You are on page 1of 38

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. NAMA TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : : :

770218015450002 770218-01-5450 ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN 013-7018071 znas77@yahoo.com.my JOHOR BAHRU

PENGENALAN

Sejarah Sekolah

Pada tahun 1899, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kampong yang bernama Kampung Makam. Ianya terletak kira kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi. Pengasasnya ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat, maka ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Kemudian, sekolah tersebut telah dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi. Dari sinilah bermulanya perkembangan sekolah ini. Pada tahun 1926, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagi menampung murid murid lelaki dan perempuan. Kemudian, pada tahun 1939, sebuah sekolah telah dibina khas untuk murid perempuan. Namun, pada tahun kedua, sekolah tersebut telah dicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi. Kini, pada tahun 2012, ia baru ditabdir dalam masa tiga bulan oleh Puan Nurlia binti Mohamad setelah Tuan Haji S. Othman bin S. Nong bersara pada 13 November 2011 yang lalu. Beliau dibantu oleh Puan Hajah Sauma binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan 1, Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Aazizah binti Hassan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Kebangsaan Bandar dengan Bandar Kota tinggi hanya 1.5 km. Sekolah ini terletak di pesisiran Sungai Johor berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang telah terbiar dan berada di sebelah kanan sebelum melalui jambatan ke Bandar Kota Tinggi.

Logo Sekolah

Makna Disebalik Logo Sekolah Obor Pen Keris Bunga Padi Penyuluh hidup Melakarkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatif Sedia menghadapi cabaran Bermuafakat dan kerjasama

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Objentif Kualiti Sekolah

1. Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara perkara yang di luar kawalan sekolah. 2. Memastikan Pencapaian Murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mencapai 65% Lulus Keseluruhan atau Peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.

3. Memastikan 1005 murid Sekolah Kebangsaan Bandar mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara perkara yang di luar kawalan sekolah. 4. 100% Aduan dan Maklumbalas Pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan. 5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.

Kemudahan Sekolah Antara kemudahan kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bandar, ialah: a) Kantin b) Padang Serbaguna c) Pusat Sumber d) Makmal Komputer e) Bilik Sains f) Dataran Perhimpunan g) Bengkel Kemahiran Hidup h) Bilik Pendidikan Seni Visual i) Bilik Akses Kendiri j) Bilik Tayang k) Bilik Gerakan l) Bilik Kaunseling m) Bilik Linus n) Surau o) Bilik Pemulihan Khas p) Bilik PJK q) Tandas r) Taman Permainan s) Bilik JQAF t) Bilik Kokurikulum u) Pejabat Guru

PELAN BANGUNAN SEKOLAH DAN LOKASI BILIK SENI VISUAL


Kantin Guru Stor Am Bilik Sukan Tandas Kedai Buku Stor Kantin Tangga 1 Bijak
Dewan Makan

B. Servis

6 Gemilang Stor Am SPBT Stor Am

6 Terbilang Bilik JQAF Bilik Seni Dewan Tandas Tandas Dewan

B. Pengawas Tandas Tandas Dewan Tangga

1 Cerdik
Dewan Makan

2 Bijak
Bilik Jamuan

Pemulihan Bilik Jamuan

Kelas

B. Servis Tangga

Tangga B. Servis Dewan


B.

Dewan Kedai Buku


Pejabat Guru Kelas Bilik Seni

Dewan B. Kesihatan Tandas Tandas P. Akses

Dewan Persalinan Tandas Tandas P. Akses

PERMAINAN SERBAGUNA

GELANGGANG

S U S U R G A J A H

B. Servis Taman Orkid Sekolah Pondok Wakaf


B. Akses Kendiri

Keselamatan Pejabat Guru 6 Cemerlang SPBT

Bilik Sukan B. Servis

Pemulihan

5 Gemilang 5 Terbilang

Tangga Tangga

Bilik LINUS Pra Sek 2

Makmal Komputer

B. PPSMI Stor
G a r a j K e r e t a

Pra Sek 1 Tandas Tangga

S U S U R

G A J A H

B. Sukan

PINTU MASUK

DATARAN ILMIAH / TAPAK PERHIMPUNAN

S U S U R G A J A H 5 Cemerlang Makmal

Surau

Pos Pengawal Pondok G a r a j B a s i k a l Wakaf Tangga Tangga Tangga Rumah Pam Tangga
Makmal Sains

