You are on page 1of 13

MAKTAB PERGURUAN KENINGAU

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN
Air boleh dikategorikan sebagai sumber semulajadi yang tidak akan habis. Air menutupi kira-kira tiga perempat daripada permukaan bumi dan wujud dalam beberapa bentuk yang berlainan. Kira-kira 97% daripada jumlah air ialah air masin dan selebihnya air tawar. Air masin pada umumnya terdapat di lautan. Air tawar pula yang merupakan sumber air yang lebih berguna kepada manusia wujud dalam pelbagai bentuk seperti tukup ais, glasier, air bawah tanah, lembapan tanah, tasik, paya, wap air dan air sungai.

KEPENTINGAN AIR
Air sangat penting kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Kepentingan air boleh dilihat seperti berikut: Keperluan fisiologi Air memenuhi keperluan fisiologi manusia, tumbuhan dan haiwan. Air merupakan komponen utama dalam sel organisma. Contohnya, sel manusia mengandungi kia-kira 80% air dan keseluruhan badan manusia terdiri daripada 60% air. Keperluan Harian Manusia Air penting dalam kehidupan seharian manusia.Air digunakan untuk minum, memasak, membasuh, mencuci, menyiram, mandi dan sebagainya.

KEPENTINGAN AIR
Medium untuk hidup. Air merupakan medium bagi haiwan akuatik dan tumbuhan air untuk hidup. Contoh haiwan akuatik seperti ikan, udang, sotong, penyu, ketam, obor-obor dan banyak lagi. Contoh tumbuhan air seperti bunga teratai, keladi bunting, lumut, rumpai laut, batu karang dan sebagainya. Sumber pengangkutan Air penting sebagai sumber pengangkutan sama ada di sungai atau di laut. Antara pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal kargo, feri, kapal pelancongan, sampan, perahu dan lain-lain pengangkutan.

KEPENTINGAN AIR
Sumber tenaga Air merupakan sumber tenaga yang berpotensi kerana mempunyai simpanan yang berkekalan. Air memainkan peranan besar dalam penghasilan tenaga elektrik. Banyak empangan dibina untuk menjana tenaga elektik. Contoh empangan adalah seperti Empangan Pangi di Sabah dan Empangan Batang Ai di Sarawak. Tujuan rekreasi Air boleh digunakan untuk tujuan rekreasi. Kawasan yang mempunyai elemen air sepeti laut, sungai, tasik dan air terjun dimajukan untuk tujuan pelancongan dan rekreasi.Contohnya Pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Lata Bukit Hijau di Kedah dan banyak lagi.

PUNCA-PUNCA PECEMARAN AIR


Pembuangan sampah-sarap/domestik Sikap manusia yang suka membuang sampah-sarap ke dalam sungai, laut dan tasik menyebabkan tempattempat ini tercemar dengan bahan buangan. Contoh bahan buangan adalah seperti kertas, plastik, botol, dan besi-besi buruk. Sisa domestik adalah seperti air basuhan, air cucian dan air mandian. Sisa kumbahan Sisa kumbahan juga antara punca kepada pencemaran air. Penduduk yang berumah di tepi-tepi sungai cenderung untuk membuang sisa kumbahan di sungai. Pembinaan setinggan di tepi-tepi sungai juga antara penyebab masalah ini. Selain masalah kepadatan, mereka juga tidak mempunyai sistem kumbahan yang teratur.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR


Sisa pembuangan kilang/Industri Sisa-sisa pembuangan kilang dan Industri turut menyebabkan pencemaran air berlaku. Kilang Getah contohnya menyalurkan sisa bahan ke sungai atau punca air yang berdekatan. Sisa-sisa kilang ini mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti Kuprum, zink, besi, plumbum dan argentum. Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Kelang antara sungai yang tercemar teruk akibat sisa kilang dan industri. Sisa haiwan Salah satu punca utama ialah sisa haiwan iaitu daripada ternakan khinzir. Masalah ini sangat serius kerana kajian mendapati 22% daripada 2872 tempat ternakan khinzir terletak di hulu tempat pengambilan bekalan air dan 35% daripadanya tanpa sistem pengolahan sisa.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR


Sisa pertanian Kawasan pertanian yang merupaka salah satu punca pencemaran yang penting terutamanya jika pertanian dijalankan di kawasan tanah tinggi.Air hujan yag mengalir dari kawasan pertanian mengakibatkan hakisan dan meningkatkan kandungan zarah terampai di dlam air sungai. Bahan pencemar adalah seperti racun serangga, racun rumpai, racun herba dan baja kimia. Tumpahan minyak di laut Tumpahan minyak di laut antara punca pencemaran air yang serius kerana ia melibatkan masa dan kos pembersihan yang tinggi. Kawasan pantai tercemar dan hidupan laut banyak yang mati. Selain menjejaskan ekosistem ia juga menjejaskan mata pencarian nelayan yang berada di kawasan tersebut.

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR


Ekosistem Pencemaran air boleh menyebabkan ekosistem di kawasan yang terlibat terjejas kerana sisa bahan buangan tersebut menjadi halangan kepada kitaran semulajadi. Kesihatan Air yang tercemar sekiranya diminum, mandi atau memasak boleh menjejaskan kesihatan manusia yang menggunakannya. Penyakit-penyakit seperti taun, cirit-birit, kudis dan banyak lagi boleh berlaku.

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR


Menjejaskan pendapatan Penduduk yang menggunakan sungai sebagai tempat untuk mendapatkan sumber makanan atau mata pencarian terjejas kerana pencemaran berlaku di sungai atau di laut. Selain tangkapan nelayan berkurangan; ikanikan, udang, ketam dan sotong juga kurang selamat untuk di makan sekiranya tempat tersebut tercemar dengan bahan kimia. Kawasan pelancongan terjejas Kawasan pantai yang dimajukan sebagai tempat pelancongan boleh terjejas akibat pencemaran air di laut. Kesna tumpahan minyak mengotorkan pantai yang berdekatan. Sungai sungai yang tercemar teruk selain kotor ia juga mengeluarkan bau busuk dan berwarna gelap. Ini memberi persepsi yang negatif kepada para pelancong asing.

CARA-CARA MENGATASI
Undang-undang Penguatkuasaan undang-undang perlu untuk memastikan kawasan-kawasan industri, kilang, penternakan dan pertanian mematuhi undang-undang. Undang-undang merangkumi penjagaan sungai dan tebing sungai, pengawalan pencemaran air, pengawalan pembuangan sisa toksid.Contoh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 untuk mengawal pencemaran air. Kaedah bukan undang-undang Kaedah ini dalam bentuk garis panduan, prosedur dan kod amalan untuk pihak berkuasa dan agensi yang bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan sumber air untuk melaksanakannya.Contohnya beberapa garis panduan dibuat untuk mengawal pencemaran air oleh Jabatan Alam Sekitar seperti mencegah dan mengawal hakisan dan kelodak, mengawasi pelupusan sisa terjadual, memilih tapak pelupusan sisa serta mereka bentuk tempat untuk pelupusan sisa pepejal.

CARA-CARA MENGATASI
Pendidikan Alam Sekitar Perlaksanaan sukatan pelajaran pendidikan alam sekitar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi serta ceramah-ceramah alam sekitar di Jabatan kerajaan dan sektor swasta perlu diadakan. Kesedaran awal untuk semua peringkat usia dan institusi perlu dipupuk. Gaya hidup Gaya hidup juga perlu diubah. Pembuangan sampahsarap di sungai atau tasik tidak seharusnya diteruskan. Setiap rumah perlu memastikan mereka mempunyai sistem kumbahan yang betul dan teratur.

KESIMPULAN
Air merupakan sumber yang sangat penting kepada manusia dan hidupan akuatik. Permintaan yang kian meningkat dan kemusnahan kualiti air semakin ketara dan serius. Oleh itu, pengurusan sumber air yang merangkumi aspek-aspek kualiti dan kuantiti perlu dipertingkatkan. Kesedaran awal dari semua pihak adalah perlu untuk mejaga kebersihan sungai, tasik dan laut daripada tercemar. Banyak implikasi boleh berlaku sekiranya wujud pencemaran air lebih-lebih lagi kepada kesejahteraan manusia.

You might also like