You are on page 1of 1

KETUA KAMPUNG Kampung Tagasan Jln TLDM, Peti Surat 189 91308 Semporna Sabah.

Tarikh : 06 NOV 2013 KEPADA, Yang Berhormat Datuk Seri Hj Nasir Bin Tun Dr. Hj Sakaran ADUN N.53 Senallang Merangkap Pengerusi SEDCO Negeri Sabah 91308 Semporna Sabah. YB. Datuk, MEMOHON PERUNTUKAN MEMBINA SEBUAH GELANGGANG BADMINTON BERUKURAN 30 X 50 DI KAMPUNG TAGASAN JALAN TLDM DENGAN KOS RM 16,000.00 SAHAJA Dengan penuh hormat dan sukacitanya dimaklumkan kepada YB. Datuk berhubung perkara diatas. 02. Saya selaku Ketua Kampung Tagasan Jalan TLDM, ingin memohon peruntukan sebanyak RM 16,000.00 bagi membina sebuah Gelanggang Badminton iaitu cadangan lokasinya berdekatan dengan kediaman rumah saya. 03. Hal ini kerana, dengan adanya gelanggang tersebut penduduk kampung di sini khususnya belia-belia muda dapat mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan beriadah dan bermanfaat terutamanya aktiviti bersukan di kampung ini. 04. Oleh hal yang demikian, saya memohon agar permohonan saya yang tersebut dapat dipertimbangkan serta diberi perhatian oleh pihak YB. Datuk dengan sewajarnya. Keprihatinan pihak YB. Datuk dalam perkara ini amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang benar, ................. (K.K AMIR HATTA BIN MUSA) NO. K/P: 590511-12-5407 NO.Tel: 019- 899 0879

You might also like