• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
budaya hedonisme
 
Tarikh:
 
11/21/2004assalamualaikum.hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh dianggap sebagai melampau yangdianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan yangakan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-mudi(melayu-islam).soalan saya,sejauhmanakah peranan ulama' dalam menanggani permasalahan ini?
 
Jawapan:
Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antarausaha yang boleh dilakukan ialah dengan memberi nasihat yang berguna kepada masyarakatmelalui pelbagai saluran yang ada. Samada melalui ceramah, penulisan dan sebagainya.Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budayahedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yangberjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itusememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kianmembimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan sertakeadaan persekitaran.Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semulajadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidakboleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budayahedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskanmasyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonismejuga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinyasebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagaikesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadilalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah.Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah,kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmurannegara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonismeyang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersukaria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripadamelaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya disamping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yangsepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak.Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalanAllah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antarasenjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dankesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusahamenghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di duniayang bersifat sementara ini. Firman Allah:--Maksudnya:“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yangmelalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Olehitu, tidakah kamu mahu berfikir?”(Q.s. Al-An’am: 32).Firman-Nya lagi:“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkatkebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”(Q.s. Ali Imran: 185).Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesansemakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat danmembimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpinnegara ini pada masa depan. Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam mengatasi budaya initanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Ia boleh dibendung jika semua pihak
 
berganding bahu kerana kerajaan atau remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaansecara bersendirian.Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat denganpembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, para ibu bapa harusmemainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidupyang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihanyang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyakmasalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun ada di kalangan saudara-saudarayang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatanmenyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaikuntuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai.Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melaluididikan yang sempurna serta pemberian kasih sayang yang secukupnya.Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perludigerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama,budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moralserta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkankepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral dikalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.Justeru itu, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat iniialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepadaajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian danhayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa. firman Allah:Maksudnya:“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkankamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidakmenghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).Wallahu a'alam
 
Oleh Khalid Yasinam@hmetro.com.myDALAM era globalisasi dan kepesatan teknologimaklumat, nilai Barat yang negatif dan bertentangandengan Islam dengan senang menular danmempengaruhi masyarakat Malaysia.Ditambah pula dengan lemahnya iman dan kekuatanati diri, seseorang individu itu akan mudah terpikatdan terikut-ikut dengan godaan dan hawa nafsu.Sikap memandang remeh kepada masalah besarseperti gejala sosial boleh mengundang padah.Budaya berhibur yang keterlaluan (entertainmentculture) dan budaya hedonisme (berseronok) yangmerupakan antara faktor kejatuhan tamadun Greekboleh turut meruntuhkan tamadun Melayu Islam.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamadketika bercakap kepada pemberita selepas membericeramah di sebuah sekolah di Seremban baru-baru iniberkata, jika kita belajar agama, kita akan menjadimanusia yang berjaya apabila menggunakan al-Qurandalam kehidupan seharian kerana Islam itu adalahcara hidup.“Pelajaran agama penting kerana Islam adalah carahidup dan kalau mengikut cara hidup Islam, kita tidakakan gagal, kalau tidak ikut, kita akan gagal,”katanya,Menjawab soalan mengenai masalah sosial danenayah membabitkan pelajar sekolah yangmeningkat, Dr Mahathir berkata, sebahagian adalahdisebabkan kelemahan sistem pendidikan dansebahagian lagi adalah disebabkan persekitaran.Beliau berkata, penggunaan internet adalah untuk
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...