Tangga B. Pekerja B. Muzik Tandas Tandas Tandas

Bengkel KH B. Gerakan
Perpustakaan

Bilik Cetak
B. Tayang 4 Cemerlang

Komputer

Pejabat SK Bandar

4 Gemilang

4 Terbilang

Pondok Wakaf

PELAN LOKASI SEKOLAH


JLN KG TEMBIOH JLN KG TEMBIOH JLN KG TEMBIOH

KEDAI MAKAN

BANGUNAN TERBIAR DARI JALAN KOTA TINGGI

PADANG JALAN JOHOR

DARI JOHOR BAHRU

KEDAI MAKAN SJK (T) JALAN TAJUL


J A L A N J A L A N I D R I S

SUNGAI JOHOR

KEDAI BASUH KERETA

J A L A N T A J U L

J A L A N T A Y

RUMAH KAKITANGAN

BALAI POLIS TRAFIK


O M A R

K I A H E N G

JALAN TAJUL

SJK (T) JALAN TAJUL DEWAN WARISAN

PELAN BILIK SENI VISUAL

C E B

PETUNJUK:

MEJA DAN KERUSI

SUDUT PAMERAN

KABINET

RODA PEMUTAR TEMBIKAR

PARA GANTUNG TEKSTIL

MEJA GURU

PINTU MASUK SINGKI

TANUR ELEKTRIK

PAPAN PAMERAN GANTUNG

A C E

PEJABAT GURU SENI

B D

STOR

BILIK CETAKAN

BILIK TEMBIKAR

BILIK TEKSTIL

PAPAN TULIS

KOMPUTER

MESIN PENCETAK

PENGURUSAN BILIK SENI

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni menggambar / melukis warna lukisan alam semulajadi seni huruf dan sebagainya. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai kemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut:

1. Aspek Fizikal Aspek fizikal adalah merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang disediakan di sekolah:

a) Trapuitik Bilik seni hendaklah menarik apabila masuk, mempunyai ciri ciri keindahan , mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik seni perlulah menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila kita masuk. Ia akan terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada murid murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah olah berada dalam sebuah rumah sendiri, serta wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu berusaha bersama dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Contoh:

Suasana Dalam Bilik Yang Trapuitik

b) Perabot dan Papan Maklumat Bilik seni yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam atau papan putih, papan kenyataan untuk memaparkan notis semasa, jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan , sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata kata motivasi termasuklah cara cara penggunaan laman web, komputer, CD dan LCD. Selain itu, ruang yang selesa, perabot yang sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual seperti meja dan kerusi kerja untuk guru dan murid murid serta ianya sesuai untuk semua aktiviti pendidikan seni visual yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. Ia juga hendaklah mempunyai ciri ciri yang ada bahagian pengajaran dan pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Jika boleh, jangan guna kerusi plastik tetapi lebih baik guna bangku yang tidak bersandar. Susunan meja dan kerusi dalam bilik seni hendaklah memberi kemudahan kepada murid murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.

Contoh:

Pintu Masuk Bilik Seni Yang Terdapat Papan Maklumat dan Hiasan.

c) Cahaya Cahaya yang mencukupi sama ada cahaya semula jadi atau cahaya sumber daripada lampu yang dipasang. Cahaya juga hendaklah dapat menerangi ruang bilik seni. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik. Contoh:

Pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang.

d) Peredaran Udara Bilik seni juga perlu mempunyai peredaran udara yang baik dan secukupnya supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid. Pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya. Arah pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.

