You are on page 1of 12

STRUKTUR 1.

0 PRINSIP ASAS KEMORALAN

Prinsip Autonomi ( Autonomous): Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Sebenarnya, konsep ini bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut untuk bebas membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan. Atau, dalam lain perkatan, apakah jenis kemahuan yang inigin dibuat atau apakah jenis paksaan yang perlu diketepikan? ( Hena et.al, 1992) Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daridapa kuasa luar. ( Koo, 1990) Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara- perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri, maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut. Contoh 1: Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun. Contoh 2: Norhadi memilih tidak membakar sampah-sarap atau membuang sampah-sarap dengan merata-rata dan sesuka hati. Hal ini kerana dia menyedari bahawa perbuatan ini akan menyebabkan bumi kita sakit. Dia mempunyai ilmu pengetahuan tentang melindungi alam sekeliling dengan sempurna tetapi bukan disebabkan takut akan dihukum atau diberi dendaan oleh pihak berkuasa. Contoh 3: Habib memilih belajar dengan bersungguh-sungguh di samping membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu dan menghantar pada masa tetapnya. Selain itu, dia juga membuat ulangkaji setiap malam selepas habis makan malam. Habib membuat demikian bukan disebabkan dia takut didenda atau dimarahi oleh guru atau ibu bapanya akan tetapi dia sedar bahawa sebagai seorang murid, tanggungjawabnya adalah belajar dan cuba mendapat keputusan yang baik. Maka dia selalu membuat kerja rumah dan membuat ulangkaji tanpa disuruh oleh orang lain. Contoh 4: Lau memilh untuk menyayangi adiknya yang baru berumur 5 tahun. Dia selalu menjaga dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada adiknya supaya adiknya tidak menghadapi sebarang masalah atau kecederaan dalam kehidupannya. Lau berbuat demikian bukan disebabkan mahu dipuji oleh ibu bapanya dan mendapat ganjaran daripada ibu bapanya, maka dia berbuat demikian adalah disebabkan oleh dia menyedari tanggungjawab menjadi seorang abang yang baik.

Contoh 5: Frederik memilih pergi menyertai kelas Wu Shu pada setiap hujung minggu selama 2 jam sehari. Dia memberi perhatian semasa dalam kelas Wu Shu dan belajar teknik Wu shu dengan bersungguh-sungguh. Dia berbuat demikian bukan kerana mahu menunjukkan diri dan bergaduh dengan orang lain. Dia berbuat demikian adalah disebabkan oleh dia menyedarkan bahawa Wu Shu dapat menyihatkan badan di samping dapat mempertahankan diri semasa waktu kecemasan.

Prinsip Keadilan(Justice) : Apabila membuat sesuatu keputusan dalam dilema moral kita boleh menggunakan prinsip moral yang paling asas, khususnya prinsip keadilan dan prinsip altruisme yang merupakan nilai asas dan juga ibu kepada nilai-nilai murni yang lain.Oleh itu, dua prinsip ini akan digunakan sebagai contoh dalam penjelasan bentuk etika. Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud law,right. Kini justicedigunakan sebagai the quality of being righteous; rectitude; impartiality; fairness. Menurut Kamus Dewan keadilan bererti sifat ( orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang,hukuman dll) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana(apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya). Oleh itu, konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu. Dalam erti kata Iain, perbuatan dan tindakan ketidakadilan (injustice) tidak membawa apa-apa manfaat kepada sesetengah orang kerana dalam tindakan atau perbuatan ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan akan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini. Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang sepatutnya. Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung akan membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya. Contoh 1 : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut. Contoh 2: Cikgu Habdi adalah guru Bahasa Melayu kelas 1A. Cikgu Habdi melayani anak muridnya dengan sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Di samping itu, Habdi juga memilih kasih terhadap muridnya yang lebih pandai dan memandang rendah terhadap anak muridnya yang kurang pandai. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kelas, Cikgu Habdi akan memberi

