You are on page 1of 25

BAHAGIAN A (20 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman atau keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan proses memberikan deskripsi atau interpretasi secara kuantitatif dan kualitatif tentang sesuatu perkara atau data berdasarkan sistem nilai yang sedia wujud

Pernyataan di atas paling sesuai digunakan untuk menerangkan konsep

(A) (B) (C) (D)

pentaksiran dan penilaian pengukuran dan penilaian pentaksiran dan pengujian pentaksiran dan pengukuran

2.

Aras yang paling tinggi dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom ialah

(A) (B) (C) (D)

aplikasi penilaian kefahaman pengetahuan

3.

Aras keempat dalam Domain Afektif Krathwohl ialah organisasi. Pernyataan yang manakah menunjukkan maksud yang tepat tentang aras tersebut?

(A) (B)

Kesediaan untuk menerima sesuatu yang disampaikan oleh orang lain Kebolehan menyusun semua nilai yang diterima kepada satu sistem yang lebih praktikal Keupayaan untuk mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup Kemampuan untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima kerana mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian

(C)

(D)

4.

Pernyataan yang manakah benar tentang Jadual Spesifikasi Ujian?

(A)

Maklumat tentang bentuk ujian tidak perlu dinyatakan dalam Jadual Spesifikasi Ujian Aras kemahiran kognitif bagi soalan ujian terdapat dalam paksi mendatar Jadual Spesifikasi Ujian Bilangan soalan yang terdapat dalam Jadual Spesifikasi Ujian adalah daripada aras sukar kepada aras mudah Paksi mendatar dalam Jadual Spesifikasi Ujian mengandungi kandungan atau tajuk yang akan diuji dalam sesuatu ujian

(B) (C) (D)

5.

Kegunaan utama Jadual Spesifikasi Ujian adalah untuk

(A) (B) (C) (D)

membentuk ujian objektif atau ujian subjektif menyediakan soalan berdasarkan tujuan ujian menentukan bilangan soalan mengikut aras kemahiran memastikan ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

6.

Manakah antara yang berikut merupakan item subjektif?

(A) (B) (C) (D)

Item terbuka Item padanan Item betul salah Item aneka pilihan

7.

Mengapakah soalan perlu ditulis secara padat, tepat dan jelas?

(A) (B) (C) (D)

Memudahkan penggubal soalan Supaya jawapan yang diberikan juga ringkas dan padat Supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahami soalan Agar tidak mengambil ruang yang yang banyak pada kertas soalan

8.

Penilaian autentik, penilaian kompetensi, penilaian proses, dan penilaian kemahiran afektif termasuk dalam penilaian

(A) (B) (C) (D)

sumatif formatif berterusan pemahaman

9. Bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan dan penguasaan bahasa seseorang secara menyeluruh.

Pernyataan di atas merujuk kepada ujian

(A) (B) (C) (D)

bakat kemajuan kefasihan pencapaian

10.

Antara berikut yang manakah jenis-jenis portfolio yang boleh dibina?

I. II. III. IV. V.

Cerita pada akhbar Hasil terbaik Kerja harian Dokumen Gambar dan cerita

(A) (B) (C) (D)

I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, IV dan V sahaja I, III, IV dan V sahaja

11.

Penilaian melalui pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh

(A) (B) (C) (D)

guru pelajar pentadbir sekolah jabatan pendidikan

12.

Salah satu objektif Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) adalah untuk menguji dan menilai kebolehan murid dalam aspek

(A) (B) (C) (D)

mendengar dan memahami serta memberikan maklum balas dalam pelbagai situasi bertutur dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul sama ada bermakna atau tidak berinteraksi dalam situasi formal untuk mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara menghargai keindahan bahasa dan mengamalkan nilai murni serta semangat patriotik dalam pertuturan seharian

13.

