You are on page 1of 1

Tuesday, May 21, 2013

GURU AGEN PERPADUAN

Salasiah Mohamad bersama muridnya sempena Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras.

Dua aspirasi jadi inspirasi ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia Seremban: Sempena sambutan Hari Guru hari ini, golongan pendidik diminta terus berfungsi sebagai pemangkin utama perpaduan kaum di negara ini menerusi aktiviti dalam dan luar kelas. Guru juga perlu meneruskan usaha murni menyemai persefahaman dan mempromosikan pergaulan sihat dalam kalangan pelajar . Perkukuh perpaduan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata tugas guru secara tidak langsung menjadi pemangkin utama ke arah pengukuhan perpaduan kaumkerana generasi muda yang dididik hari ini adalah pewaris negara pada masa depan. Kebetulan ketika ini timbul sedikit isu perkauman, jadi kita mengambil kesempatan ini untuk menekankan supaya guru berkongsi kefahaman mengenai PPPM. Apabila guru faham mengenai agenda yang membabitkan aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid, mereka akan komited melaksanakannya. Hasilnya nanti, kita akan melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek, termasuk akademik dan nilai murni dalam kehidupan, termasuk menerima perbezaan kaum, katanya pada sidang media mengenai sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan yang akan disambut di sini, hari ini. Beliau berkata, agenda PPPM 2013-2025 menjadi asas tema sambutan tahun ini iaitu Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda.

You might also like