You are on page 1of 6

1.

PENDAHULUAN

Bacalah dengan menyebut nama Rabb-Mu yang menciptakan. (surah Al-Alaq, ayat 1)

Ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan merupakan ayat yang penuh berkah. Ayat ini juga menunjukkan Allah sangat menyanyangi hamba-hambaNya sekaligus menunjukkan nikmat pertama yang diberikan kepada manusia. Selain itu, ia menunjukkan kemurahan Allah di mana Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui-Nya. Dengan demikian, Dia telah memuliakannya dengan ilmu. (Tafsir Ibnu-Khasir)

Ilmu adalah penting untuk dipelajari, difahami, dihayati dan seterusnya di aplikasi. Ramai orang yang belajar namun tidak memahami kandungan yang dipelajari mereka sekaligus menyukarkan mereka untuk menghayati dan

mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajarinya. Bagi memperoleh ilmu, kita seharusnya bijak berbahasa. Tanpa bijak berbahasa, tidak mampu memahami kehendak orang lain dan keperluan diri sendiri. Menurut A. Azizi Deraman (2008), bahasa merupakan wahana pembinaan tamadun bangsa. Ini bermakna, semakin bijak sesuatu masyarakat itu berbahasa, semakin tinggilah tamadun sesuatu bangsa itu Di dalam sukatan pelajaran bahasa Malaysia KBSR (1983) telah

memperkenalkan empat kemahiran bahasa yang besar, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, dan unsur bahasa seperti tatabahasa, peribahasa, perbendaharaan kata, unsur sastera, bahan sumber, tulisan jawi dan sebagainya. Apa yang jelas, pendekatan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSR berpusat kepada kemahiran membaca (Alis, 2008). Kemahiran membaca penting dikuasai kerana menurut Abdul Halim Yusof (1995), membaca merupakan asas penerokaan semua bidang pengetahuan. Ia penting bagi membolehkan seseorang memperoleh pendidikan sepanjang hayat kerana sebahagian besar ilmu

pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan yang dibaca.

Menurut Noriah (2012), membaca menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kebolehan membaca menjadi asas untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang di mana kebolehan seseorang kanakkanak itu membaca menjadi petunjuk kepada kesediaannya mengikuti

pembelajaran. Membaca juga meningkatkan pemikiran dan daya kreativiti seseorang dalam pelbagai bidang. Kegagalan membaca sekali gus membantutkan

pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Pengalaman bahasa yang paling awal bagi kanak-kanak adalah dengan ibu bapa atau penjaganya. Pada tahap ini, kemahiran linguistik kanak-kanak agak lemah. Katakata atau ayat-ayat yang mudah memungkinkan kanak-kanak cepat faham akan sesuatu perkara. Akomodasi sering dilakukan oleh ibu bapa untuk memudahkan kefahaman kanak-kanak. Penggunaan bahasa bayi bertujuan untuk menimbulkan kemesraan bagi memudahkan kanak-kanak memahami bahasa yang digunakan (Puteri Roslina, 2008).

Kefahaman menurut kamus dewan edisi keempat (2005), kefahaman bermaksud keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya). Murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpulkan maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca selain mampu mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca. Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan penulis melalui pembacaan. Tanggungjawab guru dalam pengajaran bacaan dan kefahaman adalah membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata ini seterusnya dapat membantu murid mengaitkan perkataan baharu dengan pengalaman sedia ada, mengetahui perkataan sinonim dan antonim, dan membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa bimbingan dari guru.

Menurut Bro Hamzah dalam majalah JOM!, kebanyakan manusia sebenarnya takut dan sukar menerima perubahan walaupun pada zahirnya mereka sangat inginkan perubahan. Kita sentiasa mengharapkan perubahan yang bersifat segera dan mudah, sedangkan perubahan tidak semudah yang kita angan-angankan. Perubahan yang dilakukan pengkaji ini dilakukan secara bersistematik. Pengkaji

telah menetapkan matlamatnya terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian ini. Matlamat kajian boleh dilihat pada objektif kajian yang ditulis di ruangan 2.0.

Sistem 4MAT yang dijalankan pengkaji adalah model yang

telah

diperkenalkan oleh Dr. Bernice Mc Carthy. Sistem 4MAT ini adalah satu model mengajar yang memberikan perhatian kepada murid yang berbeza. Apa yang menarik mengenai sistem 4MAT ini adalah ia menggunakan gaya pembelajaran dengan aktiviti otak kiri dan otak kanan. Kepelbagaian gaya pembelajaran yang boleh digunakan bagi mengoptimumkan pemelajaran(Mc Carthy, 1979). Model pengajaran yang diperkenalkan oleh Mc Carthy ini bermula pada tahun 1979 apabila beliau mengetuai beberapa penyelidikan tentang gaya pembelajaran dan fungsi otak. Hasil dapatan dari penyelidikan tersebut, beliau telah mencipta model dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni da pergerakan (Guild & Gangen, 1988). Nama model ini telah diambil dari perkataan 4 metode iaitu 4 kaedah. Ini bermakna model ini telah menggabungkan pelbagai kaedah atau gaya pemelajaran menjadi sebuah model pemelajaran yang dipanggil sistem 4MAT. Kaedah ini memberi peluang kepada pelbagai murid yang menggunakan gaya pembelajaran yang berbeza dalam satu masa. Empat kaedah yang digunakan pengkaji berdasarkan model ini adalah konkrit, reflektif, abstrak dan aktif.

