You are on page 1of 18

"Berfikir adalah satu proses bilamana otak dan pengalaman memproses maklumat.

Sejak dua puluh tahun kebelakangan ini bidang kemahiran berfikir menarik minat ramai pengkaji. Selaras dengan minat dan keghairahan itu, mereka mencipta pelbagai konsep dan istilah bagi menghuraikan idea-idea berkenaan topik ini. Kaedah-kaedah pemikiran yang telah mendapat perhatian para pengkaji antaranya ialah pemikiran logik yang juga dipanggil logik barat, kaedah pemikiran lateral atau paralel, kaedah pemikiran kreatif, kaedah pemikiran pemikiran saintifik yang berteraskan sains dan teknologi dan juga kaedah pemikiran Islam. Kajiankajian mereka juga menitikberatkan cara-cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menggunakan kaedah-kaedah pemikiran tersebut.

Selain itu, pemikiran kreatif memberikan wawasan baru kepada kita dalam usaha memperoleh alternatif dalam sesuatu penyelesaian masalah. Pemikiran kreatif juga dapat menyediakan peluang dan ruang yang lebih besar bagi meningkatkan motivasi dan pemikiran dalam apa jua situasi dan keadaan penyelesaian masalah. Namun begitu, ramai yang beranggapan pemikiran kreatif hanya dimiliki oleh golongan yang tertentu, tanpa menyedari diri sendiri memiliki keupayaan kreatif kendiri. Dengan itu, kita lazimnya bersikap pasif dalam sebarang usaha menerbitkan idea alternatif. Pemikiran kreatif dimiliki oleh semua individu dan ia dibekali oleh Tuhan sejak seseorang itu dilahirkan, cuma kesedaran dan usaha mengubah paradigma lama kepada paradigma baru yang tidak dimiliki. Selain itu, pemikiran kreatif memerlukan latihan dan amalan yang konsisten dari semasa ke semasa. Apabila ia sudah menjadi tabiat kepada diri, sesuatu idea itu lebih mudah dijana dan bersifat kreatif. Ramai yang tidak menyedari sebenarnya setiap daripada kita sudah banyak menerbitkan idea yang kreatif baik secara formal mahupun tidak formal.
1

Bagi Edward de Bono , 1976, pula menyebut bahawa berfikir sebagai sesuatu yang berlaku di dalam minda dan adalah satu proses yang sedar. Proses berfikir juga dinyatakan sebagai keupayaan menyelesaikan masalah atau daya usaha untuk mencapai sasuatu tujuan. Berfikir sebenarnya adalah proses atau perilaku menyelesaikan masalah. Proses ini menekankan kemungkinan manusia mula berfikir untuk menyesuaikan diri dengan alam dan persekitaran. Dari situ, minda mula beroperasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sukar. Prilaku berfikir sudah tentu menggunakan otak. Otak dilihat sebagai satu sistem yang mengatur dirinya sendiri. Sistem ini membolehkan sebarang sumber yang diterima oleh otak mengolah dan membentuk pola-polanya yang tersendiri. Terdapat ramai tokoh yang mengeluarkan pendapat mengenai pemikiran manusia. Menurut Edward de Bono dalam toeri beliau berkenaan bagaimana minda beroperasi, menyebut bahawa otak berupaya mentadbir sendiri setiap maklumat yang diterima dan menukarkan kepada pola-pola yang tertentu. Katanya lagi, sepanjang hayat manusia, otak mencipta dan mengekalkan ribuan pola di mana pola-pola itu menjadi rutin pada proses manusia berfikir. Tanpa adanya pola-pola itu di dalam otak, manusia tidak mungkin dapat beroperasi seperti yang kita alami sekarang. Menurut beliau lagi, perbuatan sehari-hari seperti membaca, menulis, bercakap, mengenal rakan-rakan, melintas jalan dan berbagai lagi dapat kita lakukan kerana adanya pola-pola dalam otak kita. Manusia berfikir menggunakan otak. Dari segi fisiologinya baik manusia ataupun binatang mempunyai otak. Malah dari segi bentuknya, tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang. Namun dari segi psikologinya, otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. Ini kerana otak manusia boleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang.

