• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
MELAYUJANGAN JADI BACUL
Oleh NOOR AZAM
APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik danpentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasapolitik
Melayu
yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini bolehdicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysiadan
Utusan Malaysia
:1.
"KetuananMelayuTercabar"
- 13 April 2008.2.
"Henti GurisMelayu- Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak"
- 6November 2008.3.
"Jangan Persoal - KetuananMelayubukan jenaka yang boleh dipermainkan"
-reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30November 2008.4.
"BangkitlahMelayu- Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan"
-15 April 2009.5
. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan apidalam sekam"
- 20 April 2009.6.
"Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadapSPRM"
- 20 Julai 2009.Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat danpelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.Semuanya merangsang
bangsa Melayu
bertindak mempertahankan maruah dan keutuhanbangsa.
Orang Melayu
, Raja-Raja
Melayu
dan Kumpulan Utusan
Melayu
yang selama ini sangatbersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidakboleh tahan lagi.Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutanpelbagai pihak bukan
Melayu
yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar 
UtusanMalaysia
sahaja.
Orang Melayu
tidak bangunbangun juga.Pertubuhan
Melayu
- yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan
Melayu
yang sangat besar dan penuhbersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaransahaja.
1
 
Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap
Melayu
semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar.Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.
Melayu
kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telahmelangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani,tegas dan terus terang.Memberi amaran kepada
Melayu
-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal danmasa depan yang gelap.Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja MudaPerak itu.Majlis Raja-Raja
Melayu
mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras,yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan
Melayu
, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNObeberapa tahun lalu: "
Orang Melayu
mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkankemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukanhanya retorik kata-kata.Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr.Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikelitu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatupemikiran yang rasis.Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-faktasejarah yang benar.Tuduhan rasis kepada pemimpin
Melayu
adalah salah satu senjata politik partipembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik
Melayu
, yang sejakmerdeka di tangan UMNO.Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuatoleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokonganMursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul HadiAwang dan Anwar sendiri.Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amatmewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak,keadilan dan demokrasi.Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini barubeberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN"dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat(pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan(PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnyamenggantikan BN."
2
 
Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat eratdengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lamasaya, Anwar Ibrahim.Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadiPerdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra.Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah "UMNO yang kafir".DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendakmendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja. Siapakahyang munafik?Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kitasudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila merekaberkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakanpilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yangada sekarang akan bertukar tangan.Berdasarkan jumlah calon bukan
Melayu
yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudahdapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua PengarahJabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanandalam pasukan polis dan angkatan tentera.Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa
Melayu
dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.
Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terusmenyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian" rakyatkepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu
, termasuk kuasa mahkamah,polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja
Melayu
.Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi"kemarahan dan kebencian" yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakankesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.Anehnya ramai juga
orang Melayu
-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri.
Bangsa Melayu
sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan "orang yang bacul, akanmati sebelum mati".Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddinmemberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga
orangMelayu
mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.Abdul Hadi pula berikrar "akan terus mengukuhkan pakatan pembangkang".Benarlah
bangsa Melayu
yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: "Di manakah nanti duduknya kuasa politik
Melayu
dalam kerajaan pakatanpembangkang?"
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

UMNO sudah cuak sebenarnya sbb bukan kuasa Melayu yang makin hilang, tetapi sebenarnya kuasa UMNO yg makin hilang...UMNO x layak memerintah...

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...