingan aspek-aspek ini agar pelajar (kanak-kanak) dapat mempelajari sesuatu yang bernilai berhubung dengan karya seni. Dari segi warna, pemilihan warna dalam kategori warna asas, sekunder dan tertier amat penting bagi membentuk warna-warna yang sesuai. Melalui usaha ini, seseorang pengkarya seni dapat mempraktikkan kepekaan pengamatan yang tinggi dalam karya mereka. Berhubung dengan kesan jalinan pada permukaan objek yang dihasilkan turut memperlihatkan kepekaan pengamatan ke atas hasil seni. Dalam hal ini, seseorang pengkarya seni wajar menampakkan jalinan tampak dan sentuh dengan jelas supaya satah gambar yang dihasilkan bersifat dua dimensi dan maujud. Dari segi rupa cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan dapat membentuk rupa jenis objek khusus seperti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis rupa yang boleh terbentuk yakni seperti positif dan negatif, rupa dan corak, rupa dan lambang serta rupa dan muka taip. Pengamatan dari segi bentuk pula bersandarkan kepada konsep isipadu. Konsep isipadu ini sangat sinonim dengan rupa. Bentuk akan terasil sekiranya sifat hasil seni tersebut digambarkan dalam bentuk ton, jalinan ruang sekaligus menghasilkan bentuk ilusi (dua dimensi) dan bentuk konkrit (tiga dimensi). Dan aspek yang terakhir pula ialah ruang. Ruang juga tidak kurang pentingnya dalam kepekaan pengamatan dalam karya seni. Ruang yang seimbang dan tersusun bakal menghasilkan karya seni yang baik. Prinsip ruang yang dirancang dengan baik akan membentuk garisan, perspektif, warna dan bentuk yang sesuai bagi sesuatu karya seni.

3.2

Kognitif Kepentingan mempelajari corak dan rekaan dari segi kognitif sememangnya perkara yang sangat penting. Pada peringkat kanak-kanak tahap kognitif pelajar mudah diasuh dan senang meniru serta akur dengan arahan. Melalui pendekatan teori-teori seperti Teori Gestalt dan Teori SosialInteraksi Piaget berhubung dengan kognitif kanak-kanak menunjukkan proses dalaman minda kanakkanak mudah memahami sesuatu objek atau material yang seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka mempelajari sesuatu. Dalam bidang seni visual, teori gestalt bukan sahaja meliht kepada produk atau hasil kerja kanak-kanak tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk (hasil seni) itu sendiri.

Dalam seni visual, elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan hasil seni yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan kepada proses di dalam pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja seni semata-mata. Penilaian kerja para pelajar (kanak-kanak) juga harus dimasukkan elemen proses dan bukannya hanya menilai hasil karya yang sudah siap sahaja. Dalam konteks pengajaran, guru harus lah sedar bahawa setiap rangsangan yang diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para pelajar. Proses perkembangan kognitif kanak-kanak sememangnya bekembang. Sebagai seorang guru, saya sangat akur dan setuju dengan Teori Sosial-Interaksi Piaget yang mengkategorikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada peringkat-peringkat seperti Peringkat Deria-Pergerakan, Peringkat Pra-Olahan, Peringkat Pengolahan Konkrit dan Peringkat Pengolahan Formal. Berkenaan dengan pendekatan konstruktivis dalam pengajaran, guru berupaya memahamkan para pelajarnya dalam menguasai kemahiran mencorak dan rekaan dengan menekankan perbezaan iaitu melatih para pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima oleh mereka. Kedua, kanak-kanak sewajarnya berupaya menstrukturkan maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami. Ketiga, guru-guru sebolehnya menyampaian pengajaran mereka secara tertib di samping disokong material pengajaran yang sesuai. Seterusnya, sifat dan bentuk ganjaran atau hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu bakal mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif. 3.3 Kreativiti Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996) kreativiti membawa maksud kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu. Dalam kes ini, kreativiti kanak-kanak akan dilihat dari segi menghasilkan hasil seni mereka. Kebolehan murid-murid menggembangkan kemahiran mencipta, menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan idea yang baru dan asli amat digalakkan. (Kamus Dewan, Edisi 3, 2000) Bagi Mclnerney & Mclnerney (1994) melihat aspek kreativiti berkaitan dengan personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan juga penekanan kepada hasil usaha mereka sebagai kriteria kreativiti. Dalam konteks kemahiran seni mencorak dan mereka, keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru kepada bentuk organisasi baru bakal memberi nafas baru kepada idea-idea mereka yang bersifat kreatif. Kreativiti merupakan suatu konsep yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin bagi semua bidang yang berkaitan dengan ilmu. Perkembangan bidang kreativiti di kalangan manusia [pelajar] kian menyerlah dewasa kini hasil penemuan dan penyelidikan yang berterusan oleh pakar yang terlibat. Dalam konteks seseorang individu seperti pelajar di sekolah rendah, kreativiti dalam membuat corak dan rekaan disifatkan sebagai organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti bagi menghasilkan sesuatu kerja projek. Menurut Mohd. Azhar (2003) literasi kreatif menekankan kefahaman individu terhadap persoalan know-what ; know-why ; dan know-how dalam konteks pengetahuan dan pengaplikasiannya. Atau paling tidak, pada tahap sederhana individu mengetahui dan faham akan konsep kreativiti serta tahu bagaimana untuk berkreativiti dalam pelbagai keadaan dan suasana. Di samping itu, Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling sesuai untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam konteks prasekolah. Dengan perkataan lain, usia awal kana-kanak sangat mudah menerima pelbagai bentuk pembelajaran yang berkaitan dengan mereka.

Mempelajari corak dan rekaan adalah salah satu cabang Pendidikan Seni Visual (PSV) yang berkaitan aktiviti-aktiviti perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni dalam kehidupan dengan alat-alat yang sesuai. Kegiatan ini berkait rapat dengan kemahiran mereka cipta hasil karya seni. Fokus kegiatan seni mereka akan memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap unsur-unsur seni seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. 4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa aspek-aspek seperti kepekaan pengamatan, kognitif dan kreativiti sememangnya penting bagi menjayakan proses membantu pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak (pelajar) di sekolah. Namun begitu, peranan guru dan pihak sekolah lainnya turut sama penting dalam proses membantu pembelajaran pelajar.

You might also like