Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
239Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Profesional Etika

Profesional Etika

Ratings: (0)|Views: 10,276 |Likes:
Published by kulong
meninjau sejauhmana rakyat malaysia mencapai tahap etika yang mendorong kejayaan negara..
meninjau sejauhmana rakyat malaysia mencapai tahap etika yang mendorong kejayaan negara..

More info:

Published by: kulong on Aug 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/05/2013

pdf

text

original

 
Rasuah Dan Etika Serta Perlaksanaan Pembelajaran Dan Latihan Sebagai Usaha Memerangi Gejala Tidak Beretika Dalam kalangan Masyarakat.
1.0
Pengenalan
Pembentangan rang undang-undang suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia 2008 - bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi menggantikan AktaPencegahan Rasuah 1997 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi telah membuka mata semua pihak di negara ini bahawa rasuah bukanperkara remeh yang boleh kita pejamkan sebelah mata. Rasuah di negara kitabukan isu baru, bahkan kanak-kanak seusia tujuh tahun pun tahumenggunakan perkataan rasuah. Dari segi makna, Kamus Dewan Edisi 3mendefinisikan rasuah atau
corruption
dalam bahasa latin sebagai kata kerjamelibatkan perbuatan menyogok, menyuap
(wang, material ata perkhidmatan)
untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan memperolehkejayaan dengan mudah dan segera. Umpamanya seorang penguasakerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebagaiimbalannya dia memberikan pula lesen perniagaan kepada pihak lain. Dengankata lain rasuah merupakan satu tingkahlaku tidak beretika yang merupakan
 penyakit 
dalam masyarakat. Rasuah merupakan perilaku yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korperat, para pegawai bahkansegelintir ahli politik yang secara tidak wajar atau menurut undang-undang,mengayakan diri atau memperkayakan keluarga dan sahabat handai sehinggamenggugat kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Nama-namabesar seperti Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk V. K Linggamadalah antara besar nama-nama yang pernah menggemparkan negaradengan tuduhan rasuah ke atas mereka.Sejauh mana kebenarannya ? Adakah hanya satu fitnah ? Apa yang pasti,rasuah bukan perkara kecil tetapi “
api yang bisa membakar negara”.
1
 
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi :
Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan
Penyalahgunaan harta negara
Merugikan negara
Memperkaya diri sendiri dan kerabat.Pada masa ini, hampir semua bentuk pemerintahan dan organisasipasti terdapat perilaku rasuah, sama ada secara sedar atau sebaliknya, beratatau ringan. Sama ada dalam bentuk penggunaan pengaruh atau sokonganuntuk memberi dan menerima sehingga rasuah sudah dianggap satu
“prosedur rasmi”.
.Amat dikhuatiri pada satu tahap kita akan tiba padakeadaan yang digelar “
kleptoras”i 
atau secara tersiratnya
 pemerintahan oleh pencuri;
iaitu berpura-pura jujur.
Rasuah adalah musuh pembangunan. Rasuah dalam dunia politik pulaboleh meruntuhkan demokrasi. Manakala rasuah dalam badan perundangandan kehakiman akan mencabul ketinggian undang-undang dan rasuah dalampentadbiran awam akan menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial.Jenayah rasuah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yangakhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah jugaakan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidakmemenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligusmenghapuskan persaingan terbuka dan sihat.Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas keranaianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkanamalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeliatau pun projeknya diluluskan.Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati padasesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawa
2
 
mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yangtelah dijalankan.Jelasnya dari segi ekonomi rasuah mempersulit kemajuan ekonomi .Misalnya, pelabur asing perlukan kos yang lebih untuk memulakan perniagaandi Malaysia. Hal ini kerana terdapat kos yang terlindung iaitu rasuah atau “
duit kopi” 
yang perlu diberikan kepada individu berkepentingan untuk memulakanperniagaan. Oleh itu, ia telah mendatangkan fenomena negetif kepada parapelabur sehingga mereka tidak berminat untuk melabur di Malaysia.Pakar ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berpendapatkelembapan ekonomi negara Asia dan Afrika adalah berpunca daripadaamalan tidak beretika iaitu rasuah.Ke mana hendak kita bawa negara kita ini ? Menuju kejayaan ataukemusnahan. Isu ini perlu dianalisa .Justeru itu, esei ini akan membincangkan tentang peri pentingnya
Pengajaran Dan Pembelajaran Etika
dalam usaha menangani amalan-amalan yang tidak sihat . Sebagaimana pandangan seorang saintis sosialyang mencadangkan pengajaran dan pembelajaran etika diajar dari bangkusekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnyaapabila seseorang individu mula menyertai pasaran kerja.
3

Activity (239)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Karen Laeu liked this
Noh Al Iman liked this
Mat Yie liked this
Mat Yie liked this
Mat Yie liked this
Mat Yie liked this
suzzita liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->