Edward de Bono dilahirkan pada tahun 1933, di Malta. Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah mendapat pendidikan awal di St Edward's College, Malta. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Royal University of Malta sehingga beliau berkelayakan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan. Selepas itu, beliau meneruska pengajiannya, sebagai Rhodes Scholar kepada Gereja Christ, Oxford, beliau mendapat ijazah kehormat dalam bidang psikologi dan fisiologi, serta Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perubatan. Beliau juga berjaya mendapat Ph.D di Cambridge University, dan memperoleh MD (Doctor of Medicine) di University of Malta. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan di beberapa buah university seperti Oxford, London, Cambridge, dan Harvard.

Dr. Edward

De Bono mengendalikan program kurikulum terbesar dalam

pendidikan berfikir secara lansung di sekolah-sekolah. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang begitu berpengaruh dan boleh dikatakan sebagai tokoh yang memberikan kesan dan impak yang begitu besar kepada cara-cara bagaimana kita berfikir. Beliau boleh dikatakan sebagai tokoh pemikir yang terbaik di seluruh dunia. Dr. De Bono telah dijemput untuk menyampaikan kuliah dan bekerja di 45 buah negara Beliau telah menulis banyak buku yang telah diterjemahkan ke dalam 34 termasuk bahasa-bahasa utama dan Hebrew, Arab, Urdu, Bahasa Melayu, Turki, Slovenia dan sebagainya. Beliau telah menghasilkan dua buah siri televisyen yang dikenali sebagai Dr. Bonos Course Thinking untuk BBC dan The Greaters Thinkers untuk WDR, Jerman. Belian menerbikan risalah berita yang diterbitkan sepuluh kali setahun. Beliau juga adalah pencipta permainan klasik, yang dikatakan sebagai permainan termudah di dunia.

Di University of Buenos Aires, Argentina, terdapat lima fakulti yang telah menggunakan buku karangan Dr. Edward De Bono sebagai keperluan bahan bacaan khususnya. Di Venezuela, sebagai satu peraturan dan undang-undang, semua pelajar sekolah mestilah meluangkan masa selama sejam dalam seminggu, bagi mengikuti program yang telah beliau anjurkan. Di Singapura pula, terdapat sebanyak 102 buah sekolah menengah yang menggunakan perkhidmatannya. Di Negara kita, Malaysia, sekolah sains khususnya terdiri dari sekolah-sekolah elit juga menggunakan perkhidmatannya selama sepuluh tahun. Di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, dan United Kingdom, terdapat beribu buah sekolah yang melaksanakan serta menggunakan petunjuk berfikir Dr, Edwarad De Bono untuk pembelajaran tentang berfikir.

Sebagai penghargaan sumbangan dan jasanya kepada individu-individu lain, pada tahun 1988, beliau dianugerahi Hadiah Capire Pertama di Madrid, Sepanyol. Apa yang unik mengenai Dr. Edward De Bono ialah spectrum penyebarannya tentang teori pemikiran beliau telah tersebar meluas. Pada Persidangan Pemikir Dunia (International Thinking Meeting) di Boston pada tahun 1992, Dr. Edward De Bono telah dianugerahkan sebagai perintis pemikiran dalam pembelajaran secara lansung di sekolah-sekolah.Petunjuk berfikir beliau sentiasa dicari oleh syarikatsyarikat korporat terkenal sepertiNTT (Jepun), Du Pont, Ericsson, United Technologies, American Standard, Exxon dan Shell. Satu delegasi terbesar di Eropah iaitu Siemens yang mana memiliki 370,000 pekerja telah mencontohi budaya kerja Edward de Bono ke seluruh delegasi tersebut. Apabila Microsoft mula menapak dalam dunia pemasaran, mereka telah menjemput Dr. Edward de Bono untuk memberikan alamat kekunci (keynote address) di Seattles untuk 500 pengurus terbaik. Kaedah Enam Topi Pemikiran kini digunakan oleh beberapa buah syarikat
4

korporat seperti Prudential dan IBM. Beliau juga telah berkhidmat untuk beberapa buah kerajaan termasuklah kerajaan termasuklah Kerajaan California mengenai masalah pembuangan sisa-sisa toksik.

