You are on page 1of 7

CEREBRAL PALSY a) Apa itu cerebral palsy?

Kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy sering dikenali sebagai golongan kanak-kanak CP. Golongan kanak-kanak yang memiliki kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otototot sama ada menggerakkan badan dan sebagainya. Kecacatan otak dan saraf otot ini sering berlaku iaitu sebelum, semasa dan selepas peringkat kelahiran. Perkara ini sering dikaitkan juga semasa perkembangan otak yang berkembang pesat ketika tempoh itu. Secara umumnya, Cerebral Palsy adalah suatu keadaan dimana penderitanya mengalami buruknya pengendalian otot, kekakuan, kelumpuhan serta mengalami gangguan fungsi saraf lainnya. CP bukanlah merupakan suatu penyakit dan tidak bersifat progresif (penderita tidak semakin memburuk dan juga tidak semakin baik). Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams dan Cheryl Lepper (2005), kemalangan otak yang disifatkan sebagai cerebral palsy akan muncul sebelum mencapai umur 16 tahun. Terdapat 1.5 peratus hingga 2.7 peratus per 1000 orang yang mengidap cerebral palsy di negara membangun. Hal ini merupakan jumlah yang lebih tinggi berbanding di negara yang sedang membangun yang mana fakta ini tidak berubah sejak tahun 1960. Walaupun sudah ada ubatan moden di pasaran, namun masih terdapat peningkatan 20 peratus pengidap cerebral palsy kerana kesalahan semasa merawat bayi yang lahir tidak cukup berat (Bhusnan, Paneth, & Kiely 1993) serta bayi yang lahir dengan berat di bawah 2.5 kg (Rosen & Dickinson, 1992). Jumlah cerebral palsy menjadi semakin tinggi kerana penurunan kadar kematian bayi yang sangat kecil, apabila mereka terselamat . Menurut Deborah Deutsch Smith (1998), cerebral palsy terdiri daripada sindrom yang berkaitan dengan pergerakan dan postur badan. Ia berlaku biasanya disebabkan oksigen yang tidak mencukupi ke otak semasa pertumbuhan iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Sesetengahnya mengalami cerebral palsy selepas umur mereka menjangkau tiga tahun. Cerebral palsy bukanlah suatu jangkitan tetapi merupakan keadaan seseorang yang lumpuh akibat kerosakan di bahagian otak. Ia juga tidak dapat

sembuh sepenuhnya. Mereka akan mengalami satu ciri sahaja atau akan mengalami gabungan beberapa ciri iaitu pergerakan yang tersentak-sentak, kekejangan otot, pergerakan yang tidak sekata, kekurangan fungsi otot. Mereka juga akan mengalami masalah percakapan. Mereka juga mengalami masalah kekurangan pencaindera, masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. b) Punca-Punca

i)

SEBELUM KELAHIRAN Menurut sesawang http://wstefanus.wordpress.com/2007/11/19/about-

degenerative-disease/, beberapa penulis yang bernama Roger Pierangelo dan George Giuliani (2007), sebanyak tujuh puluh peratus kesa yang melibatkan cerebral palsy berlaku sebelum kelahiran dapat memberi gangguan

perkembangan otak yang normal. Perkara ini terjadi kerana kekurangan udara oksigen yang sampai ke otak bayi semasa dalam kandungan merupakan salah satu punca yang ketara yang boleh menyebabkan cerebral palsy kepada kanakkanak. Selain itu, jangkitan dalam rahim ibu yang menyerang ketika bayi dalam kandungan dan telah menyerang masuk ke bahagian otak bayi juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya cerabral palsy. Sebagai contoh, penyakitan yang sering ibu-ibu mengandung jangkit ialah infeksi, sypilis, rubela, dan typhus abdominolis. Tambahan pula, si ibu berkemungkinan besar terdedah pada persekiran yang tercemar dan bertoksik seperti asap rokok mahupun asap kilang. Cerebral palsy juga boleh disebabkan ibu yang mengalami pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung, Ibu yang sedang mengandung mengalami trauma (kecelakaan) yang dapat mengakibatkan terganggunya pembentukan sistem syaraf pusat misalnya ibu jatuh dan perutnya mengalami hentakan yang kuat dan secara kebetulan mengganggu kepala bayi serta merosakkan sistem saraf pusat bayi di dalam kandungan.