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) pada peringkat sekolah rendah dikendalikan sepenuhnya oleh guru murid itu sendiri bertujuan untuk

(A)

memastikan pentaksiran lisan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berterusan memudahkan pentaksiran lisan ditadbir oleh seorang guru dalam jangka masa panjang menggalakkan murid-murid memperkembang imaginasi dan kreativiti melalui kemahiran lisan di dalam bilik darjah menentukan gred penguasaan lisan murid dapat direkodkan dan didokumentasikan oleh guru secara berkesan

(B)

(C)

(D)

14.

Cikgu Alia ingin meneliti dan menguji kemahiran bahasa murid-muridnya dalam aspek mendengar dan bertutur. Manakah aktiviti bahasa berikut yang paling sesuai untuk dilaksanakan oleh Cikgu Alia?

(A) (B) (C) (D)

Pidato Debat Ceramah Syarahan

15.

Salah satu peringkat menilai kefahaman membaca murid adalah mengecam atau mengingat butiran teks. Manakah antara aktiviti yang berikut boleh dilaksanakan untuk menilai peringkat kefahaman membaca berkenaan?

(A) (B) (C) (D)

Menyusun semula idea yang terdapat dalam teks Membuat rumusan berdasarkan bahan yang dibaca Menyenaraikan nama tempat yang terdapat dalam petikan Membandingkan maklumat dalam teks dengan pengetahuan murid

16.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Farid meminta muridmuridnya membaca satu petikan dialog yang bertajuk Suasana Hari Raya secara berpasangan. Yang berikut ialah aspek kemahiran dan kefahaman membaca murid yang dapat dinilai kecuali

(A) (B) (C) (D)

intonasi sebutan kosa kata tatabahasa

17.

Petikan sesuatu teks merupakan angkubah utama dalam kemahiran membaca. Manakah antara yang berikut menepati penggunaan petikan teks yang baik dalam menilai kemahiran dan kefahaman membaca murid?

(A) (B)

Beberapa petikan pendek yang membicarakan pelbagai disiplin ilmu Satu petikan panjang yang membincangkan satu bidang ilmu secara terperinci Kandungan petikan masyarakat bebas menyentuh mana-mana isu dalam

(C)

(D)

Petikan memfokuskan hal-hal pendidikan sahaja yang melambangkan tahap usia murid

18.

Rasional penilaian kemahiran menulis menggunakan teknik holistik ialah

(A) (B) (C)

keseluruhan lebih penting daripada bahagian-bahagian tertentu kesilapan pemeriksaan jarang berlaku dalam penilaian karangan murid penilaian boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pendidikan prestasi murid dapat dimuktamadkan dengan hanya membaca sekali sahaja karangan mereka

(D)

19.

Dalam peperiksaan awam yang melibatkan lebih daripada seorang pemeriksa, penyelarasan pemarkahan item esei memang sentiasa dilakukan. Mengapakah penyelarasan pemarkahan ini perlu dipraktikkan?

(A) (B)

Kebolehpercayaan pemarkahan boleh ditingkatkan Perubahan terhadap dilaksanakan kandungan skema pemarkahan sukar

(C)

Perbezaan markah antara pemeriksa dalam daerah yang berbeza dapat dielakkan Penyesuaian markah dapat dilakukan apabila selisih markah antara pemeriksa melebihi dua peratus

(D)

20.

Penilaian secara analitikal merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk menilai keupayaan penulisan murid Antara yang berikut, pilih pernyataan yang ada kaitan dengan penilaian analitikal dalam penulisan

(A) Semua aspek penulisan murid dalam esei diberikan penilaian yang sama rata (B) Kebolehan murid dalam bidang penulisan dapat dinilai secara menyeluruh (C) Penilaian sesuatu penulisan berdasarkan tahap esei cemerlang, baik, sederhana dan lemah (D) Kelemahan penulisan murid dapat diperlihatkan berdasarkan komponen tertentu dalam esei dengan jelas

BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini

Soalan objektif dan soalan subjektif adalah antara jenis item yang sering digunakan bagi menguji tahap penguasaan kemahiran berbahasa murid dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kedua-dua jenis item ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. (a) Jelaskan dua kelemahan soalan objektif dan dua kelemahan soalan subjektif

Kelemahan Soalan Objektif (i) ___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________

Kelemahan Soalan Subjektif (i) ___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ (4 markah)

(b)

Jelaskan tiga perbezaan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. (i) ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________

(iii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

10

2.

