You are on page 1of 31

Lima Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.
Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Kamus Dewan(2007) mentakrifkan cabaran sebagai sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi atau kumpulan manusia.Jika dirujuk kepada profesion perguruan ia bermakna, kemampuan dan ketabahan guru melaksanakan sesuatu yang melibatkan pelajar, sekolah, masyarakat setempat dan Negara.Perkatan cabaran memberi gambaran lebih positif tentang sesuatu keadaan yang mana individu boleh melakukan sesuatu untuk menghadapi cabaran berkenaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi

pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik. Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borangborang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan

pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya. Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasardasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula tiga dalam satu. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa

telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut. Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu. Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

7. Cabaran Profesion Keguruan Presentation Transcript


1. Cabaran Profesion Perguruan 2. CABARAN PROFESION KEGURUAN Sekolah Berkualiti Pengurusan perubahan Perubahan dalam pendidikan - Pembestarian pendidikan - Globalisasi pendidikan 3. PENGENALAN Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4. Cabaran Profesion Keguruan Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. 5. Sekolah Berkualiti Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat dan wawasan 2020. Ia adalah untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020. Di antara intisari Wawasan Pendidikan ini ialah: Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko. Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian. Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif. Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Sekolah penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan pembelajaran mereka sehingga displin dikurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi tempat sebagai sekolahku, rumahku. Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi. 6. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, melalui pendekatan strategik berikut: Penyediaan kurikulum yang relevan supaya pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang terkinidan memperkembang sosial serta menguasai kemahiran yang bernilai dari segi k-ekonomi. Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan supaya pelajar memperolehi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penyediaan kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan Agama, Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf negara maju, disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar dalam semua aspek kehidupan. Pemupukan patriotisme melalui penerapan dalam semua mata

pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat, supaya melahirkan pelajar yang mempunyai semangat bangga sebagai rakyat Malaysia. 7. 1. Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui pendekatan strategik berikut: Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah. Pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia akan tercapai. Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi juga daripada Internet dan Multimedia. 8. Samb. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan, khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran-pembelajaran dan penguasaan adalah supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 9. Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti Beberapa definisi pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh pendidikan dari berbagai sudut yang berlainan. Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam merancang dan melaksanakan sesuatu pelajaran. David Ryans berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. 10. Samb. J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang dapat: Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. 11. Samb. Perlakuan mengajar Mempunyai sifat sifat mengajar yang positif perancangan GURU YANG Pengajaran BERKESAN efektif Berilmu pengetahuan pelaksanaan Terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan penilaian 12. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran guru dengan penuh minat. Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan daripada yang mudah kepada yang susah daripada yang konkrit kepada abstrak. Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan. Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid- murid menyertai

aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan pendapat dalam aktiviti perbincangan. 13. Samb. Displin arahan diri dan displin arahan kerja di kalangan murid dapat diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka dapat mendisplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru. Guru menggunakan ABM dengan cekap untuk menyampaikan sesuatu konsep. Murid-murid boleh menggunakan ABM untuk menjalankan aktivti pembelajaran yang berkesan. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Aktiviti pengukuhan dapat membantu murid membuat rumusan dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru. Aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan kepada murid-murid. 14. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian. Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta. Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru pada masa hadapan. 15. Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid- murid. Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik. Rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat bantu mengajar. Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan. Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti pembelajaran murid. Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap permulaan, perkembangan dan penutup yang lengkap. Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 16. Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti Ahli fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. 17. Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti Ia dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti: Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah serta anggota sekolah; Keselamatan anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; Kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; Keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara segar yang membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran: dan Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan yang memberansangkan suasana keselesaan.

