• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Syaaban dan Kelebihannya
REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yangmengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab danRamadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun darisegala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macamcela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”  Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yangbanyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:
 Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud:
“Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” 
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnyaditerima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:
“Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya danmenyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripadasakit-sakit.” 
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. SabdaRasulullah saw yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.” 
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, diatelah berkata yang bermaksud:
“Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasaberterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akanberbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali  pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalamsebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan
 
 Syaaban.” 
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud
:“ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua
 
bulanyang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.” 
 
 APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
1.
 Memperbanyakkan puasa sunat:
 i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dantiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahalatujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itumaka matinya seperti orang mati syahid.” 
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Diaakan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub danNabi Daud.iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanyaSakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripadahuru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalamSyaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.) v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud
:“ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasayang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 
 1.
Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
 Sabda Nabi saw yang bermaksud
:“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNyaserta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segaladosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” 
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)1.
Bertaubat:
 Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam
15 Syaaban
lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malamini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassinsebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Nifsu Sya’aban
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selamasetahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yangakan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
 
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, malam)Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaatRakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1xRakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, 14 Sya’aban-selepas magrib)i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik….Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11xBaca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)3. Baca surah ikhlas 1000x4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:1. Malam Dimustajabkan Doa2. Malam Pembahagian Takdir3. Malam Rahmat4. Malam Berkat5. Malam Pengampunan (Taubat)6. Malam Penebusan7. Malam Syafaat8. Malam Penulisan9. Malam Keagungan dan Kemuliaan10. Malam Rezeki11. Malam Hari Raya Para Malaikat12. Malam Penghidupan Antara kelebihan bulan Sya’aban:1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkantubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : padamalam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yangmeminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terimataubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosadengan ibubapa kita.Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadarmereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak  Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur padamalamnya.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...