You are on page 1of 30

Kaedah Penilaian Bahasa Melalui Portfolio

Kaedah penilaian bahasa


Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan

pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

Apakah portfolio?
Kaedah penilaian bahasa melalui portfolio

Apakah portfolio?
Satu bahan yang digunakan untuk mengumpul

dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Kaedah penilaian bahasa melalui portfolio


Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul

dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Kaedah penilaian bahasa melalui portfolio


Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur.

Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Ciri-Ciri Portfolio
Ciri-Ciri Portfolio Jenis Portfolio

Ciri-Ciri Portfolio
portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang

memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti. kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak. kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

Ciri-Ciri Portfolio
Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar

iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerjakerja lapangan.

Ciri-Ciri Portfolio
Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing

oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

Ciri-Ciri Portfolio
Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan

dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina


Portfolio Kerja Harian

Portfolio Hasil Terbaik


Portfolio Dokumen

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina


portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul

untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan. portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif. portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Pembinaan portfolio :
Perancangan Tujuan Kegunaan

Perancangan sebelum membuat portfolio :


menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

isi kandungan portfolio.


pemilihan isi kandungan bahan dan sumber

portfolio. penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.

Portfolio adalah penilaian yang membantu murid, bukan memberi tekanan kepada murid.

Tujuan Portfolio
Memberi peluang pelajar mendokumentasi

kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio
menilai perkembangan dalam satu tempoh

(authentic assessment). menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan digunakanbagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. menilai secara sumatif pembelajaran. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Kegunaan Portfolio
mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal

dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri. membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Penilaian Portfolio
Bagaimana? Merekod Kriteria

Bagaimana Menilai Portfolio?


Berdasarkan konsep perkembangan

pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

Bagaimana Menilai Portfolio?

E J A A N

1 2 3 4 5

Berdikari mengeja perkataan-perkataan Mencantum suku kata dengan bimbingan guru Membentuk suku kata Menyebut bunyi huruf Permulaan mengenal huruf

Bagaimana Menilai Portfolio?


Menggunakan inferens dengan rekod menimbang

pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Rekod anekdot
Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Sudin

menarik tangan Zaki, Rosli dan Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi.Dengar saya nak baca buku ini. Sudin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat. Sedap tak ceritanya?Tanya Sudin kepada mereka.Hei, Sudin kau dah boleh baca? Tanya Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. Bagus, Sudin,Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang. Sudin anak sulungdalam keluarga sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan Zahar Mereka ini sentiasa patuh dan hormat pada Sudin. Sudin sudah mula berminat pada buku, cuba membaca walau pun masih belum mengenal semua huruf

Rekod anekdot
Catatan ringkas mengenai tingkahlaku murid atau

sesuatu peristiwa yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.

Bagaimana Menilai Portfolio?


Portfolio dinilai berdasarkan konsep

perkembangan pembelajaran yang berterusan. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio


Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio

iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.

Kriteria penilaian
Struktur dan organisasi

Strategi pengurusan
Variasi isi yang sesuai Struktur ayat dan gaya bahasa Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah

portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio


Senarai semak yang disediakan oleh guru

Nota-nota yang disediakan oleh guru


Catatan jurnal Buku log Refleksi kendiri murid Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio


Penglibatan murid sepenuhnya dalam

pengajajaran dan pembelajaran Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

You might also like