You are on page 1of 29

TEORI PEMBINAAN KURIKULUM

MODEL-MODEL KURIKULUM

Model-model kurikulum
Model objektif Model proses
Model Tyler
Model Taba

Model Stenhouse

MODEL TYLER

MODEL TYLER
Pengasas ialah Ralph W.Tyler Beliau dilahirkan di Chicago Pada mulanya, beliau bekerja sebagai seorang guru. Setelah memperoleh Ijazah Kedoktoran, beliau mula bertugas sebagai Pengarah di Jabatan Penyelididkan di Universiti Ohio State.

Beliau telah menjalankan banyak projek penyelidikan pendidikan. Antaranya termasuklah Eight-Year Study, satu projek penyelididkan terbesar sekali mengenai kurikulum. 1949: menghasilkan Basic Principles of Curriculum. Beliau pernah dilantik sebagai perunding kepada beberapa orang Presiden Amerika. 1994: meninggal dunia akibat penyakit barah.

Model Kurikulum Tyler

(1949)

..Tujuan sebenar pendidikan ialah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku murid-murid... Justeru, amat penting objektif kurikulum sesebuah sekolah mengandungi penyataan mengenai perubahan yang perlu berlaku dalam diri murid selepas melalui proses pendidikan.

Model Tyler
Berdasarkan 4 persoalan asas i. Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah? ii. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut ? iii. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan? iv. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?

KOMPONEN

SOALAN PENDIDIKAN
Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

PERINCIAN

1. Objektif

Tujuan pendidikan: Merujuk kepada objektif atau hasil pembelajaran. Berdasrkan keperluan murid (contoh: lemah, sederhanan, cemerlang, bermasalah pembelajaran), bidang mata pelajaran atau kursus(contoh: sains sosial), dan massyarakat (contoh: pasaran pekerjaan, memupuk perpaduan, patriotisme).

2. Kandungan

Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut ?

Pengalaman pendidikan seharusnya: Spesifik Boleh diukur Berlandaskan falsafah pendidikan(cth: FPK/FPG) Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid

3. Pengurusan

Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan?

Melibatkan pemilihan isi kandungan dan pengalaman pembelajaran (aktiviti) yang sejajar dengan tujuan pendidikan.

4. Penilaian

Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?

Pertimbangan diberikan kepada: Model penilaian yang digunakan(cth: CIPP[Content Input, Process, Product]) Jenis Instument untuk mengutip data(cth: temubual, pemerhatian, ujian, tinjauan, analisis portfolio)

Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah adalah merupakan pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan murid

Adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai.

objektif

Kandungan kursus

kaedah

penilaian

MODEL TABA

Model Taba
Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak Pendekatan bawah ke atas (bottoms-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama Peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru harus membantu dalam proses perkembangannya

7 langkah dalam perkembangan kurikulum adalah i) mendiagnosis keperluan ii) pembentukan objektif iii) pemilihan kandungan iv) pengurusan kandungan v) pemilihan pengalaman pembelajaran vi) pengelolaan aktiviti pembelajaran vii) penilaian

KOMPONEN i) mendiagnosis keperluan

LANGKAH PELAKSANAAN Kenalpasti keperluan murid(cth: kemahiran penyelesian masalah Matemati, kemahiran generik, kemahiran proses sains.

ii)

pembentukan objektif

Selaras dengan keperluan murid yang telah dikenalpasti.

iii)

pemilihan kandungan

Kandungan seeolok-eloknya: Berpandukan dengan objektif. Releven signifikan

iv)

pengurusan kandungan

Pertimbangan diberi kepada: Urutan(cth: daripada senang kepada kompleks, daripada konkrit kepada abstrek) Tahap kematangan murid Minat murid Kebolehan murid Tahap pencapaian murid
Aktivtiti pengajaran seeolok-eloknya: Bersesuain dengan kandungan yang disampaiakan. Melibatkan murid secara menyeluruh.

v) pemilihan pengalaman pembelajaran

vi) pengelolaan aktiviti pembelajaran

Mengambil kira aspek-aspek berikut: Dirancang dengan teliti Releven dengan kandungan yang diajar Bersesuain dengan jenis murid

vii)

penilaian

Perhatian diberikan kepada: Tujuan ( pemulihan, pengayaan, streaming, pensijilan) Bentuk (formatif, sumatif) Jenis (ujian bertulis, ujian lisan, temubual, pemerhatian, penyemakan.

MODEL STENHOUSE

Model Stenhouse
Pengasas oleh Lawrence Stenhouse. Beliau dilahirkan pada tahun 1926. Beliau seorang ahli pengasas CARE ( Center for Applied Research in Education) di Universiti East Anglia. Pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Penyelidikan Pendidikan British (BERA).

Antara hasil karya Stenhouse yang diterbitkan termasuk: i. An introduction to curriculum research and development (1975) ii. Research as a basis for teaching : Readings from the work of Lawrence Stenhouse (1985).
1982 : beliau meninggal dunia

Model Stenhouse
Menekankan kepada kurikulum merupakan suatu proses Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal.

Model ini perlu melibatkan :


Perancangan
prinsip pemilihan kandungan apa yang perlu diajar dan dipelajari prinsip perkembangan startegi pengajaran bagaimana ia dipelajari dan diajar prinsip membuat keputusan tentang urutan panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakan kurikulum dalam pelbagai konteks maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza

Menurut Stenhouse
o Hasil kurikulum ini adalah hasil perkembangan kandungan dan cara daripada kerjasama antara guru dan murid o Pembelajaran adalah berpusatkan murid dengan fokusnya adalah interaksi o proses pembelajaran merupakan fokus utama guru

RUMUSAN

Rumusan
Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman.

Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.
Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses , merupakan putaran asas yang mengandungi :menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Dibawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like