Edward de Bono telah dijemput untuk menyampaikan ucapan di mesyuaratmesyuarat seperti The Institute of Institutional Investor, The Commenwealth Law Conference dan lain-lain lagi. Pada tahun 1989, beliau telah mempengerusikan mesyuarat Hadiah Nobel di Seoul, Korea. Beliau adalah pengasas dan pengarah Cognitive Research Trust (1969). Beliau juga telah menubuhkan International Creative Forum dengan ahli-ahlinya terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam setiap bidang dari seluruh dunia. Beliau telah menubuhkan International Creative Office untuk membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memajukan alternatif lain mengikut keperluannya.

Sumbangannya yang istimewa ialah beliau telah membuktikan kreativiti merupakan keperluan dan perkara yang penting dalam sistem maklumat organisasi diri (self-organising information system). Merujuk pada buku karangan beliau, 'The Mechanism of Mind' yang diterbitkan pada tahun 1969, beliau telah menyatakan bagaimana sistem saraf otak diciptakan secara tidak simetri (asymmetric patterns), terbentuk sebagai asas atau tapak kepada persepsi. Ahli Fizik dunia yang terkemuka, Professor Murray Gell Mann, berkata buku tersebut sepuluh tahun lebih kedepan daripada pendapat ahli-ahli matematik. Beliau mungkin dikenali sebagai pengasas penggunaan ungkapan berfikiran lateral yang kini telah dimuatkan ke dalam Oxford English Dictionary. Penganjur Sukan OLimpik 1984 menganggap bahawa kejayaan mereka adalah hasil daripada penggunaan pemikiran lateral yang dipelajari daripada beliau pada tahun 1975.

Istilah pemikiran lateral dan pemikiran paralel dicipta oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran, ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru. Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi iaitu bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa, tetapi amat berkesan. Secara khususnya, istilah pemikiran lateral mencakupi penggunaan teknik-teknik spesifik yang sengaja dipakai untuk menerbitkan persepsi-persepsidan idea-idea baru.

Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah melihat

setelah

mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan. Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata ini. Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996). Pemikiran lateral ialah sejenis kemahiran iaitu oleh itu setiap orang boleh mendapatkan kemahiran berfikir secara lateral. Seperti mana halnya dengan jenis-jenis kemahiran lain seperti berlari, berenang dan menari. Apabila kita berfikir dengan cara yag bergerak dari satu titik ke titik lain secara logikal, itu disebut oleh
6

Edward de Bono sebagai berfikir secara vertikal. Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah:

a) Pembinaan Idea Baru. b) Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. c) Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. d) Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna. e) Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia dan konsep.

Dr Edward de Bono mengumpamakan seorang pemikir dengan seorang tukang kayu. Seorang tukang kayu bekerja dengan menggunakan sejumlah alat untuk memotong, menyambung, dan membentuk kayu-kayunya. Apabila seseorang tukang kayu bekerja, dia tidak berkata, aku hendak potong kayu ini. Sebaliknya mulutnya diam tetapi dia mengambil gergajinya dan mula menggunakan gergaji tersebut untuk membuat kerja-kerja memotong.dari semasa ke semasa, si tukang kayu mempelajari pelbagai kemahiran menggunakan alat-alat yang berbeza. Dr. Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral. Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu

permasalahan dengan lebih cekap dan efisyen lagi. Dalam CoRT Cognitive Research Trust iaitu salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono. Beliau telah memperkenalkan beberapa alat berfikir. Antaranya ialah:

1. PMI ( Plus , Minus , Interesting ) ~PMI ialah perkara-perkara yang baik , buruk dan menarik, dan bertujuan
7

untuk meluaskan persepsi. Gunakan PMI untuk meluaskan sudut pandangan kita, kerana PMI mengajar kita membuat penilaian. PMI juga memaksa seseorang berhenti dan berfikir sejenak sebelum cepat-cepat membuat keputusan . PMI merupakan alat berfikir yang mudah dipakai. Ia juga sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

: senaraikan semua yang baik

: Senaraikan semua yang buruk

: Senaraikan semua yang tidak baik dan juga tidak buruk, tapi menarik untuk difikirkan lebih lanjut.

