You are on page 1of 15

pjgroupkecewa.blogspot.

com

NAMA AHLI KUMPULAN: AHMAD ZULHELMI BIN RAMLAN MOHD AZLAN BIN SAHEIMI NORUS SYAIRAH BINTI MOHD YUSOF

PENGENALAN EMOSI
EMOSI MEMBOLEHKAN MANUSIA M E N G E N A L D I R I N YA , O R A N G L A I N D A N J U G A M E M B A N T U K I TA D A L A M BERINTERAKSI DENGAN M A S YA R A K AT. S E S E O R A N G YA N G D A PAT M E N G E N A L I P E R A S A A N ATA U E M O S I S E C A R A M E N D A L A M LEBIH MUDAH MENJALANI K E H I D U PA N S E H A R I A N .

APA ITU KECEWA???


Kecewa boleh didefinasikan sebagai satu perasaan

yang mana menyebabkan seseorang itu berasa teramat sedih kerana tidak mendapat apa yang diingininya. Perasaan tersebut juga boleh menyebabkan kemurungan dalam diri orang yang terbabit.

TANDA-TANDA DILANDA KEKECEWAAN


(1) Berasa sedih yang berpanjangan. (2) Mengalami masalah tidur. (3) Tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya kepada apa yang dilakukan. (4) Hilang minat atau semangat. (5) Hilang selera makan serta hilang berat badan secara mendadak.

Bagaimana cara untuk mengatasi kekecewaan????


Adakah cara anda mengatasi kekecewaan selama ini merupakan cara yang terbaik untuk diri anda???? Adakah anda yakin dengan cara tersebut? Mari kita pelajari cara- cara mengatasi kekecewaan yang betul.

FAHAMI PUNCA MASALAH SEBENAR


Cuba cari punca sebenar kita berasa kecewa dan cuba memahami punca-punca tersebut. Kita akan sukar untuk menghilangkan rasa kecewa dalam diri kita sekiranya kita tidak pasti punca yang menyebabkan kekecewaan berlaku.

MELUAHKAN PERASAAN
Orang yang dipilih untuk meluahkan perasaan mestilah mempunyai ciri- ciri seperti : a) Pendengar yang baik b) Bertanggungjawab c) Bersifat positif d) Mempunyai pandangan yang bernas e) Pandai menyimpan rahsia Melalui luahan perasaan kita dapat berkongsi masalah dengan pihak kedua dan ini akan meringankan tekanan yang dihadapi.

MENDAPATKAN KHIDMAT KAUNSELING


Berbincang dengan kaunselor dapat mengurangkan perasaan kecewa dan tekanan. Kaunselor adalah orang yang pakar dalam bidang kaunseling. Individu yang menghadapi masalah tidak perlu berasa malu untuk berjumpa kaunselor kerana segala perbincangan yang dibuat adalah sulit. Kita akan mendapat cara yang terbaik untuk mengatasi perasaan kecewa daripada kaunselor.

MELAKUKAN AKTIVITI REKREASI


Apabila kita bergiat dalam akitiviti rekreasi, badan

kita akan merembes hormon adrenalin dan beta-endorphin yang berfungsi sebagai agen mengubah mood. Aktiviti rekreasi dapat membantu kita untuk melupakan punca- punca kita berasa kecewa. Kita akan kembali ceria sekiranya perasaan kecewa dapat diatasi. Contoh aktiviti rekreasi: i) Perkhemahan ii)Berjoging iii)Melancong

JANGAN TERLALU MENGIKUT PERASAAN


Jangan terlalu mengikut perasaan kecewa tersebut.

Cuba keluar dari alam kekecewaan itu. Cuba lakukan aktiviti lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampurlah dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti rekreasi. Secara tidak langsung, kita akan dapat melupakan perasaan kecewa itu.

TANAMKAN KEYAKINAN DALAM DIRI


Kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri. Sebagai contoh, apabila kita kalah dalam sesuatu pertandingan, kita perlulah yakin dengan diri sendiri bahawa kita akan perolehi kejayaan pada masa akan datang. Tahap keyakinan diri yang tinggi dapat membantu kita mengatasi perasaan kecewa.

Berdoa

Sebagai seorang Islam, kita perlu banyak berdoa

kepada Allah. Kita perlu berdoa kepada Allah agar kekecewaan yang dihadapi dapat diatasi dengan mudah. Kita juga dapat mengatasi kekecewaan dengan cara yang betul tanpa menyeksa diri sendiri.

BERTAWAKAL
Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib

kepada Allah setelah kita melakukan pelbagai usaha. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like