You are on page 1of 2

Maimunah Aminuddin (2003) mendefinasikan Pengurusan Sumber Manusia

(PSM) sebagai suatu aktiviti yang dijalankan dalam semua organisasi besar atau kecil
untuk memastikan manusia yang diambil bekerja digunakan dengan berkesan dan cekap
serta berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Menurut
Bohlander dan lain-lain (2001), PSM merangkumi penggabungan semua tenaga kerja
yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivancevich (2001) pula
mentakrifkan PSM sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu
memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat
organisasi dan individu.

Pandangan awal menyatakan bahawa manusia adalah kos kerana mereka perlu
dibayar gaji dan diberi berbagai bentuk faedah seperti cuti, bonus dan faedah kesihatan.
Bagaimanapun kepentingan elemen manusia tidak dapat dipisahkan daripada kejayaan
sesebuah organisasi. Menurut L.F.Urwick, “business houses are made or broken in the
long run not by markets or capitals, patents or equipments, but by men”. Manakala Peter
F.Drucker, menyatakan bahawa “man, of all the resources available to man, can grow and
develop.” Ahmad Abdul Aziz pula berpendapat sesebuah organisasi yang mantap perlu
memiliki pekerja yang berkualiti dan berkebolehan tinggi, program latihan yang berkesan
untuk memotivasikan pekerja, keupayaan dan upah yang setimpal untuk para pekerja,
serta hak dan layanan (kebajikan) yang baik.

Muhammad Nasri dan Ab. Aziz (2005) pula mengariskan bahawa PSM dalam
Perspektif Islam bermaksud pelaksanaan amalan pengurusan dalam usaha untuk
memupuk, membangun dan memperkembangkan dan seterusnya meneruskan
keberkesanan penggunaan sumber dalam diri untuk mencapai peningkatan diri dan
ummah. Peranan dan fungsi PSM ialah merujuk kepada kemampuan pengurus untuk
mengenalpasti sumber-sumber yang wujud dalam diri manusia dalam bentuk kebolehan,
kemahiran dan kecekapan.

1
Maimunah Aminuddin (2003) telah membahagikan perkembangan fungsi PSM
kepada 3 peringkat iaitu peringkat 1 : Revolusi Perindustrian pada tahun 1850-an
sehingga 1920-an. Peringkat 2 : Pendekatan Perhubungan Manusia pada tahun 1930-an
sehingga 1950-an dan Peringkat 3 : Perkembangan Terkini 1960-an sehingga 2000-an.
Menurut Maimunah Aminuddin (2003), pertumbuhan sektor perindustrian telah
meningalkan kesan negatif pada lewat abad ke 20-an. Pengkhususan yang berlebihan
mengakibatkan kehilangan perasaan megah di kalangan pekerja terhadap tugas masing-
masing apabila mereka tidak dipertanggungjawabkan ke atas keseluruhan keluaran
mereka. Perkembangan perindustrian turut membawa kepada eksploitasi terhadap
pekerja. Pekerja telah dipaksa bekerja lebih masa dalam persekitaran kerja yang
berbahaya pada kadar gaji yang rendah. Bagaimanapun dengan peningkatan pendidikan,
majikan kini, telah memberikan penumpuan mewujudkan pakej faedah dan PSM yang
berkesan untuk menarik dan mengekalkan pekerja-pekerja yang baik..

Muhammad Nasri dan Ab. Aziz (2005) menyatakan bahawa fungsi PSM termasuk
penempatan tenaga kerja yang sesuai, sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang
berkesan, penggunaan potensi setiap pekerja secara optima serta pemeliharaan
keselamatan dan kebajikan pekerja yang sesuai. Manakala Maimunah Aminuddin (2003)
mengariskan fungsi-fungsi PSM termasuklah pekerjaan, latihan dan pembangunan,
sistem pembayaran gaji atau ganjaran, kesihatan dan keselamatan, perkhidmatan pekerja
atau kebajikan, skim penambahbaikan produktiviti dan perhubungan perusahaan.

Pekerja adalah aset terpenting di dalam sesuatu organisasi. Proses PSM perlulah
berterusan agar prestasi dan produktiviti organisasi sentiasa berada pada tahap yang
dingini. PSM memerlukan kemahiran dan kepakaran tertentu untuk mereka bentuk dan
melaksanakan polisi serta prosedur bagi tujuan mengrekrut, membangun dan
mengekalkan para pekerja.

You might also like