Pada peringkat konkrit, guru akan menayangkan sesuatu yang konkrit atau dapat dilihat, disentuh, di rasa atau menjalankan demonstrasi di hadapan murid. Contohnya mempamerkan kemusnahan alam, lawatan ke taman rama-rama, mendemonstrasikan pencemaran air dan sebagainya. Setelah melalui peringkat pertama, guru akan meneruskan ke peringkat reflektif di mana murid diminta merefleksi diri berkaitan tayangan yang ditunjuk oleh guru. Murid-murid akan membincangkan perasaan yang dirasai mereka. Seterusnya, pada peringkat ketiga murid diminta menerangkan maksud perkataan atau frasa yang telah disenaraikan oleh guru.

Peringkat abstrak ini memerlukan murid-murid menyenaraikan maksud perkataan dan frasa tersebut sebelum membaca petikan. Kemudian, murid perlu membaca keseluruhan petikan dan mengumpulkan maklumat yang terdapat di

dalam petikan tersebut. Peringkat terakhir iaitu aktif dilakukan dengan menjalankan perbincangan di dalam kumpulan mengenai maklumat yang telah dikumpulkan dan membentangkannya dengan cara yang kreatif.

Model pengajaran ini sesuai diaplikasikan kepada semua murid. Mc Carthy telah menggolongkan empat jenis pelajar dalam model sistem ini iaitu; pelajar imaginatif, pelajar analitik, pelajar praktik dan pelajar dinamik. Ciri-ciri pelajar tersebut boleh dikategorikan dalam jadual berikut:

Jenis Pelajar Ciri Imaginatif Mencari makna dan sebab mempelajari maklumat Menggunakan semua deria dan berkongsi idea Berinteraksi dengan orang lain dan berkongsi idea Analitik Mencari fakta yang menjelaskan konsep Praktik Mencari kegunaan maklumat Dinamik Mencari sesuatu yang baru

Matlamat

Cara belajar

Berfikir tentang idea

Menguji teori dan menaakul

Cuba jaya dan penemuan secara sendiri Mencipta atau mengaplikasi maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain Tindakan dan menyudahkan sesuatu Apakah boleh dicipta oleh saya?

Suka

Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat

Tahu bagaimana sesuatu berfungsi

Inovasi dan idea Kekuatan

Membina konsep

Mengaplikasikan idea yang praktikal

Suka menyoal

Mengapa?

Apa dia?

Bagaimanakah teori atau maklumat itu dipraktikkan? Beri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk

Cara mengajar

Gunakan benda atau pengalaman maujud. Beri

Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar

Beri projek, tugasan, atau masalah dan

peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea

membuat analisis maklumat

pelajar mencuba dengan sendiri

galakkan pelajar berkongsi hasilnya.

Berdasarkan model pengajaran ini, murid perlu menggunakan kedua-dua kemampuan otak mereka. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin, 2008; otak kiri lebih memfokuskan pada fakta, logik, nombor,tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian berkenaan dengan sesuatu perkara. Otak kiri pula memfokuskan pada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep. Orang yang mempunyai pemikiran yang baik adalah orang yang memanfaatkan kedua bahagian otak.

1.2 Refleksi Pengalaman Lalu

Sepanjang

menjalankan

praktikum

fasa

ketiga

di

Sekolah

Rendah

Kebangsaan Laksamana, pengkaji kerap menjalankan aktiviti membaca dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Berdasarkan aktiviti pembacaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat sekelompok murid tahun 5 Jaya tidak mampu menjawab soalan pemahaman yang diberikan dengan tepat dan baik. Saya mencari punca permasalahan ini dengan pelbagai cara. Antaranya seperti menemu ramah guru yang mengajar mereka, menyemak buku-buku latihan, dan bersoal jawab kepada murid apakan permasalahan mereka. Pada mulanya saya berasa agak pelik mengapa mereka tidak boleh menjawab soalan pemahaman yang sering dikatakan soalan bonus dalam peperiksaan dengan baik walaupun mereka dapat membaca dengan baik. Namun, setelah mengkaji dan meneliti permasalahan mereka, saya boleh membuat kesimpulan bahawa mereka tidak memahami petikan yang dibaca. Biarpun mereka mampu membaca dengan lancar, namun apabila mereka tidak faham apa yang dibaca, maka mereka tetap tidak mampu menjawab soalan yang mudah. Mereka juga boleh dikatakan membaca secara dasar atau membaca sekadar membaca dan bukanya membaca dengan hati untuk memahami.

Ibu kunci kepada kejayaan ialah faham pengajaran guru di dalam kelas dan seterusnya faham tajuk yang dipelajari bagi sesuatu subjek. Menurut Alvin; saya mencapai kecemerlangan kerana mengamalkan kaedah memahami konsep yang terdapat dalam setiap subjek, bukan semata-mata belajar bersungguh-sungguh (mugging) tetapi tidak faham apa yang dibaca. Alvin menyatakan bahawa beliau berjaya kerana mendengar betul-betul penerangan guru dalam kelas dan memahami konsep yang terdapat. Alvin choong Chin yek, Penang Free School, p.pinang, SPM 2001, 12a1, the sun, 28 feb 2002. (Dr.Shukri Abdullah, 2009)

You might also like