You are on page 1of 6

ULANGKAJI EDU 3108 BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan;

- Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. - Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. - Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. - Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. - Pakar dalam bidang pekerjaan . - Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. - Mementingkan mutu perkhidmatan. - Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas. - Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli. - Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;

- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. - Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion: a) penguasaan ilmu yang mendalam b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang c) kod etika d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

- Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989) - Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL

Guru Profesional; - Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan. - Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. - Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional. - Guru adalah pakar dalam pendidikan.

- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional; - Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara - Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. - Autonomi guru adalah terhad. - Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika. - Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

- Bersikap profesional - Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori - Berilmu - Patuh dengan Kod Etika. - Bermoral - Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran - Prihatin terhadap murid dan ibubapa - Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid. - Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. - Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah. - Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya. - Mempertahankan martabat profesionnya. - Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

- Dorongan oleh misi dan passionate - Positif dan benar - Guru sebagai pemimpin - With-it-ness - Gaya - Kepakaran dalam motivasi - Keberkesanan pengajaran - Pembelajaran kandungan - Pintar - Celik minda

8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah Bertaqwa Berakhlak Berperibadi mulia Komitmen Bersopan

Positif Berkepimpinan Budaya ilmu

Ketrampilan Merancang & mengurus p & p Memilih strategi Kemahiran teknologi Kemahiran generik Kemahiran kaunseling Menilai p & p

Ilmu Isi kandungan Pedagogi Bahan Kaedah Teknologi

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

- Kaedah mengajar - Kawalan sosial di sekolah - Kawalan disiplin murid - Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid

- GERKO - Pembimbing kepada murid

10) Refleksi

- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan? - Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.

You might also like