Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
nota_sej__bab_3_t5_09

nota_sej__bab_3_t5_09

Ratings: (0)|Views: 1|Likes:

More info:

Published by: Cik Laila Syazwani Shuhaimi on Nov 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2013

pdf

text

original

 
 1 Nota Bab 3
LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA
1. Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada sistem politik negara moden pada hari ini. 2. Dalam masyarakat Melayu tradisional telah muncul kerajaan dan kemunculannya disebabkan oleh adanya raja. 3. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. 4. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya. 5. Sebagai balasan, rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. 6. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. 7. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. Contohnya, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. 8. Penjajahan oleh kuasa Barat telah mengubah konsep k erajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional. 9. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian. DaIam perjanjian ahtara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing, keseluruhan kerajaan telah disebutkan sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. 10. Setelah British campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu, British mula merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. 11. British telah menetapkan sempadan setiap kerajaan. 12. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri. 13. Pengenalan gagasan Malayan Union pada tahun 1946 di Tanah Melayu oleh British untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden telah ditentang oleh orang Melayu. 14. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. 15. Pada tahun 1957, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan lantas menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka. 16. Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat. 17. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara.
 
 2
 18. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan bangsa Malaysia. 19. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan  bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan. 20. Bangsa Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan. 21. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan. 22. Oleh itu, konsep negara dan bangsa ini lebih sesuai digunakan dalam membincangkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. 23. Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, semasa penjajahan Barat, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dan sebaik-baik sahaja negara Malaysia terbentuk. 24. Sehingga kini proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang Iebih bersatu padu dan progresif masih berterusan dan generasi pada hari ini bertanggungjawab memastikan matlamat ini tercapai.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
1. Konsep negara bangsa merujuk pada pembentukan negara bangsa moden di Eropah. 2. Idea ini tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. 3. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden. 4. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal. 5. Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16. 6. Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana telah memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti  politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa. 7. Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang  bangsa. 8. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing- masing. 9. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.
 
 3
10. Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya. 11. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. 12. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan. 13. Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan. 14. Dengan itu, muncullah negara bangsa yang baru. Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro, Croatia dan Bosnia-Herzegovina. 15. Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke -19.
Pembentukan Negara Itali
1. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. 2. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali. 3. Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. 4.. Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. 5. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. Melalui satu pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali. 6. Pada tahun 1866, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali. 7. Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil  peluang ini menyatukan Rom clan Itali. 8. Penyatuan ini akhirnya telah membentuk sebuah negara bangsa Itali.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->