Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

Ratings: (0)|Views: 24 |Likes:
Published by Nurrul Nadziela
- Penjajahan British Di Tanah Melayu

- http://drsir.blogspot.com/2012/08/mpw-1133-
zaman-penjajahan-british-2.html
- Penjajahan British Di Tanah Melayu

- http://drsir.blogspot.com/2012/08/mpw-1133-
zaman-penjajahan-british-2.html

More info:

Categories:Types
Published by: Nurrul Nadziela on Nov 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/19/2014

pdf

text

original

 
ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH
Campur tangan British secara rasminya di negeri-negeri Melayu apabila termeterainya Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, tetapi penglibatan British secara tidak rasmi di Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah berjaya mengambil Pulau Pinang melalui tipu muslihat yang licik dari tangan kerajaan Kedah semasa pemerintahan Sultan Abdullah. Oleh kerana kedudukan Pulau Pinang yang strategik untuk dijadikan pangkalan tentera dan perdagangan, British cuba untuk bertapak di situ. Pulau Pinang sebenarnya merupakan sebahagian daripada Kedah yang sedang menghadapi ancaman Siam dan Burma. Sebelum ini, Sultan Muhammad Jiwa telah membuat tawaran kepada British untuk membuka petempatan di Pulau Pinang sekiranya British sedia membantu Kedah menghadapi ancaman Siam. Tawaran tersebut diberi sekali lagi oleh Sultan Abdullah pula kepada British. Melalui tawaran ini, Sultan Abdullah meletakkan syarat-syarat bahawa British hendaklah mengawal perairan Kedah dan musuhnya juga adalah musuh British. Perbelanjaan perang akan
 
ditanggung oleh British sendiri dan kapal-kapal bebas berniaga di Kedah dan Pulau Pinang. Pampasan $30,000 wang Sepanyol hendaklah dibayar kepada sultan atas kehilangan beberapa keistimewaan dalam perdagangan. British hendaklah mempertahankan Kedah daripada ancaman musuhnya.Tanpa mendapat kebenaran daripada pegawai atasan British di India, Francis Light telah bertindak sendiri bersetuju dengan syarat-syarat itu pada tahun 1785 dan apabila pegawai atasannya enggan menyetujui syarat-syarat yang telah ditetapkan kerana ingin menjaga kepentingan perdagangan dan politik dengan Siam, maka Sultan Abdulah telah mendesak supaya British meninggalkan Pulau Pinang. Keengganan British meninggalkan Pulau Pinang telah menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang dan mereka menyerang Seberang Prai dengan menyebabkan Kedah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan tersebut. Bermula dari situ, bermulalah penjajahan ke atas Pulau Pinang dan seterusnya Seberang Prai pula jatuh ke tangan British apabila Kedah sering menyekat bekalan makanan kerana merasa tidak puas hati dengan syarat-syarat perjanjian yang telah dibuat pada tahun 1791 yang antara lainnya Sultan Kedah akan mendapat pampasan tahunan sebanyak $6,000 wang Sepanyol sahaja. Menyedari kedudukan Pulau Pinang agak jauh ke utara, British merancang pula untuk mencari satu pangkalan baru di kawasan yang berhampiran dengan Selat Melaka.
 
Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura apabila beliau campur tangan dalam pertikaian Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Johor. Sebagai balasannya, Tengku Hussin membenarkan Raffles membuka petempatan di Singapura melalui satu perjanjian pada tahun 1819. Dalam perjanjian itu British sedia memberi perlindungan kepada Tengku Hussin dan menyediakan pampasan tahunan sebanyak $3,000 wang Sepanyol serta menetapkan pemerintahan Johor atau penggantinya tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa Barat yang lain. Dengan itu, British sudah dapat menguasai dua kawasan penting di Tanah Melayu.Pada tahun 1824, satu perjanjian telah ditandatangani di antara British dengan Belanda. Dalam perjanjian ini, kedua-dua pihak menetapkan garis sempadan kekuasaan masing-masing bagi mengelakkan pertembungan yang boleh mengakibatkan peperangan. Mengikut perjanjian tersebut, kawasan di utara dan timur selat Melaka diserahkan kepada British, manakala kawasan di barat dan selatan Selat Melaka diserahkan kepada Belanda. Belanda yang menduduki Melaka ketika itu menyerahkannya kepada British, manakala British menyerahkan Bangkahulu yang didudukinya ketika itu pada Belanda.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->