Ujian formatif ialah ujian yang dibuat secara berterusan iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid bagi setiap tajuk atau kemahiran yang ditentukan. (a) Ujian pencapaian dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria. Rumuskan tiga ciri Ujian Rujukan Norma dan tiga ciri Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Rujukan Norma (i) ___________________________________________________ ___________________________________________________ (ii) ___________________________________________________ ___________________________________________________ (iii) ___________________________________________________ ___________________________________________________

Ujian Rujukan Kriteria (i) ___________________________________________________ ___________________________________________________ (ii) ___________________________________________________ ___________________________________________________ (iii) ___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

11

(b)

Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan mengikut urutan empat prosedur yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan ujian formatif.

Langkah 1 ________________________________________________________ ________________________________________________________

Langkah 2 ________________________________________________________ ________________________________________________________

Langkah 3 ________________________________________________________ ________________________________________________________

Langkah 4 ________________________________________________________ ________________________________________________________ (4 markah)

12

3.

Penilaian melalui portfolio, pemerhatian, projek dan kontrak pembelajaran merupakan antara kaedah penilaian bahasa. (a) Cikgu Reza ingin menggunakan portfolio sebagai kaedah penilaian bahasa untuk kelas 4A. Jelaskan tiga cara bagaimana beliau dapat menilai portfolio tersebut.

(i)

___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________

(iii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

(b)

Jelaskan dua tujuan kaedah penilaian projek

(i)

___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ (4 markah)

13

4.

Kemahiran berbahasa penting dalam proses perkembangan kanak-kanak bagi membentuk keterampilan berbahasa dan keupayaan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dan keperluan sosial.

(a)

Terangkan dua aspek lisan yang boleh dinilai.

(i) (ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ ` (4 markah)

(b)

Rumuskan tiga kemahiran yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis.

(i)

___________________________________________________ ___________________________________________________

(ii)

___________________________________________________ ___________________________________________________

(iii)

___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

14

No. Kod: BMM3103 BAHAGIAN C (40 markah) Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini

PMM

1.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bukan dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Penilaian juga merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Huraikan perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif (20 markah)

2.

Dalam kaedah penilaian bahasa melalui projek, murid diminta untuk mencatatkan refleksi kendiri bagi setiap langkah pelaksanaan projek yang dirancang. Huraikan lima kepentingan refleksi kendiri dalam kaedah penilaian bahasa melalui projek. (20 markah)

3.

Terdapat empat konstruk yang dinilai dalam Pentaksiran Kemahiran Mendengar dan Bertutur iaitu : i) ii) iii) iii) Tatabahasa dan kosakata Sebutan, intonasi dan nada Fasih dan bermakna Bertatasusila

Rumuskan bagaimana empat konstruk tersebut dapat melahirkan muridmurid yang berketerampilan dalam komunikasi lisan. (20 markah)

15

No. Kod: BMM3103 BAHAGIAN A (20 markah) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. A B B B D A C A C B A A A B C D D A A D

PMM

16

BAHAGIAN B (40 markah)

1.

(a)

Kelemahan Soalan Objektif Tidak dapat mengukur kebolehan murid untuk memilih, mengatur, dan membuat sintesis idea-idea serta melahirkan idea-idea tersebut secara sepadu Mempunyai kecenderungan menggalakkan murid meneka

Semasa menduduki ujian, murid terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir Memerlukan guru menghabiskan masa dan tenaga yang banyak untuk menyediakan soalan Tidak dapat mengukur keaslian jawapan atau gerak balas murid

Kelemahan Soalan Subjektif Mempunyai nilai potensi diagnostik yang rendah Mempunyai kecenderungan untuk menggalakan penipuan kerana murid dapat menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian Tidak dapat dimarkat dengan mesin dan memerlukan pemeriksa yang terlatih Pemeriksaannya kurang dapat dipercayai Memerlukan masa yang panjang untuk murid menjawab soalan Memerlukan masa yang panjang bagi guru memeriksa jawapan Tidak dapat menyumbang kepada sampel isi yang luas