Contoh:

Tingkap dapat memberi peredaran angin dan udara ke dalam dan luar sesebuah bilik.

Tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang.

e) Stor Stor adalah tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh dijadikan tempat menyimpan hasil kerja murid sama ada di dalam bilik stor atau di dalam almari.

f) Panel dan Rak Pameran Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi semasa hasil dari kerja kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan iaitu Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.

Contoh:

Bahan Pameran Hasil Kerja Murid

Bahan Pameran Kraf

Panel pameran murid.

Panel dan rak pameran hasil kerja murid

g) Kemudahan Asas Beberapa sinki air dan punca elektrik hendaklah diubahsuai agar dipasangkan di tempat yang sesuai dengan aktiviti pendidikan seni visual.

h) Poster Keselamatan Poster keselamatan perlulah ada agar guru dan murid sentiasa berhati hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

i) Warna Warna dinding dan lantai haruslah harmoni. Untuk menonjolkan bahagian bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah akan menyebabkan bilik kelihatan terang. Warna yang terang juga menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya.

j) Bahan dan Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Di dalam bilik seni juga hendaklah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai seperti carta, buku buku dan lain lain. Alat pengajaran dan pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, pencetak dan lain lain juga perlu ada. Contoh:

Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan.

k) Pejabat Guru PSV Sebaik baiknya, di bilik seni juga terletaknya pejabat guru PSV. Ini adalah supaya ia dapat memudahkan segala pengurusan PSV sama ada dari segi Pengurusan Fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

2. Aspek Sosial Aspek sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, terutamanya di dalam bilik darjah.

a) Interaksi Murid Pada kebiasaannya, murid murid di dalam sebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza beza. Ada murid yang pendiam atau pemalu serta tidak suka untuk bergaul dengan murid yang lain. Guru hendaklah bijak dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid murid dengan menunjukkan sikap yang baik dan adil semasa melaksanakan peraturan bilik darjah. Bilik seni ini pula hendaklah dapat memudahkan murid dapat bergerak dengan bebas serta menggalakkan interksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang lebih dikenali sebagai komunikasi sehala dan interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala.

b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Ruang di dalam bilik seni perlulah selesa supaya aktiviti dalam kumpulan dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu, aspek sosial ini juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik seni di mana guru menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik seperti, cara murid masuk atau keluar bilik seni. Contohnya, keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, murid mestilah berada di dalam kumpulan masing masing dan tidak merayau rayau di dalam bilik seni serta cara murid untuk mendapatkan bahan bahan pembelajaran. Contohnya, mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas dari guru.

3. Aspek Emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid murid terhadap guru mereka. Suasana ini akan menimbulkan jenis jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh gaya guru mengajar dan sifat guru itu sendiri. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi ini boleh diwujudkan dan disenangi oleh murid dengan: I) II) III) memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir. memenuhi kehendak fisiiologi iaitu memuaskan deria. membentuk suasana yang meransang kreativiti.

a) Hiasan Dalaman Seni hiasan dalaman ialah seni menyusun atur perabot dan mereka hiasan dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dalam bilik darjah serta membantu suasana pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat

menggalakkan lagi interaksi antara murid.

b) Ruang Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan serta jenis dan jumlah perabot yang akan digunakan. Saiz perabot juga perlu diambil kira kerana perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik seni yang kecil. Susunan dan pemilihan perabot akan menentukan ruang dalam bilik. Bentuk bilik juga perlu sama ada bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya. Ini adalah supaya susunan yang di hasilkan dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsang pembelajaran murid.

c) Peragaan Hasil Kerja Guru hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan yang bersesuaian untuk memperagakan dan mempamerkan hasil kerja murid. Cara ini akan dapat membina kepuasan dan keyakinan dalam diri murid dalam menghasilkan kerja seni.