peluang kepada semua murid untuk mengeluarkan pendapat dan menjawap soalan yang dikeluarkan olehnya. Beliau tidak memilih kasih dengan hanya memanggil anak murid yang pandai sahaja untuk menjawap dan memberi pendapat di dalam kelas. Kesemua sikap Cikgu Habdi telah menunjukkan bahawa beliau telah mengamailkan prinsip keadilan. Contoh 3: Amanda telah menjadi ibu kepada dua orang anaknya. Amanda sentiasa memberi hadiah atau barang yang terbaik untuk anak bongsunya dan sentiasa memarahi anak sulungnya yang satu lagi. Hal ini disebabkan anak bongsunya lebih pandai daripada anak sulungnya. Dia sentiasa anak sulungnya tidak berguna dan sentiasa memburukkan nama anak sulungnya ddan memuji anak bongsunya di depan jiran-jirannya. Dia tidak prihatin terhadap anak sulungnya dan meletakkan kasih sayangnya ke atas anak bongsunya. Ibu Amanda ini telah melanggari prinsip keadilan dan ini akan mendatangkan akibat yang buruk dalam jangka masa yang panjang.

Prinsip Altruisme: Prinsip altruisme juga merupakan prinsip etika yang penting sebagai rujukan semasa melakukan sesuatu tindakan moral. Nagel, Thomas (I970) dalam buku The possibility of altruism menjelaskan perkataan altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan. Nagel, T. juga berpendapat bahawa untuk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat empati, iaitu berkebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang Iain; bersifat terbuka dan percaya akan orang Iain; serta bertoleransi dan boleh menerima orang lain. Frankena, W.K.(I973) melaporkan pandangan Butler tentang altruisme bahawa kadang-kadang seseorang individu menuntut kepuasan bukan untuk dlrl sendiri, tetapi untuk orang lain, seperti pengorbanan diri (self sacrifice). Mengikut Frankena, W. K., jawapan yang biasa diberikan oleh ahli egois psikologikal tentang prinsip etika ini ialah "Ya, kita melakukannya untuk orang lain, tetapi kita mendapat kepuasan daripada perbuatan ini. Kepuasan inilah yang menjadi tujuan kita melakukannya. Melakukannya adalah satu cara kita mencapai kepuasan. Oleh itu, ia juga adalah untuk kepentingan diri sendiri" Ini ialah pandangan ahli egois, tetapi untuk altruis, mereka masih menganggap bahawa ada sesuatu altruism dalam sifat manusia, iaitu manusia hanya hendak melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain. Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lainlain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa. Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya.Khatijah, semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.

Walaupun keadilan dan altruisme merupakan prinsip utama dalam bentuk etika, terdapat perbezaan antara kedua-dua prinsip etika ini, iaitu keadilan adalah sesuatu perkara (perbuatan, kelakuan dan tindakan) yang rasional, manakala altruisme adalah satu sifat yang bukan sahaja amat mulia tetapi terlalu mulia. Oleh itu, ia kadang-kadang tidak dianggap sebagai satu keperibadian mulia, tetapi adalah satu sifat keterlaluan manusia yang agak luar biasa. Walau bagaimanapun, kedua-dua prinsip ini ialah asas kepada pembentukan nilai-nilai moral yang lain, seperti kejujuran, kebijaksanaan, keberanian, kesabaran, kesyukuran, kerajinan, dan sebagainya. Nilai-nilai inilah yang membenarkan seseorang insan bertindak dengan lebih cekap dan lebih berkesan apabila berdepan dengan situasi yang luar biasa, seperti dalam dilema moral.