2. AGO ( Aims , Goals , Objectives ) ~AGO adalah matlamat, tujuan dan objektif , dan meluaskan sudut pandangan. AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal. AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara berfokus,dan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Selagi kita tidak dapat berfikir dengan tepat, kita belum memiliki AGO. Justeri, jadikan AGO sebagai fokus perbincangan, supaya tidak menyeleweng. 3. APC ( Alternatives , Possibilities , Choice ) ~APC merupakan alternatif , kemungknan dan pilihan. Ini membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan. APC membuatkan kita berfikir secara selari, dan sekali gus membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat. APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah

yang sama. APC juga merupakan alat yang memaksa kita berhenti seketka sebelum otak maju ke hadapan. 4. CAF ( Consider All Factors ) ~ CAF adalah mengambil kira semua faktor dan CAF digunakan oleh seseorang untuk meluaskan sudut pandangan. CAF juga dapat membantu seseorang mengarahkan minda ke semua arah yang penting. Selain itu, alat ini mengelakkan kita daripada terlupa memikirkan semua perkara yang penting. Alat ini mudah dipelajari, diingat, dan digunakan dalam kehidupan seharian kita. Namun, faedahnya juga besar. 5. OPV ( Other Peoples Views ) ~ OPV adalah pandangan orang lain yang dapat membantu seseorang untuk memahami sudut pandangan orang lain. Alat ini membuatkan kita berfikir dengan lebih meluas. OPV ialah berkenaan dengan pendapat orang lain secara tepat, bukan secara am auan samar-samar. OPV bererti kita merasakan apa yang orang lain rasa. Aabila memikirkan pendapat-pendapat orang lai, kita mestilah bersikap objektif. Bagaimanakah orang lain melihat perkara yang sama? Apa beza pendapat mereka dengan pendapat kita. 6. C&S ( Consequence and Sequel ) ~ C&S ialah kesan dan akibatnya. Ini dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan. C&S digunakan untuk seseorang membuat penilaian. C&S boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV. C&S membantu kita melihat jauh ke hadapan. Lakukan C&S untuk semua alternatifyanfd ada dihadapan kita. Lakukan C&S, FIP dan PMI bersama-sama, alat ini akan membantu kitra membuat pilihan yang terbaik.

7. FIP ( First Important Periorities ) ~ FIP adalah antara perkara atau alat penting yang perlu diutamakan atau didahulukan. FIP mengambil kira tentang perkara-perkara yang penting sahaja dan mengingatkan kita apa prioriti kita. .FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting. FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara berfokus. FIP berkaitan dengan AGO, serta membantu kita mencapai AGO. Kita menggunakan FIP untuk menentukan apa perjara yang penting untuk difikirkan. Bukan semua perkara serupa kepentingannya. Kita mestilah boleh menentukan apa perkara yang kita rasakan ia penting, dan apa perkara yang sememangnya penting.

Satu lagi jenis pemikiran yang diasaskan Edward de Bono ialah pemikiran paralel. Kalau kita menerima lima idea yang berlainan, lalu kita meletakkan idea-idea terseut di atas meja, selar diantara satu sama lain, dan kita tidak menilai idea-idea tersebut dengan membandingkan antara satu sama lain, dan kita tidak mempedulikan idea itu salah atuapun betul, maka cara kita berfikir itu disebut berfikir secara paralel. Antara ciri berfikir secara paralel ialah:

a) Kita tidak dizinkan berbahas atau berhujah untuk membuktikan sesuatu idea. b) Kita tidak diizinkan beran poitik atau menunjukkan sesiapa yang lebih kuat. c) Setiap orang dikehendaki supaya mengemukakan idea-idea yang kreatif.

10

d) Kita tidak diizinkan cepat-cepat mengkritik idea-idea yang dikemukakan, sebgai contoh ketika di dalam mesyuarat dan sebagainya. e) Ada masa yang dikhaskan untuk tujuan mencari segala kebaikan pada sesuatu idea, termasuklah idea yang dianggap tidak praktikal dan gilagila. f) Kita tidak dibenarkan bersikap egoistik apabila berfikir.

g) Kita tidak dibenarkan berfikir secara berkecamuk dan bercelaru Diana dalam satu masa, kita cuba menerbitkan idea, mengkritik, dan lain-lain lagi. h) Menggunakan pemikiran parallel kerana takut dihentam atau dikritik orang lain.

