You are on page 1of 26

Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah (PRA 3112)

Melayani perasaan

1. PERASAAN
MAKSUD PERASAAN

Perasaan disebut sebagai emosi atau kasih sayang. Perasaan adalah berbentuk fisiologi dan psikologi yang merupakan tindak balas manusia kepada peristiwa yang sesuai dengan keperluan dan matlamat peribadi seseorang.

Perasaan ialah suatu pengalaman yang abstrak dan dengan itu sukar diketahui lebihlebih lagi diukur. Walaupun kewujudannya abstrak, kita perlu mengenalinya. Khususnya tentang kekuatan perasaan itu supaya sesuatu boleh dilakukan bagi mengembangkan mana-mana yang baik dan mengurangkan mana-mana yang negatif kepada individu dan masyarakatnya. Prof. Dr. Abu Bakar Nordin

Ciri-ciri Ekspresi Perasaan dan Implikasinya Bentuk Perasaan Gembira Ciri-ciri Ekspresi Perasaan Implikasi Senyum Ketawa Kegembiraan menolong kanak-kanak menikmati hidup dan mewujudkan hubungan positif dengan orang lain. Galak mereka bercakap tentang kegembiraan.

Marah

Muka berkerut. Muka masam. Tingkah laku menghentakkan kaki, membuang barang atau menyatakan dengan kata-kata tidak menyenangkan

Dapat meluahkan rasa ketidak puasan hati.

Takut

Muka menunjukkan takut. Menarik diri daripada sesuatu situasi. Badan berpeluh. Ekspresi sedih. Menangis. Mendiamkan diri. Menarik diri.

Takut timbul apabila seseorang terasa terancam dan merasakan keselamatan fizikal dan kesejahteraan psikologi tidak selamat. Seseorang sedih apabila sedar bahawa matlamat yang hendak diperoleh tidak tercapai. Mengalami kehilangan orang tersayang.

Sedih

Perasaan positif
Emosi guru perlu dikawal sebelum menjelajah emosi kanak-kanak. Pengawalan emosi yang baik dapat mengelakkan diri daripada melakukan penderaan terhadap kanak-kanak. Elakkan unsur emosi yang negatif seperti marah, dendam, ganas dan garang terhadap kanak-kanak

Perkembangan perasaan dicapai melalui cara -cara berikut:

Kesedaran Kendiri

Kesedaran emosi sendiri Keyakinan kendiri. Penghormatan kendiri

Pengurusan Kendiri

Kawalan emosi kendiri yang baik. Kesesuaian perasaan dengan situasi. Ketekunan. Daya usaha yang kuat untuk berjaya.

Kesedaran Sosial

Boleh membangunkan orang lain. Empati kepada orang lain. Kesedaran kehadiran orang lain. Berperasaan sesuai dengan situasi sosial.

Kemahiran Sosial

Boleh berkomunikasi dengan baik. Dapat memimpin. Pengaruh yang kuat. Membina hubungan manusia.

Hari lahir

Bermain muzik

Riadah

Mencuci kereta

AKTIVITI KECERDASAN AMOSI

Mendaki gunung

Menanam bunga Berkhemah

Implikasi Perasaan Kanak-Kanak


(a) Manusia suka kepada keselesaan dan emosi yang tenang. Implikasinya ialah guru perlu menyediakan suasana yang harmoni untuk kanak-kanak berinteraksi dengan berkesan

(b) Erikson (1968) menjelaskan terdapat 3 kategori dalam emosi kanakkanak iaitu: (i) Perasaan percaya lawan tidak percaya (sejak lahir hingga-12 bulan) (ii) Autonomi lawan malu (1-3 tahun) (iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (3 tahun-7 tahun)

(c) Kajian Freud menyatakan emosi yang melibatkan kanak-kanak terdapat 3 peringkat iaitu: (i) Tahap oral (sejak lahir hingga 18 bulan) (ii) Tahap anal (18 bulan 3 tahun) (iii) Tahap falik (3 tahun hingga 7 tahun)

Memahami perasaan
Berlakon dan simulasi menjadi satu watak lain

Pendekatan yang mementingkan keyakinan


Contoh Aktiviti Aspek Perkembangan Emosi

Memberi peluang kanak-kanak melakukan aktiviti mereka-cipta

Memberi penghargaan kepada hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan

Mengelakkan kebimbangan di kalangan kanak-kanak seperti jauhi ugutan

Bawa mereka ke tempat ibadah

Perkembangan Emosi Ada Kaitan Dengan Perkembangan Sosial

Gembira bersama kawan-kawan semasa aktiviti bermain.