Memerlukan kefasihan berbahasa

17

(b)

Perbezaan antara Soalan Objektif dengan Soalan subjektif Soalan objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan calon memberi jawapan ringkas atau memilih gerak balas yang diberikan. Soalan subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan calon memberikan jawapan atau gerak balas berbentuk ayat atau esei. Soalan objektif menguji kefahaman dan kebolehan calon tentang aspekaspek pelajaran formal. Soalan subjektif menguji kemahiran calon dengan menggunakan bahasa untuk menyusun idea atau fakta. Soalan objektif mempunyai ciri keesahan, kebolehpercayaan, dan keobjektifan yang tinggi. Soalan subjektif mempunyai ciri kemudahtadbiran yang tinggi. Soalan objektif digunakan untuk penilaian sumatif. Soalan subjektif digunakan untuk penilaian formatif. Soalan objektif sangat relevan untuk bilangan calon yang banyak. Soalan subjektif sesuai untuk bilangan calon yang sedikit. Soalan objektif berbentuk betul/salah, padanan, pengelasan, lengkapan, dan aneka pilihan. Soalan subjektif berbentuk lengkapan, struktur, berpandu, pernyataan, dan esei. Soalan objektif boleh menguji banyak topik secara meluas. Soalan subjektif boleh menguji topik secara terhad. Setiap soalan objektif diberi markah yang sama. Dalam soalan subjektif, setiap bahagian jawapan diberikan markah mengikut pemberatan. Soalan objektif mudah diperiksa. Soalan subjektif sukar diperiksa. Soalan objektif sukar dibina. Soalan subjektif mudah dibina.

18

2.

(a)

(i) (ii)

Ujian Rujukan Norma Membandingkan pencapaian individu dengan mengukur perbezaan pencapaian murid Meliputi satu bidang pelajaran yang sangat luas. Jadual Spesifikasi Ujian biasanya digunakan untuk membina soalan Soalan-soalan ujian berbeza-beza mengikut aras kesukaran Ujian Rujukan Kriteria Membandingkan pencapaian murid dengan kriteria yang telah ditetapkan Menumpukan kepada tugas-tugas pembelajaran yang terhad Kriteria secara terperinci ditentukan untuk proses penilaian Peringkat kesukaran soalan ujian biasanya hampir sama

(b)

Langkah 1

Menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan Menetukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk yang perlu dikuasai oleh murid Menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran Membina soalan ujian

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

19

3.

(a)

Isi kandungan portfolio Senarai semak yang disediakan oleh guru Nota-nota yang disediakan oleh guru Catatan jurnal Buku log Refleksi kendiri murid Gambar dan foto

(b)

Tujuan penilaian projek Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

20

4.

(a)

Aspek lisan yang dinilai Kefahaman konsep Pengetahuan fakta pemikiran peringkat tinggi kecekapan mendengar penggunaan bahasa yang tepat gaya persembahan kelancaran berbahasa pertuturan dan sikap

(b)

Penilaian kemahiran menulis menyusun idea perbendaharaan kata mengaplikasi mentafsir menilai mempertahan/menyokong hujah menyebar idea membuat rumusan/cadangan

21

BAHAGIAN C (40 markah) 1. Perbezaan ujian formatif dengan ujian sumatif Formatif formal atau tidak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran di kelas tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan dengan serta merta Sumatif Ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemewringkatan gred pelajar aktiviti menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa waktu pelajaran dengan secara individu, kumpulan atau kelas masa semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran bentuk tidak formal (pemerhatian atau soal jawab) atau formal (ujian kertas dalam masa singkat) sasaran secara individu, kumpulan atau kelas liputan meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal) rekod tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak/rekod prestasi bagi ujian formal) penggunaan rekod profil atau persijilan meliputi beberapa unigt pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan secara kelas atau tingkatan selepas mengajar beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan formal-ujian kertas /ujian lisan dalam masa yang sesuai Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas, tingkatan

Perbezaan Pengertian

22

tindakan

membetulkan kelemahan dengan serta merta atau menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam kelas

menempatkan pelajar dalam kumpulan/kelas yang sesuai merancang dan mengubah suai pelajaran/kurikulum memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan

2.

