You are on page 1of 23

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 1 SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan

dengan definisi dan konsepkonsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas, istilah handicap , disability dan impairment . Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara. KERANGKA TAJUK-TAJUK
Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Definisi dan Istilah

Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas

Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas 1.1 Definisi Pendidikan Khas Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran muridmurid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas 2

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanakkanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khasini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri) 1.3 Istilah 1.3.1 Handicap Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi 3

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

1.3.2 Disability Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal 1.3.3 Impairment Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi. Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

1.4 Konsep Pendidikan Khas Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. 1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan 4

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS pendidikan khas di Malaysia Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara. Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Latihan: 1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah pendidikan Negara. 5

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara. HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar negara KERANGKA TAJUK-TAJUK
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Sejarah di Malaysia

Sejarah di Luar Negara

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS 2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas. Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas 1926 1931 1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru 1953 1954 1958 1962 1963 1977 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM) Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu 8

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

1978

Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran

1979 1983 1984 1987 1988 1994 1995

Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia 9

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Tahun 1988 Jabatan

Peristiwa Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih). - Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990

- Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji. - Mesyuarat Universiti Malaya. menganalisis data dari ujian percubaan di

1991 1992

- Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Pembukaan Pembelajaran berperingkat. program (KKBP) Pendidikan di seluruh Khas Bermasalah secara negara

1993

- Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.

1995 1996

- Pendidikan Inklusif bermula. Pembukaan program 10 Pendidikan Khas Bermasalah

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur 2006 Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak11

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusifdiperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negaranegara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang 12

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain. .

1.2

Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar

negara Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut; a). Terencat akal Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu: 1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M) 2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M) 3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M) 4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M) 5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M) 6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M) 7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M 8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M) 9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang). b). Autisme

Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan Autism. 13

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Istilah Autism merujuk kepada development disorder atau masalah perkembangan. Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

c)

Sindrom Down Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman. Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon Down telah menghuraikan ciri-ciri khusus sindrom down. Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom. Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom.

d)

Masalah tingkah laku dan emosi Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London. Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman. Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai Father of American Psychiatrist mencadangkan lebih kepada kaedah sayang untuk kanak-kanak ini. 14 kasih

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Latihan: 1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan pendidikan khas di Britain.

2.

Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.

15

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)


SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan pendek yang disediakan. HASIL PEMBELAJARAN 2. 3. 4. 5. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca Menghuraikan Malaysia. KERANGKA TAJUK-TAJUK
Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

perundangan

dan

dasar-dasar pendidikan

khas di

16

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-Mandat Lain

Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan Malaysia

Rangka Tindakan Dan Pernyataan Salamanca

Perundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia

3.0

Pengenalan

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988). Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak kanak-kanak biasa yang lain. menghadapi masalah ini. biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang

3.1

Mandat-mandat Asas PL94-142 17

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu). 3.1.1 Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanakkanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi. 3.1.2 Persekitaran environment ) 18 yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersamasama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua. 3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. dan Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas mereka.(Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak19

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS pihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan

penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006). Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanakkanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006) 3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanakkanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT ( Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini. 3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process) Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. 20

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006) 3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu) Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut: a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini. b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun. c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan. d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid. f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa. g) Ketetapan tarikh memulakan 21 perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).

LATIHAN HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM PL 94-142

22

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

23

You might also like