Menurut Edward de Bono, pemikiram kreatif termasuk dalam pemikiran paralel. Idea yang difikirkan secara paralel tidak semestinya idea-idea kreatif. Ia mungkin cadangan yang logikal, hipotesis ataupun sebarang makumat. Matlamat pemikiran parallel ialah tindakan. Daripada idea, kita mencipta corak-corak tindakan. Dalam pemikiran paralel, kita tidak menggunakan definisi-definisi dan kita tidak memaksa idea-ida supaya masuk ke dalam kotak-kotak definisi tersebut. Kemungkinan ialah intipati pemikiran jenis ini. Ini kerana, dalam pemikiran paralel, tidak ada penjaga pintu yang sangat obsesi dengan kebenaran. Oleh itu, semua idea bertaraf kemungkinan sahaja dalam pemikiran paralel.

Selain alat-alat berfikir yang dibincangkan, Edward de Bono juga telah memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukn satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu . Kaedah tersebut dikenali

11

sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza.

a) Topi Hijau ( Green Hat )

Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif dan konstruktif. Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan idea-idea. Topi hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada, dan digunakan pada waktu mula-mula berfikir. Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah. Topi hijau adalh proaktif.ia bukan topi jenis provokatif. Ia suka bertanya, menyoal dan mencabar.

b) Topi Kuning ( Yellow Hat )

Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstruktif. Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif. Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea

alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau. Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan. Topi ini menjelaskan mengapa sesuatu idea itu baik dijangka akan menghasilkan kejayaan.

c) Topi Putih ( White Hat )

Topi

putih

melambangkan

pemikiran

objektif.

Warna

putih

melambangkan kebersihan yang bermakna tiada prejudis. Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata.

12

Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif. Apabila memakai topi ini, yang kita utamakan ialah maklumat yang sudah kita ketahui, maklumat yabg sepatutnya kita ada, dan bagaimana hendakamendapatkan maklumat yang penting tetapi tidak ada pada kita.

d) Topi Hitam ( Black Hat )

Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan. Kegunaan utama topi hitam ialah menghindarkan kita daripada melakukan kesalahan dan mengelakkan kita membuat keputusan yang tidak bijak. Dalm erti kata lain, ia digunakan untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko dan berbahaya. Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan. Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan

memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami. Topi ini sangat berguna dan penting.

e) Topi Merah ( Red Hat )

Topi merah melambangkan pemikiran emotif dan nilai. Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir. Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada. Ambil kira juga soal-soal seperti perasaan dan gerak hati. Idea yang logical, jika orang tidak suka, apa faedahnya?

13

f) Topi Biru ( Blue Hat )

Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas. Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi kuning, putih, merah, hijau dan hitam memikirkan perkara yang difikirkan manakala topi biru memikirkan cara kita berfikir. Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua sesebuah organisasi ataupun kumpulan.

Tambahan, Dr. Edward de Bono telah memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitu dengan memberikan dan memperkenalkan. Untuk menjadi panduan kepada orang ramai dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.antara panduan tersebut ialah sentiasa bersikap positif dan konstruktif. Selain itu, haruslah fikir perlahan-lahan dan secara mudah dan jangan selalu memudahkan sesuatu perkara. Di samping itu, lupakanlah segala ego dan jangan biarkan ia masuk campur apabila sedang berfikir. Sehubungan itu, tentukanlah tujuan berfikir. Tambahan, tukar gear otak dalam erti kata yang lain ialah tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran kreatif. Kita juga mestilah menentukan hasil yang hendak dicapai. Kita hendaklah sentiasa fikirkan alternatif yang lain dan memberi tempat kepada perasaan. Kita juga perlu menukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci, selain dapat membezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin. Mengambil kira semua pendapat juga merupakan salah satu panduan yang agak penting. Seterusnya, semua jenis tindakan yang diambil akan melibatkan nilai.

14

Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan satu bentuk penyelesaian masalah yang berpotensi sebagai

penyelesaian yang amat berkesan untuk menyelesaikan masalah. Kini dalam apa jua persidangan, forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankan seumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat penting dalam kehidupan. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan

meninggalkan impak yang cukup berkesan dan membanggakan.