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual

1. Menggambar Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar.

a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. b) Teknik Teknik Menggambar

Teknik Kolaj Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Contoh:

Teknik Catan Apabila kita mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain lain. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Contoh :

Teknik Stensilan Dalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atau stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Contoh:

Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Ada pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Polyfoam adalah bahan yang mudah untuk diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan.

Contoh:

Teknik Gosokan Krayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu permukaan yang kasar. Contohnya diatas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Kita boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. Lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Contoh:

Teknik Resis Teknik resis ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin atau pun cow gum. Teknik ini boleh menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan diatasnya.

Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Contoh:

Teknik Gurisan Teknik gurisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis lapis supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Contoh:

Teknik Mozek Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun dan menambah bahan bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih akan memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. Contoh:

Teknik Percikan Teknik percikan ini adalah dengan memercikkan bahan warna dari sesuatu alat. Contohnya, warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Contoh:

2. Membuat Rekaan dan Corak Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain . Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak boleh didapati daripada: Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.

a) Jenis Susunan Corak Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa Sisik ikan

Selang seli

Tapak dam dan tapak catur

Siku keluang

Pucuk rebung

Orgee

Batu bata

Tunggal Berpusat

Sendeng Berombak Jidar Berjalur

Cerminan

b) Teknik Corak a. Corak Terancang LUKISAN KOLAJ

KALIGRAFI CORAK TERANCANG

RESIS

CATAN

CAPAN

CETAKAN

LIPATAN DAN GUNTINGAN

b. Corak Tidak Terancang

3. Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan kepada murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Ia akan dapat dilihat

bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja. Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan

aspek aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka bentuk dan membina sesuatu model. Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan. Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: a. Arca timbul

b. Arca asemblaj

c. Arca mobail

d. Arca stabail

e. Origami

f. Model

g. Diorama

h. Boneka

i. Topeng

Tema dan Subjek a. Alam semulajadi b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

c. Aliran dan tema sejagat d. Keperluan dan pengalaman harian

4. Kraf Tradisional a) Definisi Perusahaan atau kerja kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing masing.

b) Jenis Kraf Tradisional Alat domestik Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Contoh:

Alat permainan Wau adalah salah satu contoh permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi masa lapang. Pada kebiasaannya, wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini, wau masih dimainkan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pahang dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di Malaysia termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan.

Contoh:

Alat mempertahankan diri Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan masyarakat Melayu tradisional terutama di Zaman Kerajaan Melayu Melaka dan hingga kini masih menggunakan senjata seperti keris, pedang, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, lembing dan sumpit. Contoh:

Batik Batik sudah terkenal di seluruh gugusan Melayu dan dianggap sebagai bidang kraf tangan tradisional terunggul. Batik tradisi dan moden

mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik canting dan batik lukis merupakan kaedah membuat batik dan diminati ramai. Contoh:

Seni tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji dan sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, hiasannya dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Contoh:

Tembikar Seni ini telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Ia dihasilkan dengan berbeza dari segi bentuk, corak dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk persamaannya hanyalah dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.

Contoh:

Anyaman Ia merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuan, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu ribu atau bahan bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu menggunakan teknik selang seli helaian antara satu sama lain. Contoh:

Kelarai Ia adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan untuk menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini diantaranya ialah:

i. Kelarai berakar ii. Kelarai beras patah iii. Kelarai bunga cengkih iv. Kelarai tampuk manggis v. Kelarai bunga mempelas vi. Kelarai anak ikan vii. Kelarai kepala lalat viii. Kelarai mata punai ix. Kelarai sisik kelah x. Kelarai tapak harimau Contoh:

Ukiran Seni ukiran kayu adalah sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi

kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran ini adalah hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Ia diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Contoh:

5. Kesimpulan Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik. Mereka juga mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Apa yang guru perlu pentingkan dan ambil berat ialah pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

RUJUKAN

You might also like