• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
A K T A P E N D I D I K A N , 1 9 9 6P. U. ( A ) 5 3 1P E R A T U R A N – P E R A T U R A N P E N D I D I K A N( K U R I K U L U M K E B A N G S A A N ) 1 9 9 7
 
Akta 550
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan130 Akta pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturanyang berikut ;
 
Nama dan mulaberkuatkuasa
1Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, danhendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998:-
 
Tafsiran
2Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandunganayatnya menghendaki makna yang lain :-
 
 “bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalampengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid; “guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalamPerkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua PengarahPendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelolasuatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untukmentadbir atau mengurus suatu sekolah;
 
 “jadual waktuertinya suatu pernyataan mengenai matapelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap haripersekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang manadinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya matapelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar matapelajaran itu;
 
 “jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yangdiluluskan oleh Menteri; “kegiatan kokurikulumertinya apa-apa kegiatan yangdirancang lanjutan daripada proses pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan muridpeluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkanpengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilikdarjah;
 
 “mata apelajaran” ertinya suatu bidang pengajarana danpembelajaran yang dinyatakan;
 
 “jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yangdiluluskan oleh Menteri;
 
 “mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yangdinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolahmenengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat,bakat, kebolehan dan potensi mereka;
 
 “mata pelajaran tambahanertinya mata pelajaran yangdinyatakan dalam Jadual 3 dan 8, yang diajar menurut Akta disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
 
 “mata pelajaran teras” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan
 
dalam Jadual 1 dan 5, yang mesti dipelajari oleh semua muriddi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
 
 “mata pelajaran wajib” ertinya semua mata pelajaran yangdinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada matapelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
 
 “sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenaiperkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahunpersekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalamtahun persekolahan itu;
 
 “sukatan pelajaran yang diluluskanertinya suatu sukatanpelajaran yang diluluskan oleh Menteri;
 
Kurikulum Kebangsaan
3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikanyang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yangmerangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,undur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantuperkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam danmempertingkatkan nilai koral yang diingini dan untukmenyampaikan pengetahuan
 
(2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaanakan mengandungi mata pelajaran yang berikut:
 
(a)Mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1dan 5;
 
(b)Mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6dan 7;
 
(c)Mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual3 dan 8;
 
(d)Mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
 
(e)Mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yangdinyatakan dalam Jadual 4; dan
 
(f)Mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi PersekolahanMalaysia atau tingkatan Enam yang dinyatakan dalamJadual 10
 
(3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuankerajaan akan mengandungi yang berikut:
 
(a)Penyertaan dalam sukan dan permainan;
 
(b)Penyertaan dalam persatuan dan kelab;
 
(c)Penyertaan dalam badan beruniform; dan
 
(d)Lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
 
(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk matapelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaandan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakandalam Jadual 11 hingga 15
 
Bahan kurikulum dankokurikulum
4Menteri boleh menentukan bahan yang seuai bagi pengajarandan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
 
Perubahan jadual,sukatan pelajaran, dan jadual waktu
5Tertakluk kepada subperaaturan 3(4), Ketua Pendaftarbolehmengubah atau meminda suatu jadual mengenai semuamata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran,atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadualwaktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai disekolah itu
 
 6(1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolahhendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaanoleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mataapelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagisemua mata pelajaran
 
(2) Seseoarang guru besar atau pengetua suatu sekolah,kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh,hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaanoleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahansemasa
 
(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar ataupengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untukmengemukakan sesalinan jadual mengenai semua matapelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaannotis itu
 
Guru perlu mengadakansalinan sukatanpelajaran yangdiluluskan dan senaraimurid-murid untuk
7Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan sertamerta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftarsalinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan denganmata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawahtanggungjawabnya
pemeriksaan
 
Buku rekod guru
8Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya posatau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan danmenyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkodolehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiapminggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian ataubahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yangakan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatumata apelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan sertamerta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua pendaftar
 
Jadual, sukatanpelajaran dsb. dalambahasa selain daripadabahasa kebangsaanditerjemahkan ke dalambahasa kebangsaan
9Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, ataumasukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannyayang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untukdikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh KetuaPendaftar disediakan dalam suatu bahasa selain daripadabahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetuahendaklah mengemukakan atau mengadakan untukpemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, ataumasukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalambahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkanoleh Ketua Pendaftar
 
Jadual waktu perludipamirkan
10Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklahmempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggalpersekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatutempat yang mudah dilihat di sekolah itu
 
Penalti
11(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatusukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadudal waktuyang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar muridatau mana-mana orang yang membenarkan seseorang gurumengajar murid melainkan daripada mengikut sukatanpelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskanadalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkanboleh didenda tidak melebehi lima ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebehi tiga bula ataukedua-duanya
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...