You are on page 1of 5

TRANSKRIPSI GURU A ( ROZAINI BT DAUD / PPG PM2) Tajuk P&P : Kegunaan Pokok Kelapa Sawit Jenis Aktiviti : Individu,

Kumpulan Jadual Lakuan Peristiwa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Pelaku


Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru

Dialog
OK hari ini cikgu nak tunjuk ni. Siapa tahu apa ini? Ada apa di dalam ini? Sebilangan murid menjawab air teh dan cecair Ok cecair. Apa cecair ini? Minyak Siapa yang sebut minyak tadi? Sebilangan murid mengangkat tangan. Ok ini adalah minyak. Cikgu sengaja letak dalam botol yang berlainan supaya kamu tak tahu apa ini. Ok ini adalah minyak. Daripada mana minyak ini dihasilkan? Daripada kelapa sawit Guru menegaskan daripada kelapa sawit. Apa kegunaan minyak? Memasak Guru menegaskan kegunaannya untuk memasak. Sekarang cikgu tunjukkan tentang pokok kelapa sawit. Ini pokok kelapa sawit yang kita akan belajar hari ini ye. Ok yang ini cikgu tunjukkan apa ini? Ladang kelapa sawit. Ladang kelapa sawit. Siapa yang tak pernah tengok ladang kelapa sawit? Sebilangan murid mengangkat tangan. Ye ke. Dekat kawasan kita ni ada tak? Ada. Ok seterusnya ini produk yang dapat dihasilkan dengan menggunakan kelapa sawit. Lihat gambar pertama tu apa? Makanan. Produk makanan. Yang kedua? Penyapu lidi. Apa benda tu? penyapu, penyapu lidi. Yang ketiga tu? Minyak. Ok ni yang tadi ye minyak. Seterusnya? Sabun. Ok sabun. Seterusnya lagi? Perabot. Ok perabot. Seterusnya? Pewangi Pewangi ke itu? Pelembap bibir

Murid Guru Murid Guru

12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid

31 32 33 34 35 36 37 38

Guru Murid Guru

Guru Murid Guru Murid Guru

39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52

Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru

Murid Guru Murid Guru

53 54

Murid Guru

Aaa pelembap bibir. Seterusnya lagi? Baja Ok ini ialah hasil daripada pokok kelapa sawit tadi. Sekarang cikgu edarkan petikan kelapa sawit ni. Sambil mengedarkan, cikgu meminta murid memerhatikan petikan itu. Ok kamu dah ada kumpulan kan? Dah. Mula-mula baca dulu secara senyap dulu Murid membaca petikan OK yang di depan ni sama dengan yang ada di tangan kamu lah. Ok dah? Cikgu nak beberapa kumpulan tak semua kumpulan ye. Hanya beberapa kumpulan bacakan petikan kelapa sawit ini. Mula dengan kumpulan sini dulu. Bangun. Semua ahli kumpulan berdiri. 5 Ok. Baca betul-betul dengan nada dan intonasi yang betul Kumpulan pertama membaca petikan. Ok terima kasih duduk. Kumpulan sini pula. Kumpulan seterusnya membaca petikan. Ok kumpulan seterusnya. Kumpulan Adam. Kumpulan seterusnya membaca petikan. Ok kumpulan terakhir. Kumpulan terakhir membaca petikan. Ok duduk. Sekarang ni tengok petikan. Kita nak fahamkan petikan. Kamu faham tak petikan ini? Faham. Keseluruhannya mengenai kegunaan pokok kelapa sawit. Selain daripada pokok kelapa sawit apa lagi pokok yang banyak kegunaannya? Pokok nipah, pokok kelapa Pokok kelapa. Pokok kelapa semua bahagiannya boleh digunakan. Betul tak? Betul. Ok kita tengok ni. Pokok kelapa sawit pun sama. Buah, tandan, pelepah dan daunnya dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai bahan. Itu adalah bahagian pokok kelapa sawit. Siapa tak tahu apa itu tandan? Apa maksud tandan? Ok sama dengan batang kan? Yang seterusnya minyak isirung kelapa sawit dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan. Contohnya marjerin yang kamu selalu makan di rumah. Ok itu adalah hasil daripada kelapa sawit. Marjerin mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan untuk kesihatan. Ok selain dari marjerin, apa lagi yang ada dalam ni tadi? Aiskrim dan lemak makanan Aiskrim dan lemak makanan macam yang cikgu tunjuk tadi. Macam yang cikgu tunjuk produk sebelum ini. Kemudian selain daripada makanan minyak isirung kelapa sawit juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai barangan bukan makanan. Tak boleh dimakan contoh sabun, asid lemak dan

