Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
analisis pekerjaan

analisis pekerjaan

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 369|Likes:
Published by cikgutaufik

More info:

Published by: cikgutaufik on Aug 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

 
Ivancevich (1995) mendefinasikan Analisis Pekerjaan sebagai satu prosessistematik bertujuan untuk mengutip maklumat berkaitan aspek kerja yang penting bagisesuatu pekerjaan. Manakala De Cenzo dan Robbins (1996) pula mendefinasikannyasebagai satu proses untuk mendalami aktiviti yag terdapar dalam pekerjaan secarasistematik.. Tujuan Analisis Pekerjaan disediakan ialah untuk menjawab persoalan- persoalan Apakah tugasan fizikal dan mental yag dilakukan oleh pekerja?, Bilakah kerja perlu disiapkan?, Tahap manakah kerja perlu disiapkan?, Bagaimana pekerja melakukankerja?, Kenapa kerja tersebut dilakukan? dan Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja?Henky Hendrawan (2009) berpendapat dalam analisis pekerjaan (
 job analyst 
)terdapat 2 langkah utama yang harus dilakukan iaitu :a.Penentuan tugas utama, kegiatan-kegiatan, perilaku-perilaku, ataukewajiban-kewajiban yang akan dilakukan dalam pekerjaan. b.Penetapan pengetahuan (
knowledge
), kemampuan (abilities), kecekapan(skills) serta tingkah laku (keperibadian, perwatakan, sikap, ketangkasan,mental) yang diperlukan nantinya dalam pekerjaan.Dalam sektor pendidikan, analisis kerja memberikan maklumat terperincimengenai semua kerja kepada setiap jenis tugas. Memahami proses aliran kerja amat penting dalam sektor pendidikan terutama kepada pengurus di sekolah. Melaluinya pengetua atau guru besar dapat mereka bentuk semula aspek-aspek tertentu untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Pengetua juga perlu memahami keperluankerja untuk membuat keputusan pemilihan guru yang terbaik. Pengurus di sekolah akanmengagihkan tugas-tugas kurikulum, pentadbiran, kokurikulum dan hal ehwal muridkepada semua guru. Namun demikian, jika beliau tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai tugas-tugas yang dilakukan dalam setiap kerja dan kemahiran-kemahiranyang diperlukan untuk melakukannya, maka keputusan pemilihan mungkin berakhidengan pemilihan guru-guru yang pengetua atau guru besar ’sukai’ tetapi yang tidak  berupaya melakukan kerja dengan jayanya.1
 
Pengetua atau guru besar bertanggung jawab bagi memastikan setiap gurumelakukan kerjanya pada tahap yang memuaskan (atau lebih tinggi). Ini memerlukan pengurus di sekolah menilai bagaimana setiap guru melakukan tugas mereka melalui pencerapan dan pemantauan. Pengetua atau guru besar perlu memberi maklum balaskepada guru-guru yang memerlukan penambahbaikan dalam prestasi mereka. Oleh itu,ini memerlukan pengurus di sekolah memahami dengan jelas akan tugas-tugas yagdiperlukan dalam setiap tugas guru di sekolah. Tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2008 iaituDatuk Dzulkarnain Abd. Rahman, 69, Abu Bakar Shawkat Ali, 63 dan K. Krishnasamy,68, mengakui untuk menjadi pendidik yang cemerlang, setiap guru wajib mengetahui danmemahami peranan masing-masing dalam mendidik pelajar. Guru-guru perlumengetahui huraian kerja dan spesifikasi kerja secara jelas untuk mejadi pendidik yangcemerlang. Namun begitu terdapat keluhan rintihan guru yang mengadu dibebani pelbagaitugas tambahan, selain mengajar di kelas terbukti kebenarannya apabila kajianKementerian Pelajaran menunjukkan guru khususnya di empat negeri bekerja 74 jamseminggu. Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur juga menghabiskan 38hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan, walaupun JabatanPerkhidmatan Awam mengehadkan masa tujuh hari saja. Lebih membebankan lagi adalah320,000 guru di lebih 9,000 sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagimenyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Oleh itu pengurangan beban kerja guru perlu dilakukan sebagai menambahbaik persekitaran kerjadi sekolah, sekali gus guru boleh memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka.Azizyus (2005) mencadangkan tumpuan harus diberikan kepada pengubahsuaian dan pembaikan tugas guru di sekolah. Penstrukturan jawatan baru di sekolah adalah langkah bijak, namun lebih berkesan jika jawatan pengetua/guru besar, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, kaunselor dan guru disiplin diklasifikasikan sebagai pentadbir sepenuh masa dan perlu bekerjamengikut waktu pejabat. Mereka perlu dikecualikan dengan tugas mengajar.Pengecualian ini penting kerana mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepadatugas memajukan sekolah serta melahirkan suasana fizikal sekolah yang harmoni dansihat.2

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mohd Rosli Yom liked this
Paklong Cikgu liked this
Sa'adah Said liked this
Gurdi Diey liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->