You are on page 1of 33

HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR

DISEDIAKAN OLEH: TAN ZING MIN VINOTHINI A/P MUNIANDY 4 PISMP RBT 2

KONSEP KESEPADUAN, PENGGABUNGJALINAN DAN INTEGRASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN KESEPADUAN
Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan bersama, bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Kesepaduan bermaksud keadaan yang bersepadu atau perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh. (Kamus Dewan Edisi 4)

KONSEP KESEPADUAN
Kesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran yang lain. Kesepaduan adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani, iaitu untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dan menyeluruh.

Kesepaduan adalah gabungan beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai murni dalam mata pelajaran secara menyeluruh.

Guru mestilah menekankan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.

Proses penyerapan mata pelajaran lain berlaku dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani secara terancang.
CONTOH 1:
Mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsi-fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains.

CONTOH 2: Mendedahkan kepentingan pengambilan makanan seimbang yang terdapat dalam mata pelajaran Sains.

Aspek kesepaduan dalam membuat perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani perlu ditekankan.

Kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain.

KAEDAH PERLAKSANAAN KESEPADUAN


Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.

Kesepaduan komponen utama dalam Pendidikan Jasmani (intra)


Kesepaduan dua ilmu pengetahuan yang berbeza mata pelajaran (inter) Kesepaduan antara aspek teori dengan amali. Kesepaduan antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum. Kesepaduan antara aktiviti dalam bilk darjah dengan luar bilik darjah.

Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.

Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran Kesepaduan komponen utama dalam Pendidikan Jasmani (intra) Kesepaduan dua ilmu pengetahuan yang berbeza mata pelajaran (inter)

Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk beberapa permainan tertentu. Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. Ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral.

Dalam PJ, sekolah rendah ada tajuk mengenai bahagian tubuh kita. Penggabungan dengan subjek Sains.

Kesepaduan antara aspek teori dengan amali


Kesepaduan antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum

Teori PJ yang terkandung dalam buku juga bersepadu dengan amali yang disediakan untuk murid.

PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olahraga.
Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu, murid dapat mengeksplotasi aktiviti dengan lebih baik.

Kesepaduan antara aktiviti dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah

Kesepaduan dalam strategi pengajaran Teknik dan strategi sesuai dan dengan jenis aktiviti, bahan pembelajaran bantu pengajaran dan tajuk
pengajaran.

Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian.

PENGGABUNGJALINAN
Menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa. Contoh: - Menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan kemahiran membaca dengan menulis - Penggabungan aktiviti dalam kelas - Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

JENIS PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran Penggabungjalinan kemahirankemahiran dalam satu mata pelajaran Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran

PENGGABUNGJALINAN

CIRI-CIRI PENGGABUNGJALINAN
Berasaskan kepada konsep mengintegrasikan beberapa kemahiran. Kemahiran utama menjadi fokus kepada penggabungjalinannya.

1. Penggabungjalinan Antara Kemahiran


dalam Satu Mata Pelajaran
Contoh permainan: bola sepak Kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti: -menghantar -menggelecek -menjaring -menendang

Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya. Contoh: -Menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul.

2. Penggabungjalinan dengan Kemahiran mata pelajaran lain


Contoh aktiviti: regangan Guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran Matematik.

Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Guru berupaya untuk memberi penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

INTEGRASI
Penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan dan sebagainya) menjadi satu kesatuan.

Integrasi dalam Pendidikan Jasmani dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsurunsur seperti kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri- ciri budaya kaum masing-masing.

Integrasi mampu memupuk dan mengembangkan budaya nasional. Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya secara pentadbiran dan paksaan.
Dalam Penyata Razak (1956), integrasi perlu bermula daripada murid-murid di sekolah. Tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan dipelihara.

INTEGRASI
Contoh: -muzik: lagu senamrobik (mempunyai unsur-unsur kaum di Malaysia )

-bahasa: penulisan laporan aktiviti PJ (menggunakan bahasa kebangsaan)


-Nilai murni: bekerjasama, toleransi, sabar... Hubungan antara kaum dapat dirapatkan melalui aktiviti PJ.

TUNJANG PEMBELAJARAN PJ

Tunjang Pembelajaran PJ

Kecergasan

Kesukanan

Kemahiran

Kesihatan Kecergasan
Perlakuan

KESIHATAN
Daya tahan kardiovaskular
Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik.

Daya tahan otot


Kemampuan otot untuk melakukan kerja berulang kali dalam tempoh masa yang panjang tanpa merasa letih.

Kekuatan
Kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi sesuatu rintangan.

Kelenturan
Keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak.

Komposisi badan
Peratusan lemak badan berbanding dengan isi kandungan otot, lemak, tulang dan tisu badan yang lain.

PERLAKUAN
Koordinasi
Pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan.

Imbangan
Kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Ketangkasan
Kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah atau posisi.

KEMAHIRAN
Pendedahan kepada murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang lebih baik Proses p&p tunjang kemahiran adalah untuk mendedahkan murid untuk berfikir dan bermain dengan keseronokan.

Pergerakan asas
Lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan

Permainan
Hoki Bola sepak Bola jaring Bola baling Sofbol Ragbi sentuh Badminton Bola keranjang Bola tampar Sepak takraw

Olahraga
Balapan
lari berganti lari berpagar

Padang
lompat jauh lompat tinggi lontar peluru

Gimnastik
Gimnastik berirama
Pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi serta estatik.

Gimnasik pendidikan
Satu pendekatan yang memberi tumpuan kepada pebelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.

Gimnastik artistik
Menekankan tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombol.

Pergerakan kreatif
Intepretasi idea, perasaan dan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

Rekreasi
Aktiviti terancang untuk memenuhi masa lapang untuk tujuan bukan pertandingan tetapi untuk merehatkan fikiran dan badan.

Kesenggangan
Aktiviti mengisi masa lapang

SEKIAN, TERIMA KASIH...

You might also like