1 Kepentingan refleksi kendiri dalam kaedah penilaian bahasa melalui projek.

1.

Memastikan bahan yang dikumpul menepati kehendak setiap langkah Setiap langkah dalam pelaksanaan projek memerlukan pengumpulan bahan yang berkait dengan tajuk projek. Refleksi kendiri perlu dicatat untuk menilai sesuatu bahan dan memastikan ketepatan bahan berkenaan.

Bahan yang tidak menepati kehendak tajuk dalam setiap langkah hendaklah diasingkan.

2.

Menentukan hala tuju projek Terdapat lima langkah dalam pelaksanaan penilaian melalui projek. Hala tuju projek, dari segi tajuk dan kehendak tajuk boleh teralpa jika tiada refleksi kendiri atau menilai hala tuju diri sendiri dalam pelaksanaan projek.

Refleksi kendiri dalam setiap langkah dapat dijadikan pedoman dan menyedarkan murid tentang arah dan haluan projek yang sedang dilaksanakan.

3.

Memantapkan kerjasama antara rakan dalam kumpulan Penilaian bahasa melalui projek turut menilai kolaboratif antara ahli dalam kumpulan yang melaksanakan projek. 23

Refleksi kendiri boleh dicatat oleh seorang atau beberapa orang ahli dalam kumpulan berkenaan dan refleksi turut mencatatkan tentang penglibatan ahli.

Refleksi kendiri akan membantu ahli dalam kumpulan untuk memperbaiki tahap kerjasama dalam pelaksanaan projek.

4.

Memberi peluang maklum balas atau komen rakan sebaya Dalam setiap langkah pelaksanaan projek, rakan sebaya yang bukan ahli kumpulan diberi peluang untuk mengemukakan komen. Catatan refleksi kendiri boleh dirujuk oleh rakan sebaya sebelum mengemukakan komen.

Rakan sebaya boleh menilai pelbagai aspek berdasarkan refleksi kendiri untuk membantu memantapkan pelaksanaan projek.

5.

Penilaian fasilitator Catatan refleksi kendiri menjadi salah satu aspek yang mesti ada dalam langkah pelaksanaan projek. Catatan refleksi turut dinilai oleh fasilitator untuk diberi gred keseluruhan projek.

Catatan refleksi merupakan gambaran kejayaan atau kegagalan dalam pelaksanaan projek dan member panduan kepada fasilitator untuk menilai mana-mana kekuatan atau kelemahan projek berkenaan.

24

3.

Penilaian tentang keberkesanan Kriteria Pentaksiran Kemahiran Mendengar dan Bertutur untuk melahirkan murid-murid yang berketerampilan dalam berkomunikasi secara lisan 1. Konstruk pentaksiran Konstruk pentaksiran gabungan aspek utama dalam membentuk keterampilan komunikasi lisan. Gabungan konstruk membantu murid memahami bentuk perbualan berdasarkan khalayak, situasi formal atau tidak formal, perbualan harian, kesantunan berbahasa melalui konstruk bertatasusila dan ketepatan kosa kosa kata serta bahasa yang gramatis. Keupayaan lisan murid diperhalusi dan penilaian tidak dibuat secara rawak atau rambang. Tahap pencapaian lisan murid benar-benar diuji dan dinilai bagi memastikan keterampilan lisan mereka memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Peringkat pencapaian murid diberi gred bersesuaian dengan kriteria pada setiap tahap. Kekuatan dan kelemahan murid dapat dikesan berdasarkan gred pada setiap konstruk.

Keterampilan berkomunikasi murid dapat diperbaiki berdasarkan gred yang diperoleh mengikut konstruk dan criteria pencapaian.

25

You might also like