18. Samb. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti: Hormat-menghormati diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekolah; Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; Berkerjasama diantara anggota sekolah, bersedia untuk membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Perpaduan dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum; Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti sosial di sekolah; dan Keadilan dimenifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil. 19. Samb. Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat ingin belajar, sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul dan jitu didalam dan di luar bilik darjah. 20. Program Meningkatkan Prestasi Budaya Sekolah Ia biasanya dirancang dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Budaya Sekolah. Di antara aktiviti yang meliputi semua aspek budaya sekolah adalah dibincangkan seperti berikut: Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal seperti: Menanam pokok bunga di kawasan sekolah Melukis mural sebagai perhiasan sekolah Mengadakan latihan kecermasan untuk keselamatan Membaiki perabot yang rosak seperti meja dan kerusi murid Mengadakan pertandingan kebersihan kelas dan perhiasan bilik darjah 21. Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial seperti: Menganjurkan aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum Menggubal dan melaksanaaan peraturan sekolah dengan adil Mengagihkan kuasa dengan memberi tugas kepada pemimpin kelab, persatuan, badan unit beruniform semasa menganjur aktiviti Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu seperti: Menyebarkan matlamat KBSR atau KBSM sama ada di dalam perhimpunan atau dipamerkan dalam papan kenyataan Menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu Melengkapkan dengan memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan sekolah Melengkapkan alat bantu mengajar dan mengalakkan guru menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menjalankan pencerapan dan penyeliaan untuk meninkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran Mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru dalam aktiviti pengajaran mereka 22. Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa seperti: Menganjurkan aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan pidato sebagai galakan penggunaan bahasa Mengadakan peraturan yang boleh menghalang murid menggunakan bahasa dialek di kawasan sekolah 23. Jenis Aktiviti Budaya Sekolah Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti seperti: Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik seperti Malaysia Berjaya dalam perhimpunan sekolah Membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti Hari Sukan, perhimpunan Pengakap dan sebagainya Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan perhimpunan sekolah Menjalankan kempen kebersihan sekolah Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu 24. Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti: Ciri-Ciri Iklim Persekolahan Iklim sekolah yang baik dan buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang Guru Besar / Pengetua. Sesungguhnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat dengan displin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan murid- murid dan kakitangan dalam

sekolah mereka. Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa siri utama seperti: Perhubungan yng saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan muridnya Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa sengan betul dan sesuai Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua sktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaranpembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran displin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. 25. Samb. Iklim persekolahan yang dikatakan negatif atau tertutup mengandungi beberapa ciri utama seperti berikut: Anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian, serta masalah displin sekolah Perasaan kekitaan dan semangat kerjasma diantara anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan Keterlibatan dalam dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar minimum sahaja Interaksi sosial di antara anggota sekolah diperlihatkan pasif Kepimpinan Guru Besar / pengetua bercorak autokratik, manakala guru bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar 26. Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim Persekolahan Indeks organisasi sekolah yang sihat boleh dikenalpasti seperti ciri-ciri berikut: Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah Kesesuaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah Keberkesanan dalam penggunaan sumber Mempunyai semangat perpaduan dikalangan anggota sekolah Anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi pendidikan untuk kemajuan sekolah Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani gangguan dari luar Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya mengubahsuai dan menangani konflik di antara aspirasi sekolahdengan organisasi luar Mempunyai organisasi yang baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk menangani konflik dalaman 27. PENGURUSAN PERUBAHAN Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlulah menghasilkan murid yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik. Tambahnya lagi, murid-murid juga mesti mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerja tempatan dan antarabangsa. Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu reformasi pendidikan dengan mmperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 diikuti dengan pelaksanaan KBSM pada tahun 1988/1989 dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada tahun 2000 berlandaskan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 28. Wawasan 2020 Diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia pada 28 Febuari 1991. Sembilan cabaran utama ialah: a) Cabaran 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama b) Cabaran 2 - melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya c) Cabaran 3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokrasi yang matang d) Cabaran 4 - membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya e) Cabaran 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleransi f) Cabaran 6 - membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif serta berdaya cipta g) Cabaran 7 - membentuk masyarakat yang