2.0

NILAI ALAM SEKITAR

NILAI ALAM SEKITAR Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar supaya generasi masa hadapan dapat mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Pelajar diharapkan dapat menghargai betapa pentingnya usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bagi mencapai matlamat tersebut maka seseorang guru khususnya guru mata pelajaran Pengajian Sosial perlu menerapkan nilai alam sekitar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai alam sekitar juga boleh dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti khidmat komuniti. Berikut ialah beberapa contoh nilai alam sekitar yang boleh diterapkan melalui aktiviti-aktiviti tersebut.

NILAI ALAM SEKITAR Prinsip bekerjasama

HURAIAN NILAI ALAM SEKITAR Peranan kita adalah untuk memahami, bekerjasama seiring jalan serta hidup berharmoni dengan alam tabii dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya. Semua spesis sama ada berguna atau tidak kepada manusia mempunyai hak untuk hidup / sekurangkurangnya berjuang untuk hidup Kebahagiaan hidup diperolehi daripada kemajuan dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan kemajuan alam sekitar. Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang mengakibatkan kerosakan yang minima.

Prinsip menghormati alam / bumi

Prinsip kehidupan seimbang

Prinsip kerosakan minima

Prinsip rendah diri

Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah sebahagian daripada bumi / alam ini. Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa yang kita temui pada mulanya Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degrasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain, seumpama kita racuni orang yang mendiami tempat itu. Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak.

Prinsip mengiktiraf hak generasi akan datang

Prinsip tanggungjawab setiap individu

Prinsip perlindungan dan pemuliharaan ekosistem

Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar: a. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya. b. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. c. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. d. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang. e. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya. f. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

3.0

PENERAPAN NILAI DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM

Pembentukan organisasi
Kebebasan Keberanian Tanggungjawab

Aktiviti berkumpulan
Kerjasama Semangat bermasyarakat Hormat menghormati Kasih sayang

Aktiviti berbentuk pertandingan


Keadilan Keberanian

Aktiviti Lawatan

Patriotisme Kesyukuran

Bengkel/latihan permainan
Kawad / Perkhemahan

Keyakinan Keberanian
Bertolak ansur Kerjasama Berdikari

Aktiviti sukan tahunan Bertanggungjawab Kerjasama Keadilan

Aktiviti gotongroyong semangat bermasyarakat kerajinan

4.0

PELAN INTEGRITI NASIONAL

Objektif Umum 7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Objektif khusus 8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut : * Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; * Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; * Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; * Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan * Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

ESEI 1.0 DIMENSI MORAL INDIVIDU

1.1 Penaakulan moral Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Individu dpt:- Memahami sst isu moral. - Mengenal pasti alternatif2 yg ada dan kesannya. - Memberi pertimbangan yg adil dan objektif terhadap stp pilihan alternatif itu.

- Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional. Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.

1.2 Emosi moral Mpy emosi moral spt suara batin, perasaan ini membawa kpd perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting utk mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sst yg bersifat antisosial. Cth, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu org yg miskin tanpa mengira kepentingan diri. Inidividu dpt:- Mengetahui asal usul sst isu atau situasi. - Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran org lain. - Menyatakan perasaan diri sendiri dlm keadaan yg sama. - Membuat keputusan yg adil dan rasional. Empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa. 1.3 Tingkah laku moral Merujuk kpd segala kelakuan yg dilakukan oleh individu berdasarkan nilai2 dan norma2 msryk. Dpt bertingkah laku moral, iaitu bertindak dgn penuh tanggungjwab mengikut kemampuan diri terhadap sst keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral. Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama. 1.4 Ejen moral dan Penerima Moral Semua manusia ialah agen moral dan juga penerima moral. Apa yg beza ialah manusia mpy penaakulan rasional dan bebas perasaan dan emosi yg boleh mempengaruhi perlakuan manusia sendiri. 1.5 Perhubungan atr dimensi2 Etika Penaakulan, perlakuan dan perasaan individu akn membenarkan individu sentiasa berada dlm keadaan yg berjaga-jaga spy sst yg dilakukan adalah mengikut kehendak normatif di mana dia berada.

