Sosiologi Pendidikan IslamPeranan Keluarga Dalam Pendidikan
Menurut perspektif Islam, keluarga dibina melalui ikatan perkahwinan yang sahdari segi syarak seperti firman Allah yang bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari keluarga kamu dan orang soleh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan, jika merekamiskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadan limpah kurnianya kerana Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Nur: 32)Menurut Abd. Rahman Al-Nahlawi (1995), yang dimaksudkan dengan keluargamuslim adalah keluarga yang mendasarkan aktiviti kepada pembentukan keluarga yangsesuai dengan syariat Islam. Menurut beliau tujuan terpenting pembentukan keluargaadalah seperti berikut:
1. Mendirikan syariat Allah.
Rumahtangga yang dibina hendaklah mengamalkan budaya hidup Islam dan jikatimbul sebarang permasalahan hendaklah ditangani dengan cara yang dianjurkanoleh Islam dalam semua aspek yang berkaitan dengan rumahtangga. Dengankata lain tujuan berkeluarga adalah mendirikan rumahtangga yang bercirikankepada perhambaan kepada Allah.
2. Mewujudkan ketenangan jiwa
Maksud firman Allah di dalam Al-Quran :
Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Diamenciptakan isteri bagi kamu dari diri kamu sendiri danagar kamu merasa senang kepadanya.
(surah al-Rum : 21)
Zunaidi Bin Harun (PGA080201)
Leave a Comment
'peranan keluarga dalam membentuk generasi muda mempunyai peribadi mulia.' pls help me,im doing research, emel at minimus27@yahoo.com