You are on page 1of 1

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

nota ringkas mengikut yang saya ulangkaji untuk peperiksaan semester ini.semoga membantu. Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu a.Sifat makna b.Kelas makna c.Lewah dalam makna a.Sifat makna makna bersifat dinamis dan evolusi. dinamis-boleh berubah-rubah evolusi-boleh berkembang terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ; 1.perkembangan bahasa itu sendiri. 2.tanggapan penutur 3.perluasan makna 4.pembatasan/penyempitan makna 5.tujuan simbolik dan stilistik b.kelas makna 1.makna denotasi ; makna tersurat (cthtangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan)

2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian) 3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) 4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi) 5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing. c.lewah dalam makna lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata. contohnya seperti : -mereka semua -kasut boot -papa kedana -demi untuk terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna; 1. pengulangan -mereka-mereka -ibu bapa-ibu bapa 2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan -memperbesarkan, sepatutnya memperbesar -dipersetujui, sepatutnya disetujui -diperhalusi, sepatutnya dihalusi 3.kata sendi yang berturut-turut -demi untuk -selain daripada itu

You might also like