Oleh sebab kebanyakan orang mempercayai bahawa pemikiran lurus atau vertical yang tradisional hanyalah satu-satunya cara berfikir yang berkesan. Terdapat beberapa perbezaan ketara yang telah dicatatkan. Kita sudah terlalu biasa dengan pemikiran lurus sehinggakan beberapa perbezaan yang masih samar-samar dan tidak kita sedari. Namun begitu, dalam konteks tingkah laku, sistem ingatan memaksimumkan diri, berfikiran lateral bukan sahaja menunjukkan maksudnya, tetapi juga keperluannya. Berfikiran lateral mementingkan ketepatan dan kekayaan pemikiran. Berfikiran lurus hanya memilih satu laluan dengan mengenepikan laluanlaluan yang lain. Berfikiran lateral tidak memilih tetapi mencari jalan membuka laluan-laluan lain. Tetapi, dengan berfikiran lurus, seseorang itu dapat memilih pendekatan yang paling menggalakkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan juga merupakan cara yang terbaik untuk melihat situasi tersebut. Dengan berfikir secara lateral, kita dapat menghasilkan seberapa banyak pilihan yang boleh. Manakala dengan pemikiran lurus, kita mungkin dapat mencari pendekatanpendekatan lain sehingga mendapat pendekatan yang paling menggalakkan. Berfikir lateral membuatkan kita terus manghasilkan seberapa pendekatan walaupun setelah memperoleh satu pendekatan yang menggalakkan. Tetapi, dengan berfikir lurus, seseorang cuba memilih pendekatan terbaik. Apa yang penting adalah pergerakan
15

atau perubahan tersebut. Dengan berfikir lateral, kita tidak bergerak untukmengikut sesuatu arah tetapi untk menghasilkan sesuatu arah. Berbeza dengan berfikir secara lurus, kita mesti sentiasa bergerak kearah yang berfaedah. Pergerakan dan perubahan berfikiran lateral bukanlah penghujungnya, tetapi satu cara yang membawa semula perubahan corak-corak pemikiran. Sebaik sahaja terdapat pergerakan dan perubahan, maka ciri-ciri maksimumminda akan memastikan bahawa sesuatu yang berguna akan terjadi. Orang yang befikiran lurus akan bekata seperti ini, saya tahu apa yang sedang saya cari. Manakala orang yang berfiki r lateral akan berkata, saya sedang mencari tetapi saya tidak akan tahu apa yang sedang saya cari, sehinggalah saya menjumpainya.

Dengan berfikiran lateral, langkah-langkahnya tidak perlu berturutan. Seseorang mungkin boleh melompat ke satu perkara baru dan kemudian memenuhi ruang yang telah ditinggalkan. Apabila seseorang itu melompat terus kepada penyelesaiannya, maka keberkesanan penyelesaiannya sudah pasti tidak boleh bergantung diatas keberkesanan laluan yang dilalui untuk mencapainya. Tambahan, intipati sebenar berfikiran lurus atau vertical ialah kita mesti betul di setiap langkah yang diambil. Ini adalah asa sebenar berfikiran lurus. Berfikiran logik adalah dan matematik tidak boleh berfungsi sama sekali tanpa keperluan ini. Berfikiran lurus juga berkaitan pilihan dengan penyingkiran. Ibarat bekerja di dalam satu rangka rujuk dan membuang segala yang tidak diperlukan.

Perlu ditegaskan, tiada pertentangan di antara kedua-dua cara berfikir ini. Kedu-duanya sama pentingnya. Cara berfikiran lurus sangat berguna, tetapi kita perlu tingkatkan penggunaannya dengan menambah kreativiti dan

menyederhanakan kerumitannya.

16

-KREATIVITI -IDEA-IDEA BARU -PERKAITAN -LOGIK -POSITIF -FAEDAH -PELUANG -FAKTA -DATA -MAKLUMAT

6 TOPI PEMIKIRAN
~SIR EDWARD DE BONO~

-EMOSI -PERASAAN -INTUISI -RESPONS -KRITIK -HALANGAN -NEGATIF -RISIKO -IMPAK

-KEPUTUSAN -PROSES -FOKUS -KAWALAN

17

BIBLIOGRAFI.

1. Edward de Bono, 2005, Selangor, Pemikiran Lateral, Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2. Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1997, Selangor, Pemikiran Lateral, Utusan Publication & Distributer Sdn. Bhd. 3. http://www.edwdebono.com/debono/biograph.htm 4. http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/PEMIKIRANLATERAL.html 5. http://smkapahang.bpi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&i d=83:kaedah-pemikiran-islam&catid=43:artikel-menarik&Itemid=67 6. http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=158

18

You might also like