ii)

SELEPAS KELAHIRAN

Meningitis iaitu jangkitan kuman diselaput otak serta Jaundis yang teruk iaitu demam kuning, boleh menyebabkan kerosakan otak. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan

penganiayaan fizikal juga boleh mengakibatkan cerebral palsy. Menurut Janet Lerner, Carol Mardell- Czudnowski and Dorothea Goldenberg (1987), cerebral palsy merupakan kecacatan yang banyak berlaku kepada kanak-kanak di sekolah. Ia merupakan kecacatan kekal yang disebabkan oleh kerosakan pada neurologi yang terdapat sistem saraf pusat. Ia disebabkan oleh kecederaan semasa proses kelahiran, kecederaan kepada kepala, otak atau radang tulang belakang, terkena keracunan, jaundis, kekurangan pengaliran darah ke otak.

c) Ciri-ciri a) Fizikal Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. Berikut adalah perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak celebral palsy sejak dari dalam kandungan hingga ke usia 8 tahun.Bagi kanak-kanak dari lahir sehingga sepuluh bulan. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa seperti meniarap, duduk, mengensot dan lain-lain lagi. Seterusnya pada sebelas bulan, kanka-kanak ini akan mula merangkak namun tidak mahu berjalan dan mereka sering berdiri di hujung-hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah untuk bertapak.

Manakala, apabila mereka mencecah satu tahun, mereka masih belom lagi boleh berjalan dan anggota tubuh mereka masih berasa lembik. Golongan kanak-kank ini ada satu tabiat yang sering mereka lakukan iaitu tabiah menahan nafas disamping

berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekinya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti. Perkara ini akan menyebabkan muka mereka bertukar menjadi biru dan pucat.
.

Seterusnya, apabila mereka berumur lapan tahun, kanak-kanak ini masih belum lagi boleh bercakap. Dari segi fizikalnya, ada sesetengah daripada mereka yang mengalami pergerakan yang sangat terhad termasuk tidak berkeupyaan berubah posisi dari baring untuk duduk tanpa bantuan. Mereka memerlukan sokongan fizikal untuk duduk. Ada yang langsung tidak berkeupayaan untuk berjalan dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Bagi mereka yang berkerusi roda, ada yang boleh menolak kerusi roda sendiri, ada yang memerlukan bantuan untuk menolak di tempat-tempat tertentu sahaja dan ada yang memerlukan sepenuh bantuan untuk menolaknya.

b) Kognitif Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi kognitif yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai

contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur enam tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk

menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

c) Tingkahlaku

Kanak-kanak yang mengaami cerebral palsy memiliki tingkah laku yang hampir sama dengan kanak-kanak lain di luar sana. Hal ini kerana kadang-kala, golongan kanak-kanak cerebral palsy mempunyai gejala seperti tidak dapat berjalan, tidak dapat berbicara, tidak dapat makan, dan tidak dapat bermain seperti anak-anak pada umumnya. Cerebral palsy bukanlah penyakit yang progresif. Cerebral palsy juga tidak dapat dikatakan sebagai penyakit yang dapat disembuhkan. Walaupundengan berbagai kaedah penyembuhan seperti pendidikan, terapi dan teknologi, seseorang dengan cerebral palsy dapat mempunyai produktif hidup yang baik. Cerebral palsy bukanlah sebuah penyakit yang menular dan penyakit ini tidak semakin parah. Kanak-kanak celebral palsy jenis spastic dapat dikesan dari simptom-simptom yang ditunjukkan :

a) Masalah pernafasan Kanak-kanak golongan cerebral palsy sering mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

b) Kesukaran sewaktu makan Kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

c) Masalah tidur. Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

d) Masalah pertuturan dan pendengaran Kanak-kanak golongan ini tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan babbling sound. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya. Kanakkanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

d) Sosial Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanakkanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RUMUSAN Sebagai penutup dan rumusan, kanak-kanak istimewa seperti golongangolongan ini perlu diberi perhatian yang lebih dan seimbang agar mereka dapat terus berkembang dari segi kognitif, sosial, tingkah laku dan sebaginya. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan, kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi beberapa masaah dan kekurangan dalam bebereapa aspek dalam pembelajaran yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanakkanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka. Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanakkanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid khas ini.

You might also like