Bekerjasama dalam situasi kerja kumpulan

Seronok semasa berinteraksi dengan kawan-kawan dan orang dewasa

Memberi peranan seperti ketua dalam permainan

Berhati-hati dengan keperluan orang lain- contoh meminjam barang

Menghargai hubungan persahabatan

Perkembangan Intelektual Kanak Kanak Yang Mendorong Kecerdasan Emosi


Memperoleh aspek bahasa dan komunikasi

Boleh berfikir secara logik dan rasional kenapa hari hujan

Boleh buat keputusan contoh boleh bermain angka Memperoleh konsep matematik dan sains. Contoh kek dibahagi dan dipotong semasa majlis hari lahir Melaksanakan tugas dengan tekun Bersedia untuk belajar

Perkembangan motor atau fizikal juga turut memberi impak kepada kecerdasan emosi

Mereka boleh pergi ke kolam renang tanpa ibu, ini adalah kebebasan dari aspek keyakinan diri dan kecerdasan pengurusan diri yang berkualiti tinggi dan boleh berdikari.

Kanak-kanak yang boleh mengenakan butang baju, mengikat tali kasut dan makan sendiri tentulah merasa seronok berbuat demikian.

Kanak-kanak yang belajar silat dan seni mempertahan diri mempunyai keberanian dan daya ketahanan dari segi fizikal. Mereka bersedia menghadapi kesakitan dan kuat semangat menentang lawan mereka

2. Ekspresi perasaan
Kanak-kanak mempunyai identiti yang positif seperti berikut:
Kuasa diri: kanakkanak boleh mengawal rasa kecewa dan menghadapi cabaran dengan orang lain.

Diri Sendiri
Penghargaan kendiri.
Kanak-kanak mempunyai tujuan untuk meneruskan hidup.

Aktiviti untuk kanak-kanak mengekspresikan diri sendiri:

Permainan fantasi: permainan pakaian dan membekalkan prop.

Permainan cat dan bermain warna dan menghasilkan lukisan sendiri

AKTIVITI

Bermain alat muzik mengikut keupayaan masing-masing.

Melibatkan kanak-kanak dalam permainan kumpulan.

Berkongsi Perasaan Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, kongsi ialah bersekutu (bergabung) dalam sesuatu kegiatan, bersama-sama. Berkongsi perasaan merupakan perlakuan antara manusia bersama-sama menyampaikan apa yang dirasakan dalam diri mereka.

Perasaan boleh berubah-ubah, mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Perasaan tidak dapat dikawal, akan menjadi masalah dan perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan.

Kanak-kanak mempunyai kebolehan emosi berkongsi. Berikut adalah contoh kanak-kanak boleh berkongsi emosi dalam perkara berikut:

Bermain dengan rakan sebaya sesuai dengan perkembangannya

Mengekspresi emosi dan empati dengan orang lain.

Keupayaan menolak perkara negatif dan tekanan daripada rakan sebaya serta menolak situasi yang mendatangkan bahaya.

ORANG LAIN
Kanak-kanak perlu dibimbing tentang nilai positif apabila berhubung dengan orang lain. Berikut adalah nilai positif yang perlu dipupuk kepada kanak-kanak:

Penyayang: kanak-kanak digalakkan menolong orang lain dan berkongsi barang kepunyaan

Justifikasi sosial: kanakkanak menunjukkan minat dalam aktiviti komuniti.

) Integriti: kanak-kanak mula membina kepercayaan iaitu berbuat baik kepada orang lain.

Jujur: kanak-kanak mempamerkan kejujuran.

Bertanggungjawab: kanakkanak menunjukkan tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan kepadanya

Aktiviti yang boleh dilaksanakan supaya kanak-kanak boleh mengekspresi emosi kepada orang lain dan belajar mengenai alam sekeliling:

Bermain tanah, air dan pasir Memasak dan membersihkan dapur.

Bermain boneka

Aktiviti
Bermain pondokpondok dan masak-masak. Bermain layanglayang dan melihat kedatangan angin Menyanyi dan pergerakan kreatif.

3. Adaptasi perasaan
Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Teori Piaget

Adaptasi Perasaan
Penyesuaian terhadap budaya baru atau perubahan terhadap persekitaran merupakan proses yang normal dan menghasilkan pelbagai tindak balas dan juga perasaan. Terdapat beberapa tahap bagi adaptasi perasaan iaitu:
i) ii) iii) Sendirian Berpasangan Berkumpulan

Sendirian.
Bagi tahap ini, individu akan menilai sendiri mengenai perasaan yang dialami. Terdapat pelbagai jenis perasaan yang berbeza-beza akan dialami oleh setiap individu. Apabila seseorang itu bersendirian ia akan mengalami perasaan sama ada baik atau buruk.

Dalam masa yang sama, seseorang individu dapat mengalami pelbagai jenis perasaan.

Kebiasaanya, kita selalu cuba untuk mengendahkan perasaan yang tidak diingini dan berharap ia akan lenyap ataupun berubah. Tetapi tanggapan ini adalah tidak benar.
Sepatutnya kita hendaklah menerima segala perasaan yang dialami dengan mengubah sikap yang tidak diigini dan adaptasi perasaan tersebut secara positif.

Adaptasi perasaan secara positif.


- Menerima perasaan dan tangani dengan cara yang positif. - Menahan perasaan tersebut hanya memberi tekanan, kegelisahan dan panik. - Mengendalikan perasaan dengan betul

daripada bertindak mengikut perasaan.

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan.


Merasa lega Mengurangkan tekanan Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

You might also like