Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
111Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Integrasi ICT Dalam P&P

Integrasi ICT Dalam P&P

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 5,969 |Likes:
Published by Wadi Rinantai

More info:

Published by: Wadi Rinantai on Aug 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran danPembelajaran
Oleh Dr. Rusmini Ku Ahmad  Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Jitra, Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia
Abstrak Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan integrasi teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Teknologitelekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusiini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungicabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranadalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranakan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) danaspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagaitutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICTdigunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini jugamenghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpinsekolah dalam membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan pembangunan; pemantauan resos dan program perkembangan staf disamping perananguru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1
 
Latar belakang
Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepadamasyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internetdan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras denganmatlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat PerdanaMenteriIn the information age that we are living in, the Malaysian society must beinformation rich. It can be no accident that today there is no wealthy developedcountry that is information poor and no information rich country is poor andundeveloped”
(wawasan 2020, 1991, p36)
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan kearah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimediadalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dankomunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja sertamenjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepadaP&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dansistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara2
 
aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CDRom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran mediayang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong,1999).Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalamapa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. BillGates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakankomputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yangmemerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakansepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadimembolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar bolehmenimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahanhipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yangtidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT3

Activity (111)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nafif019 liked this
nafif019 liked this
Sharon Ong liked this
Elissis Jong liked this
Suhana Idris liked this
Jume' A'Aziz liked this
Jume' A'Aziz liked this
T-cher WaNnie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->