55 56 57 58

Murid Guru Murid Guru

59 60 61

Murid Guru

Guru

62 63 64 65 66 67

Murid Guru Murid Guru

Murid Guru

68 69 70 71 72 73 74 75 76 77

Murid Guru

Murid A Guru Murid Guru Murid Guru

Murid Guru

minyak untuk menggerakkan enjin. Ok seterusnya tadi minyak isirung kelapa sawit. Isirung tu daripada buah kelapa sawit itu. Selain dari minyak, tandan kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan makanan haiwan, bahan api, baja dan bila dihancurkan jadi bahan semaian untuk cendawan. Ok seterusnya bahagian apa lagi? Batang. Buat apa daripada batang kelapa sawit? Perabot Ok perabot iaitu daripada pokok yang tua, ditebang, dihancurkan dan kemudian dijadikan papan yang bermutu. Seterusnya dijadikan perabot. Selain daripada perabot apa lagi kegunaan batang pokok kelapa sawit? Dijadikan baja organik Ok tadi cikgu ada tunjukkan gambar tu kan. Baja organik itu daripada batang kelapa sawit yang telah reput. Jadi kelapa sawit ini mempunyai banyak faedah kepada kita. Guru paparkan slaid powerpoint. Gambar apa ini? Ini pokok kelapa sawit keseluruhannya. Tadi ada yang belum pernah tengok lagi kan? Simpang itu pun ada pokok kelapa sawit. Yang pertama atas itu bahagian apa itu? Daun. Yang di atas sekali bahagian daun. Apa kegunaan daun? Membuat lidi Apa? Membuat lidi penyapu. Ok seterusnya pelepah. Apa kegunaan pelepah? Untuk membuat bahan api. Seterusnya buah. Apa kegunaan buahnya? Buat marjerin. Seterusnya batang kelapa sawit. Digunakan untuk dijadikan perabot dan baja organik. OK berdasarkan petikan ini, terdapat beberapa contoh ayat tunggal. Cuba baca ayat-ayat ini. Murid membaca ayat yang dipaparkan. Itu merupakan contoh ayat tunggal yang cikgu ambil daripada petikan ini. Sebenarnya terdapat banyak lagi ayat dalam ini ye. Sekarang ni, cikgu nak tanya apa itu ayat tunggal? Ayat tunggal tidak mempunyai sebarang kata hubung. Apa fungsi kata hubung tu? Untuk menggabungkan 2 ayat menjadikan 1 ayat. Ok 2 atau lebih ayat tunggal kita gabungkan menjadi ayat majmuk. Apa contoh kata hubung? Dan, sambil, atau, lalu, kerana, tetapi Ok sekarang ni, cikgu nak kamu duduk dalam kumpulan. Ok pusing duduk dalam kumpulan. Wakil kumpulan datang ke sini. Semua kumpulan dah ambil? Dah. Setiap kumpulan baca arahan tu, bina ayat berdasarkan kegunaan bahagian pokok kelapa sawit. Cikgu dah tetapkan kat situ. Contoh kumpulan pertama apa bahagian kat situ?

78 79 80 81 82

Murid Guru Murid Guru

Murid A

83 84 85 86

Guru Murid B

Guru Murid C

87 88

Guru Murid D

89 90

Guru Murid E

91

Guru

92 93

Murid Guru

94 95 96 97

Murid Guru Murid Guru

Buah jadi mereka ni bina ayat tunggal, bukan ayat majmuk. Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan buah tadi tapi berdasarkan pokok kelapa sawit sahaja. Faham tak? Faham Ok boleh mula sekarang. Murid membina ayat tunggal. Ok sekarang cikgu nak panggil ketua kumpulan yang pertama dulu. Datang ke depan. Ok kumpulan lain dengar betul-betul ayat yang dibacakan oleh kawan kita ini. Buah kelapa sawit dapat menghasilkan pelbagai barangan. Buah kelapa sawit dapat menghasilkan minyak isirung. Minyak isirung kelapa sawit juga dijadikan aiskrim. Minyak isirung dapat menghasilkan produk yang bukan makanan juga. Baik kumpulan yang kedua, belakang sana. Batang pokok kelapa sawit dapat dijadikan perabot. Ia juga dapat dijadikan papan yang bermutu tinggi. Batang kelapa sawit yang telah reput amat sesuai dijadikan baja organik. Ok kumpulan yang seterusnya. Batang kelapa sawit juga dapat dijadikan perabot. Batang pokok kelapa sawit yang tekah reput pula sesuai dijadikan baja organik. Batang pokok kelapa sawit yang tua boleh dijadikan papan yang bermutu. Batang pokok kelapa sawit digunakan untuk menghasilkan perabot yang unik. Ok kumpulan yang seterusnya. Tandan kelapa sawit digunakan bagi dijadikan makanan haiwan. Tandan kelapa sawit juga digunakan untuk dijadikan bahan api. Tandan kelapa sawit juga boleh diproses untuk dijadikan baja. Bahan semaian untuk cendawan juga berasal dari tandan kelapa sawit. Ok kumpulan terakhir. Pokok kelapa sawit ada banyak kegunaannya. Dalam buah kelapa sawit terdapat minyak isirung. Minyak isirung kelapa sawit boleh membuat pelbagai jenis makanan. Minyak isirung kelapa sawit juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai barangan. Ok kita lihat ayat ni. Minyak isirung kelapa sawit boleh membuat pelbagai jenis makanan, betul ke salah? Minyak isirung kelapa sawit boleh membuat pelbagai jenis makanan. Minyak tu yang buat, betul ke? Salah. Boleh dibuat. Ok semua kumpulan dah bentangkan. Baik dalam pelajaran kita tadi dalam petikan tu kita telah belajar mengenai kegunaan pokok kelapa sawit. Setiap bahagian pokok kelapa sawit tu ada kegunaannya. Bermula dari daun. Daun buat apa? Penyapu. Buahnya? Minyak isirung. Bahan makanan dan bukan makanan

98 99 100 101 102

Guru Murid Guru Murid Guru

103

Murid

Batangnya? Perabot. Boleh digunakan untuk membuat perabot. Tandannya? Baja. Baja dan juga makanan haiwan. Ok kesimpulannya apa? Rumusannya ialah pokok kelapa sawit merupakan pokok yang serbaguna. Sampai ni je pelajaran kita pada hari ni. Ok semua bangun. Ketua kelas. Terima kasih cikgu.

You might also like