2.0

PENTAKSIRAN NILAI

PENTAKSIRAN PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM. Pentaksiran penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Pentaksiran penerapan nilai hendaklah bersifat formatif dan menekankan perkembangan individu. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas tentang tahap dan kesan penerapan nilai dalam kalangan murid. Pentaksiran dikendalikan oleh guru secara bersistem iaitu merancang, mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Pentaksiran ini

menggunakan pelbagai kaedah seperti senarai semak, rekod anekdot, pemerhatian, temu bual dan soalan subjektif.

SENARAI SEMAK Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi membolehkan guru menilai tahap penerapan yang berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Kandungan senarai semak berdasarkan nilai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum. Senarai semak boleh disediakan secara individu atau berkumpulan seperti contoh berikut. Borang Senarai Semak : Sikap Murid Terhadap Jiran Arahan : Tandakan ( ) pada ruang yang sesuai. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Penyataan Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran Saya tidak mengotorkan kawasan rumah jiran. Saya berkawan baik dengan anak jiran Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran Ada Tiada

REKOD ANEKDOT
Rekod Anekdot ialah suatu alat pemerhatian yang menunjukkan tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian tingkah laku murid dalam perkara tertentu. Rekod ini sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati tahap perkembangan murid terutamanya tahap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar yang diharapkan. Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot Unsur Patriotisme

Aktiviti Tarikh

: Perhimpunan Sekolah : .....................................

Bil. 1 2

Nama Murid Murid A Murid B

Menghormati Lagu Kebangsaan Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Kebangsaan Berbual-bual dengan kawan semasa menyanyikan lagu Kebangsaan Tidak berdiri tegak Menyanyi dengan penuh semangat Berdiri tegak

Catatan

Murid C

TEMU BUAL Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperoleh maklumat tentang pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri responden tentang sesuatu isu atau perkara. Temu bual boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar yang hendak dinilai.

Aktiviti Tempat

: Perkhemahan Unit Beruniform : ________________________ Tarikh : ________

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Soalan Temu Bual : Nilai Alam Sekitar Bil. 1 Soalan Bagaimanakah sampah sarap diurus sepanjang tempoh perkhemahan? Jawapan Murid

Apakah peraturan berkaitan dengan alam sekitar yang harus diikuti semasa mendirikan khemah? Nyatakan aktiviti yang dijalankan untuk memelihara alam sekitar sepanjang tempoh perkhemahan?

PEMERHATIAN Amalan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh ditaksir melalui Kaedah Pemerhatian sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Melalui kaedah ini guru akan dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan sikap dan tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Perkara : Cara Murid Mempraktikkan Jadual Waktu Nilai : Bertanggungjawab Perkara Ada/Tiada

BERTANGGUNGJAWAB Murid menggunakan waktu belajar dengan bertanggungjawab. Murid menggunakan waktu riadah dengan bermanfaat. Murid memilih rancangan TV yang sesuai. Murid membantu keluarga dengan bertanggungjawab.

SOALAN SUBJEKTIF Melalui soalan subjektif kita akan memperoleh banyak maklumat tentang nilai yang ingin diketahui dengan lebih mendalam kerana responden bebas mengemukakan pelbagai pandangan dan pendapat. Oleh itu, guru akan lebih mudah mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Tajuk : Semangat Kejiranan Nilai : Hormat-menghormati Bil. 1 Soalan Bagaimanakah anda mengenali jiran? Apakah aktiviti kejiranan yang pernah anda ikuti? Berapa kerapkah anda mengunjungi rumah jiran dan apakah tujuan anda? Pernahkah anda menziarahi rumah jiran semasa hari perayaan? Ceritakan pengalaman anda. Jawapan Murid

3.0

KEMPEN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

OBEJKTIF: 1. Menanam dan memupuk sifat kempimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. 2. Menerapkan nilai kebertanggungjawaban dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya masyarakat amnya. 3. Mengubah sikap bagi mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara.

You might also like