You are on page 1of 10

PENGUKURAN

Pengertian Tujuan Kegunaan Bentuk Masa Pelaksanaan

Ahli Kumpulan : Ter Chin Hsien Chew Lay Kwan Ooi Lean Lee Tan Cher Eing Tan Siang Ing

6 PISMP SN/PJ/PC

Pengertian

Pengukuran adalah satu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat atau instrumen tertentu (Azizi, 2008). Menurut Bhasah (2009) pengukuran adalah pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan.

Proses Menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.

Pengukuran meliputi memungut maklumat secara kuantitatif melalui berbagai-bagai alat pengukuran seperti ujian pensel dan kertas. Alat-alat pemerhatian seperti senarai semak dan skala kadar pada lazimnya akan menghasilkan data-data yang lebih kualitatif juga dapat digunakan untuk mendapatkan data-data kuantitatif.

Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh.

Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.

Di sekolah pada hari ini, pengukuran merupakan proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.

Tujuan/Kegunaan i. Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar. ii. Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya. iii. Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai. iv. Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.

v. Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan. vii. Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan yang tertentu.( Mendapat maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil sebagai maklum balas kepada pelajar dan ibu bapa) viii. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Bentuk

1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred. 2. Alat-alat pemerhatian seperti senarai semak dan skala kadar pada lazimnya akan menghasilkan datadata yang lebih kualitatif juga daoat digunakan untuk mendapatkan data-data kuantitatif. 3. Pengukuran dapat dikelaskan kepada empat, iaitu : Skala Nominal : Membezakan objek , orang kepada kategori yang diskrit mengikut sifat kualitatif dan bukan kuantitatif. Skala Ordinal : membezakan objek, orang mengikut susunan pangkat. Skala Sela : Beza antara kategori adalah sama Skala Nisbah : Perbandingan dua nilai boleh diwakili dalam bentuk nisbah seperti 2:1.

Masa

Selepas beberapa pelajaran

Pelaksanaan

1. Proses Pengujian 2. Merekod Markah/ Gred

Sekian, Terima Kasih.

You might also like