berbudi bahasa dan berbudaya penyayang h) Cabaran 8 - menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yand adil ekonomi i) Cabaran 9 - membentuk masyarakat yang makmur 29. Perubahan KBSR dan KBSM Membaiki segala kelemahan tahun 1980an Reformasi pendidikan telah dilaksanakan: a) memperkenalkan komputer b) sistem peperiksaan juga diubah c) sekolah bestari 30. Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan Pendidikan Pra Sekolah - guru akan ditambah sistem monitor juga dibuat - kanak-kanak berumur 6-11 tahun untuk mendapatkan pendidikan Pendidikan Sekolah Menengah - tahun 2008, tempoh pendidikan sekolah menengah dikurangkan dari 7 tahun menjadi 6 tahun - Perubahan yang paling penting ialah membaiki kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris 31. Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan Inovasi Kurikulum atau reformasi kurikulum ialah pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian atau pemulihan terhadap kurikulum yang sedia ada 3 faktor utama: a) perkembangan sains dan teknologi b) keperluan masyarakat c) perkembangan falsafah dan teori pendidikan Penerapan nilainilai moral Kemahiran asas dikuasai guru Amalan perdagangan diserap dalam pengajaran dan pembelajaran Penubuhan Sekolah Bestari - guru perlulah bersedia dengan cabaran globalisasi pendidikan 32. Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru Dahulu, pelajaran sekolah adalah bersifatkan kepada guru dan buku Sekarang, pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan komputer Guru - memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran yang diajar tahu teknik pengajarannya - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - kecerdasan emosi dan kekuatan fizikal serta rohani - role model kepada masyarakat, bangsa dan negara Sifat-sifat - membina tahap keyakinan diri Beriltizam, berwawasan, berpandangan global dan senantiasa berorientasikan maklumat. 33. Samb. Guru - sedar perubahan yang berlaku Berfikiran positif, bersikap fleksibel, ada sifat kepimpinan dan memahirkan diri menggunakan komputer Guru bestari melahirkan pakar IT dan teknokrat-teknokrat Aplikasikan pengetahuan yang ada di dalam bilik darjah 34. PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN Pembestarian Pendidikan Bestari - maksud cerdas, berpengetahuan, berpendidikan serta mempunyai budi pekerti yang mulia Sekolah bestari - sekolah yang bakal melahirkan pelajar cerdas dan pintar Objektif melatih pelajar guna teknologi dalam pembelajaran Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pula berpendapat bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbing kepada kepada murid-murid Komputer dan buku teks alat bantu mengajar 35. Penubuhan Sekolah Bestari - projek daripada Tujuh Flagship Applications dalam Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Koridor, MSC) 4 MP utama - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Matlamat Sekolah Bestari Buda ya berfikir Pengurusan yang efektif Kaedah dan teknik pengajaran dpt ditonjolkan Belajar secara pasukan terarah kendiri 36. Prasarana IT (Teknologi Maklumat) dalam Sekolah Bestari Makmal komputer Pusat media Bilik khidmat Studio Pejabat pentadbiran Prasarana bilik darjah

37. Ciri-ciri Sekolah Bestari Pelajar - belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran itu sendiri Guru - mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran individu Penilaian pembelajaran on line 38. Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari Fasilitator Mengurus rutin harian bilik darjah Merancang dan melaksana pembelajaran melalui prasarana IT Kemahiran dan penggunaan alat teknologi 39. Keperibadian Guru Mempunyai nilai moral dan akhlak yang terpuji Sewajarnya perlu ada kesesuaian di antara kata- kata guru dengan perilakunya yang sebenar. Memahami proses perkembangan remaja masa kini yang mudah terikut-ikut kepada unsur dan budaya negatif tetapi sukar untuk menerima teguran dan nasihat yang membina. Akhlak seorang pendidik sesuai dengan ajaran dan pengetahuan yang diajar kepada pelajarnya. 40. Cabaran Profesion Perguruan AKHLAK ILMU TEKNIK & STRATEGI MENGAJAR STAFF DAN KAKITANGAN SEKOLAH ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) PERLAKSANAAN PENCAPAIAN PENGAJARAN 41. AKHLAK GURU berakhlak mulia. GURU menjaga akhlak dan maruah diri. GURU mementingkan maruah pendidikan negara. GURU berhadapan & menangani akhlak tidak sihat (negatif) murid. GURU pembentuk akhlak murid. ILMU Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu. (Berdasarkan pembentukan Model Tret ) Guru berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. 42. Teknik & Strategi Mengajar Guru sebagai penyalur kemahiran dan ketrampilan.(Berdasarkan pembentukan Model Humanistik) GURU mesti mencari alternatif terbaik dalam teknik pengajaran . GURU mempraktikkan teknik & strategi pengajaran yang berkesan dan merangsang murid. 43. Staf & Kakitangan sekolah GURU mesti bersedia dengan karenah staf & kakitangan sekolah. Pendapat / penerimaan Emosi Kebolehanpercayaan & pentafsiran. Pentadbiran Kerjasama. 44. Alat Bantu Mengajar (ABM) TIADA peruntukan Keperluan ABM yang TINGGI Pemilihan ABM yang TEPAT dan BERSESUAIAN. 45. Perlaksanaan Wujud organisasi Pelaksana. Perlaksanaan mengikut TERTIB. Hadapi kekangan dengan baik. 46. Pencapaian Pengajaran Berjaya Guru perlu mengekalkan Prestasi dihargai oleh penduduk sekitar. Tidak berjaya Guru WAJIB meningkatkan prestasi. Penduduk sekitar hilang kepercayaan terhadap profesion Perguruan. 47. Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan 48. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah: A). Meningkatkan Tahap Profesionalime 1. Program Diploma Perguruan Khas Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005. 2. Program Diploma Perguruan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil

Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini. 49. 3. Program Pensiswazahan Guru Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan secara usaha sama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru besar. 4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang. Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia. 50. B) Ganjaran & Kenaikan Pangkat Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaranganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak seperti: Pengetua Cemerlang Guru Cemerlang Jawatan Naik Pangkat Skim Gred Diploma 51. Mary Wong Siew Lian Maktab Perguruan Batu Lintang 52. Tumpuan Asas Sekolah Bestari Apakah Pembelajaran Bestari? Jenis-Jenis Pembelajaran & Strategi P-P Bestari Penerapan Unsur-Unsur Bestari Dalam P-P Sains 53. Sekolah Bestari Pekerja Berilmu SEKOLAH BESTARI MENYEDIAKAN TENAGA Perkembangan PEKERJA BERILMU UTK Industri/R&D INDUSTRI TEKNOLOGI TINGGI 54. KUASA MINDA menjadi modal, BUKAN wang/tanah/pekerja MSC PUSAT UNTUK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TEMPATAN BERCORAK TEKNOLOGI TINGGI SEKOLAH BESTARI PERLU MENGHASILKAN PELAJAR YG BERFIKIRAN KRITIS, CEKAP, MEMPUNYAI KREATIVITI UNTUK MENCIPTA PRODUK BARU UNTUK PASARAN DUNIA 55. Pembelajaran di Sekolah Bestari harus dapat mencungkil bakat dan minat pelajar supaya mereka boleh mencipta produk-produk baru atau mempelopori proses-proses kerja atau perkhidmatan baru seperti Wright brothers, Henry Ford, Oppenheimer, Akio Morita, Bill Gates, Steven Spielberg, dan lain-lain 56. Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah Kolaborasi dgn. rakan, bukan berseorangan Mengguna pelbagai sumber IT / bukan IT Merentasi pelbagai bidang ilmu Dapat memberi gambaran menyeluruh Menjana pengetahuan/pemahaman baru 57. Projek, kajian, perbincangan, Tanpa IT kerja lapangan, temu bual, eksperimen, dll Aktiviti kolaborasi melalui emel /chat Akses maklumat dari internet/TV Dengan IT CD-ROM/video/rakaman audio Aplikasi sofwer utk laporan, Pembentangan, dll 58. David Perkins & colleagues, Harvard University Two guiding beliefs in their Smart School Research (Harvard Project Zero): Learning is a consequence of thinking, and

