Personaliti guru : Pengaruh ke atas pengajaran danpembelajaranAbstrak
Personaliti guru memainkan peranan kerana ianyamempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru seringmenjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabaryang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaanmenerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akanmencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadipendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi.Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkanpengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati danmeninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsungmempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guruperlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalampendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlumempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru seringmenjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakatkhasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guruturut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status gurudipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kinisegalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjagapersonalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifatyang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangankerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru danhanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagaisatu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.
1