You are on page 1of 2

Penganugerahan Ijazah

1. Seorang calon layak untuk dianugerahkan ijazah jika calon telah mematuhi syarat berikut; (a) Lulus kesemua kursus wajib dan kursus elektif dalam tempoh yang telah ditetapkan. (b) Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir yang tidak kurang daripada 2.0. (c) Lulus Malaysian University English Test (MUET) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Band 4. (d) Telah mematuhi semua peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan telah membayar semua yuran yang ditentukan.

Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

Yuran
Calon diperlukan untuk membayar yuran-yuran yang disenaraikan di bawah ini. Yuran Permulaan Berterusan Perpustakaan Peperiksaan RM 2,900.00 1,000.00 setahun 100.00 setahun 300.00 per kursus

Yuran-yuran tersebut di atas tidak akan dikembalikan.

Permohonan Dan Pendaftaran


1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang yang ditetapkan oleh Universiti. Borang ini boleh didapati di alamat dibawah Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur 2. Seseorang pelajar tidak dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada satu program pengajian dalam jangka masa, sama ada di Universiti ini atau di institusi atau universiti lain.

Persiapan Pengajian
1. Pengajian ini tidak mempunyai sesi pengajaran seperti pengajian undangundang sepenuh masa. 2. Pelajar dikehendaki membuat persiapan sendiri untuk pembelajaran dan tuisyen. Mereka boleh membuat persiapan sepenuhnya untuk peperiksaan dengan pengajian persendirian. 3. Fakulti dari semasa ke semasa boleh menyediakan kursus pendek untuk pelajar yang berminat dengan kadar yuran tertentu.

Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Tel: +603 7967 6504 / +603 7967 6505 Faks: +603 7967 6573 / +603 7967 6582 Emel: juris_eksternal@um.edu.my

Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal)

Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal)

Maklumat Am ini hendaklah disimpan untuk dibaca bersama-sama dengan surat tawaran kemasukan. 1. Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) [B.Juris (Eksternal)] oleh Universiti Malaya kepada pelajar eksternal adalah tertakluk kepada Peraturanperaturan yang ditetapkan oleh Senat Universiti Malaya. 2. Ijazah B.Juris (Eksternal) adalah suatu ijazah akademik yang tidak termasuk pengajian kursus prosedur dan amali. Ijazah ini telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang sebagai melayakkan pemegang ijazah itu untuk mengambil Peperiksaan Sijil Amalan Guaman. Calon-calon yang ingin memasuki profesion undang-undang hendaklah mengambil perhatian berkenaan perkara ini, dan dinasihatkan berhubung dengan Setiausaha, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Tingkat 27, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. 3. Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) untuk pelajar eksternal adalah dihadkan kepada rakyat atau pemastautin tetap Malaysia.

Kelayakan Masuk
CALON BIASA
Syarat minimum untuk kemasukan sebagai calon biasa adalah seperti berikut: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam lima (5) mata pelajaran, termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melainkan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu Kertas Julai, kepujian bagi empat mata pelajaran yang lain hendaklah diperolehi dalam satu percubaan dalam peperiksaan yang sama. DAN Lulus peperiksaan STPM atau peperiksaan yang setaraf dengannya dan mendapat sekurang-kurangnya dua (2) Prinsipal dengan gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan satu mata pelajaran lain.
ATAU

Senarai Kursus Yang Ditawarkan


KURSUS WAJIB
LXEC 1112 LXEC 1113 LXEC 1114 LXEC 1115 LXEC 1116 LXEC 2111 LXEC 2112 LXEC 2113 LXEC 2114 LXEC 2115 LXEC 3111 LXEC 3112 LXEC 3115 GXEX 1415 GXEX 1416 Sistem Undang-Undang Malaysia Undang-Undang Islam I Undang-Undang Perlembagaan Tort Undang-Undang Kontrak Undang-Undang Jenayah Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Tanah Ekuiti, Amanah dan Pentadbiran Pusaka Undang-Undang Keluarga Jurisprudens dan Teori Undang-Undang Undang-Undang Syarikat Pengenalan Kepada Undang-Undang Antarabangsa Hubungan Etnik Tamadun Islam Tamadun Asia

Lulus dengan baik pada peringkat A Level/ Diploma/ Ijazah atau peperiksaan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

KURSUS PILIHAN*
LXEC 2312 LXEC 2317 LXEC 3312 LXEC 3313 LXEC 3314 LXEC 3315 LXEC 3316 Undang-Undang Islam II Undang-Undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia Undang-Undang Insurans Urusan-Urusan Perdagangan Undang-Undang Pekerjaan Urusan Bank dan Suratcara Niaga Urusniaga Tanah dan Undang-Undang Tuan Rumah dan Penyewa

CALON MATANG
Dalam keadaan tertentu, calon matang (mature) boleh diterima masuk ke program. Syarat minimum untuk kemasukan sebagai calon matang adalah seperti berikut: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran, termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai. DAN Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan. DAN Calon tersebut dianggap sesuai dan berkebolehan untuk mengikuti program tersebut oleh Jawatankuasa Pemilih.

*Kursus pilihan yang disenaraikan tidak semestinya ditawarkan pada setiap tahun.

Tempoh Pengajian
3 hingga 7 tahun

You might also like