good thinking is learnable by all students Learning should include deep understanding, which involves the flexible, active use of knowledge 59. SMART SCHOOL CLASSROOM CHARACTERISTICS AN ATMOSPHERE OF RESPECT & RAPPORT . . . . POSITIVE TEACHER-STUDENT STUDENTSTUDENT SEKOLAH BESTARI . . . INTERACTION 60. MANAGING STUDENT BEHAVIOUR CLEAR STANDARDS OF CONDUCT (GROUND RULES) UNOBSTRUSIVE MONITORING OF STUDENT BEHAVIOUR SENSITIVITY TO STUDENTS NEEDS 61. ESTABLISHING A CULTURE FOR LEARNING IMPORTANCE OF A BALANCE BETWEEN PROCESS & CONTENT STUDENT PRIDE IN WORK (OWNERSHIP OF LEARNING) SELF-REGULATION OF LEARNING 62. RESPECT FOR STUDENT DIFFERENCES PROVIDING CLASSROOM ENVIRONMENTS WHICH CAN CATER FOR DIFFERENT STUDENT CHARACTERISTICS: - STUDENT LEARNING STYLES - MULTIPLE INTELLIGENCES 63. STUDENT LEARNING STYLES Motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experience (Kenneth & Dunn, 1984) Four Modalities: Visual Verbal learners Visual Nonverbal learners Auditory learners Kinesthetic/tactile learners (Learning Styles Survey by Miller, 2000) 64. Model Gaya Pembelajaran (Dunn & Dunn, 1984) -gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kpd. unsur-unsur yg disukainya di bawah lima perangsang: Perangsang Unsur Alam Sekitar Bunyi, cahaya, suhu Emosi Motivasi, ketabahan, tanggungjawab, struktur Sosiologi Sendiri, pasangan, pasukan, pelbagai cara Fizikal Makan, minum, waktu, gerakan Psikologi Global/analitik, otak kiri/kanan, impulsif/reflektif 65. MULTIPLE INTELLIGENCES VERBAL-LINGUISTIC LOGICALMATHEMATICAL VISUAL-SPATIAL BODILY-KINESTHETIC MUSICALRHYTHMIC INTERPERSONAL INTRAPERSONAL NATURALIST 66. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran Bersifat Individu Pembelajaran Berdaya Fikir Pembelajaran Berbantukan Teknologi 67. Guru sebagai fasilitator Aktiviti p-p dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses p-p Pelajar diberi lebih banyak peluang utk: - memilih tugasan & strategi pembelajaran - menguruskan masa - membuat penilaian kendiri - mendapatkan sokongan rakan sebaya & guru 68. - Berkait rapat dengan pembelajaran berpusatkan pelajar - Mementingkan perbezaan individu pelajar Pembelajaran Masteri Pembelajaran Kadar Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri 69. - Proses p-p yg memberi penekanan kpd. mewujudkan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir MEMPROSES MAKLUMAT SECARA KOGNITIF berfikir dengan kritis & kreatif - mengenalpasti isi-isi yg penting - memilih maklumat menyusun maklumat - membuat penilaian kendiri & rakan sebaya - melakukan refleksi 70. Mengguna pelbagai jenis teknologi dalam proses p-p: - alat visual (OHP, kamera) alat audio (radio, rakaman kaset) - alat audio visual (TV, video, slaid, filem) - komputer (CD-Rom, internet, modul interaktif, emel, buletin board, dll) untuk menjadikan p-p lebih menarik dan berkesan

71. STRATEGI DIREKTIF Murid diarah mematuhi langkah-langkah pembelajaran yg diberi oleh guru STRATEGI PEMERHATIAN Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran 72. STRATEGI MEDIATIF Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru berperanan sebagai mediator, menggunakan dialog dalam membimbing pemikiran pelajar kearah memahami konsep atau pengetahuan STRATEGI GENERATIF Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui aktiviti sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yg terbuka 73. STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF Satu proses pembelajaran yg membantu pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai satu matlamat khusus STRATEGI KONTEKS LUAR Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah, seperti menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar, dll yg berkaitan dengan kandungan pelajaran 74. STRATEGI METAKOGNITIF Mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, dsbgnya 75. APPROACH TEACHER MENTOR FACILITA STUDENT STRATEGY CENTRED -TOR -CENTRED DIRECTIVE OBSERVATIONAL MEDIATIVE PE M E AK NG NA TI LI MB F D BA A GENERATIVE LM TA HK . A N S AN KT EC COOPERATIVE/ IV A R COLLABORATIVE IT A IP -P OUTSIDE- CONTEXT METACOGNITIVE KAJIAN MASA DEPAN 76. PENERAPAN UNSUR BESTARI DALAM P-P SAINS SEKUEN PENGAJARAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIST (Scott, 1987) 77. FASA 1 - ORIENTASI TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan demonstrasi, minat pelajar ilustrasi, soal-jawab, terhadap perbualan, petikan tajuk surat khabar, kuiz, pelajaran teka-teki, dll 78. FASA 2 - PENCETUSAN IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengenal soal-jawab, pasti perbincangan, pengetahuan pembentangan sedia ada pelajar 79. FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan perbincangan, kesedaran eksperimen, input tentang idea guru, pemerhatian, baru / konflik pembelajaran kognitif kendiri, mengesan maklumat dari CD, 80. TUJUAN AKTIVITI P-P Menguji, buku rujukan, mengkaji idea internet, majalah, baru dan sumber lain Perubahan konseptual - penerimaan idea baru 81. AKTIVITI & SUMBER P-P PELBAGAI AKTIVITI P-P: STESEN DINAMIK / STATIK PERBINCANGAN KUMPULAN PROJEK EKSPERIMEN KAJIAN LAPANGAN KUIZ SAINS LAWATAN MEMBINA LAMAN WEB PORTFOLIO 82. PELBAGAI SUMBER P-P: AUDIO/VISUAL - TV, RADIO, KASET, VIDEO, SLAID, PITA RAKAMAN, OHP OBJEK 3D - MODEL, SPESIMEN BAHAN BERCETAK - MAJALAH, BUKU, ENSAIKLOPEDIA, SURAT KHABAR, CARTA, DLL MEDIA KOMPUTER CD-ROM, MODUL PEMBELAJARAN, INTERNET, EMEL 83. AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF METAKOGNISI (refleksi, catatan jurnal,

