1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (HF), Peraturan Am MSSM dan Peraturan Am MSSMalaysia Kelantan. 2. JENISPERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan antara MSSDaerah Negeri Kelantan. 2.2 Pertandingan dijalankan secara PESTA. 2.3 Peringkat Umur a. 12 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan. b. 15 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan. c. 18 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan. Bagi peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah, hendaklah menyediakan salinan Sijil Beranak yang disahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan sekolah yang berkenaan. Setiap peserta peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran Negara (Borang JPN1/9 atau JPN1/11) dan salinan Sijil Beranak yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan. Bagi peringkat umur bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, 2 (dua) orang pemain tingkatan 6 atas yang berumur bawah 20 tahun dibenarkan bermain bagi setiap pasukan. (Rujuk Peraturan AM MSSM Terbaru 2005). Setiap peserta hanya dibenarkan bermain di peringkat umur yang berkaitan sahaja. 2.4 Masa Permainan Pusingan Awal - 15 minit 5 minit 15 minit Pusingan Separuh Akhir dan Akhir - 20 minit 10 minit 20 minit Masa Rehat Kumpulan (1 minit) a. Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa. b. Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan cara menyerahkan KAD HJAU yang disediakan kepada Penjaga Masa. c. Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti rehat 1 minit : - Semasa pasukannya menguasai bola. - Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol setelah bola tersasar keluar. 3. PENDAFTARANPEMAIN Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada 7 orang dengan 5 orang pemain gantian. 4. SISTEM PERTANDINGAN Cara Liga 2 Kumpulan 4.1 Pusingan Pertama 4.1.1 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan Adan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. 4.1.2 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cara undian. 4.2 Pusingan Kedua 4.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A. 4.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 4.2.3 Pemenang akan bertanding untuk menentukan Johan dan Naib Johan. 4.2.4 Pasukan yang kalan akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. Johan A Naib Johan B Johan B Naib Johan A 5. CARAMENENTUKANKEPUTUSANKUMPULAN 5.1 Secara Liga Cara memberi mata Menang - 2 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sana maka pemenang akan ditentukan sebagaimana berikut : a. Pemenang yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. b. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang. c. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. d. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan. 5.2 Secara Kalah Mati Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan masih seri selepas sepenuh masa, langkah- lagkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya. 5.2.1 Perlawanan masa tambahan 5 : 1 : 5 akan diadakan setelah berehat 5 minit. 5.2.2 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan. 5.2.3 Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan. 5.2.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan, maka lambungan syiling sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan. 5.3 Sistem Balingan 7 meter 5.3.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain. 5.3.2. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli dengan sistem "Sudden Death sehingga keputusan diperolehi. 5.3.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. 5.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. 5.3.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter. 5.3.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma. 5.3.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang. 5.3.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan. 6. PAKAIAN Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (HF) dan perkara-perkara berikut : 6.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki. 6.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau 'boot'. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali. 6.3 Kasut "boot' yang mempunyai 6 8 'stud' tidak dibenarkan dan tinggi 'stud' yang dibenarkan tidak melebihi 12 mm. 6.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap kategori. Jersi mestilah bernombor (belakang dan hadapan) antara 1 hingga 20. Ukuran ketinggian nombor di bahagian belakang mestilah sekurang-kurangnya 20 cm dan 10 cm di bahagian hadapan. 6.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang di bahagian atas lengan dengan ukuran 4 cm. 6.6 Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi. 7. GELANGGANG PERMAINAN Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (HF). Satu kawasan keselamatan hendaklah disediakan di luar kawasan permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol. 8. ALATAN(BOLA) 12 tahun lelaki / perempuan Berat 290 330 gm Lilitan 50-52 cm Saiz 1 15 tahun lelaki / perempuan Berat 325 375 gm Lilitan 54-56 cm Saiz 2 18 tahun perempuan 18 tahun lelaki Berat 425 475 gm Lilitan 58-60 cm Saiz 3 9. KELEWATAN Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol. 10. MENARIKDIRI DANMENYERAHKALAH Pasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan Sekiranya satu pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang disertainya akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan. 11. SINGKIR(KADMERAH) DANPEMBATALAN Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Pemain yang menerima kad merah kerana digantung (2 minit) 3 kali berturut-turut, ia hanya tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan itu sahaja dan dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya. Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, ia tidak dibenarkan berada di kawasan kejohanan sepanjang pesta itu. 12. BANTAHAN Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK 13 JURI RAYUAN Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK 14. PERKARA-PERKARAYANG TIDAKDINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSK 40m 4.0m 9.0m 6.0m 7.0m 4.5m 4.5m 2 0 m 3 . 0 m Kawasan Pertukaran Pemain A. Bangku Pegawai / Pemain Gantian B. Meja Pencatat dan Penjaga Masa
B A ( G a r i s a n G o l ) A Garisan Balingan Percuma
Garisan Kawasan Gol
Garisan Balingan 7 meter
Garisan Had Penjaga Gol
UKURAN GELANGGANG Catatan: Ketebalan semua garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol 8 cm. Garisan Kawasan Gol dan garisan Kawasan Balingan Percuma diukur dari bahagian dalam tiang gol.