You are on page 1of 3

MOHD FIKRI BIN CHE HAMID 910907-06-5375 Refleksi Keseluruhan Bina Insan Guru Assalamualaikum w.b.t...

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat juga saya menghabiskan keseluruhan tugasan Program Bina Insan Guru sepanjang 3 tahun atau 6 semester di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Sabah ini. Sepanjang berlangsungnya program Bina Insan Guru(BIG) ini, terdapat banyak perkara baru sama ada positif atau negatif yang saya peroleh. Semua pengalaman itu sangat berguna untuk saya menjadi seorang guru di sekolah pada masa yang akan datang kelak. Sepanjang enam semester ini, setiap satu semester darinya akan dijalankan satu atau dua program Bina Insan Guru. Antara program yang paling berkesan terhadap diri saya ialah perkhemahan Bina Insan Guru yang telah dijalankan di tapak perkhemahan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent melibatkan kesemua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011. Pada mulanya saya kurang berpuas hati kerana perkhemahan ini dijalankan di dalam kawasan kampus. Ini sedikit sebanyak mengurangkan perasaan perkhemahan itu sendiri bagi pendapat saya. Namun setelah menjalani aktiviti ini, ternyata pendapat saya itu kurang tepat. Dalam program perkhemahan ini terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di luar kawasan kampus seperti aktiviti berkayak dan masakan rimba. Program perkhemahan ini banyak mendidik saya untuk saling bekerjasama antara satu sama lain sesama pelatih guru. Program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan ukhwah sesama guru pelatih. Aktiviti kumpulan yang paling saya ingati ialah sesi Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh salah seorang pensyarah cemerlang di kampus ini iaitu Encik Nazri.

Program yang seterusnya ialah khidmat masyarakat yang di jalankan di dalam kawasan kampus juga. Program kali ini membabitkan beberapa aktiviti pembaikan alatan sukan serta mengecat tiang-tiang di sekitar padang kampus. Aktiviti kali ini hanya melibatkan guru pelatih PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011 seramai 20 orang. Sebelum menjalankan program ini, kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memastikan kerja yang dijalankan itu lancar. Dalam melaksanakan aktiviti ini, kami telah bersepakat untuk menjahit tilam lompat tinggi yang sudah terkoyak bagi memastikan apabila Program Kejohanan Olahraga Tahunan yang dijalankan dapat digunakan. Aktiviti ini juga dapat mendedahkan kami dengan persediaan untuk ke sekolah pada masa yang akan datang. Sekiranya di sekolah peralatan yang akan digunakan tidak elok, sekurang-kurangnya kami dapat membaiki perlatan tersebut sehabis baiknya. Hasilnya, sikap kerjasama yang sangat erat dalam kalangan kami memudahkan lagi untuk menyiapkan kesemua kerja yang telah dirancang dengan lancar. Program yang seterusnya ialah program anak angkat. Sejujurnya pada pendapat saya inilah aktiviti yang semua guru pelatih tertunggu-tunggu. Program ini sememangnya menarik minat saya untuk lebih aktif. Program yang dijalankan ini melibatkan kesemua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 telah diadakan di Kampung Mantop Tamparuli pada semester 4 iaitu bulan September 2012. Program ini memerlukan kesemua guru pelatih berkhemah di kawasan padang sekolah. Selain itu, secara berkumpulan guru pelatih akan menghabiskan masa selama satu hari bersama keluarga angkat yang telah ditetapkan. Bagi kumpulan saya, kami telah bertungkus lumus menolong keluarga angkat kami membersihkan kawasan rumah mereka yang telah ditimpa tanah runtuh. Kami juga bekerjasama menyediakan hidangan serta bersembang panjang. Ini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara guru pelatih dengan masyarakat luar. Bagi saya sendiri yang berasal daripada semenanjung, inilah peluang saya untuk mendekatkan lagi dengan komoditi ini kerana apabila menjadi guru pada masa yang akan datang, sekiranya ditempatkan di kawasan seperti ini saya tidak akan menghadapi sebarang masalah. Sepanjang berlangsungnya program ini, saya sangat gembira kerana suasana tempat pemilihan program ini sangat menarik. Kawasan Kampung Mantop ini sangat sejuk dan sekelilingnya terdapat sungai yang dalamnya mengalir air yang sangat jernih. Apabila tiba waktu

pagi, kami semua beramai-ramai mandi air yang di pam dari sungai yang berhampiran. Kawasan kampung ini juga dikelilingi hutan yang membuatkan udaranya sungguh bersih. Sekiranya saya akan ditempatkan di sekolah seperti ini saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya. Sungguhpun kampung ini terletak jauh dari bandar, namun kanak-kanak di kampung ini tidak terlepas daripada melakukan aktiviti-aktiviti seperti bermain bola serta badminton. Penghujung program Bina Insan Guru ini telah dijalankan satu lawatan penanda aras di sekolah rendah yang terpilih. Program ini melibatkan guru pelatih PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011. Lawatan ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Padang Kota Kinabalu. Lawatan ini telah diadakan bagi melawat murid bekeperluan khas di sekolah ini. Aktiviti ini juga dapat mendekatkan kami lagi dengan situasi yang akan kami hadapi di sekolah kelak. Pelbagai ragam murid yang boleh kami lihat di bahagian pendidikan khas sekolah ini. Apa yang saya kagumi ialah guru pendidikan khas di sekolah ini telah merancang aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bersama murid pendidikan khas ini. Semangat yang ada pada guru ini untuk membuktikan murid-murid pendidikan khas ini juga boleh melakukan apa yang murid normal lakukan harus dikagumi serta dicontohi. Akhir kata, kesemua program yang telah dijalankan ini sememangnya membolehkan saya menimba ilmu pengetahun serta pengalam yang baru dalam hidup saya. Saya berharap dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman baru itu akan membantu saya apabila ke sekolah pada masa yang akan datang kelak.

Sekian, terima kasih. Yang benar, __________________ (MOHD FIKRI BIN CHE HAMID) PISMP PENDIDIKAN JASMANI, IPG KAMPUS KENT, SABAH.

You might also like