penilaian kendiri) JANGAN DILUPAKAN . . . KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN MANIPULATIF 84. HANDS-ON & MINDS-ON PELAJAR BUKAN SAHAJA TERLIBAT SECARA AKTIF DARI SEGI FIZIKAL TETAPI DARI SEGI MENTAL / KOGNITIF JUGA PEMBELAJARAN YG BERMAKNA 85. FASA 4 - APLIKASI IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengukuhkan kuiz, lembaran idea baru kerja, soal-jawab, melalui penyelesaian aplikasi dlm masalah situasi baru / seharian 86. FASA 5 - REFLEKSI TUJUAN AKTIVITI P-P Merenung menulis jurnal / tentang idea membuat catatan baru yg telah refleksi, berkongsi dipelajari dengan kawan, jawab lembaran kerja 87. Globalisasi Pendidikan Bermaksud merentasi sempadan atau media - memdapatkan maklumat melalui internet Kepentingan Globalisasi Dalam Pendidikan Pelajar mendapat maklumat dan dikumpul dan disebar dengan pantas dan meluas Interaksi antara murid dan guru serta orang ramai 88. Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi Pendidikan Peka kepada persekitaran sekolah Kenalpasti setiap perubahan yang berlaku Menghadiri kursus Memupuk nilai budaya ilmu pelajar Meningkatkan hubungan interpersonal Merebut peluang Pendidikan a) Pendidikan Terbuka b) Pendidikan Jarak Jauh 89. Pekerja Ilmu Tugas guru adalah amat mecabar menjelang tahun 2010 Mengintergrasikan teknologi maklumat Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan murid-murid Melahirkan pekerja ilmu untuk pembangunan negara 90. KESIMPULAN Perkembangan yang begitu pesat dalam ilmu pengetahuan hampir sampai ke tahap meledak Guru mestilah sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan bidang yang semakin kompleks dan canggih ini tidak kira di mana mereka berada Mengejar ilmu pengetahuan melalui Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan Menguasai kemahiran inovasi Jayakan program pendidikan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang kian mencabar Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti dari semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur hidup 91. SEKIAN TERIMA KASIH

BIBLIOGRAFI Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam Pembentangan Kertas Kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan, Kuala Lumpur : Akademi Sains Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pena Cikgu (2011), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Pena Cikgu, Malaysia. Rosiah Othman (2012), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Rosiah Othman, Pedas Negeri Sembilan.

Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan

1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.

Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan

sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.

Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.

Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).

1.1 PERKEMBANGAN HUJAH

Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah,

2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.

1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).

Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah

(PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999), Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment.

1.1.2 Cabaran Di Sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam

dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau

bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.

1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut : Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan

sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan) Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.

1.1.6 Cabaran Globalisasi

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan

yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta

bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru

perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihakpihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT

Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi

telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia

Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan

amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)

1.3.6 Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar

yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya. Anda mungkin juga meminati:

You might also like