You are on page 1of 1

Nama : Sivanesan A/l Balasubramaniam

Opysen : PJ / BI / BT Ambilan 2007

Pencemaran Alam Sekitar

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha Puan Pengetua


Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad Pn. Aisyah Binti Omar, barisan guru,
dan rakan-rakan sekalian selamat pagi saya ucapkan. Dengan keizinan Tuhan,
saya dianugerahi kesempatan ini untuk berucap sepatah dua kata sempena
majlis pelancaran Kempen Kebersihan Alam Sekitar peringkat sekolah pada hari
yang mulia ini. Pada hari ini saya akan berucap mengenai ”pencemaran alam
sekitar”.
Para hadirin sekalian,
Alam sekitar merupakan salah satu anugerah Tuhan kepada kita. Tetapi
sejauh mana tahap kesedaran dan keprihatinan manusia terhadap anugerah
Tuhan yang tidak ternilai dan sangat penting ini. Isu berkaitan alam sekitar
menjadi bualan ramai pada masa kini iaitu pada abad ke-21. Hal ini kerana,
terlalu banyak isu yang diketengahkan serta masala yang perlu diselesaikan.
Malangnya nasib alam sekitar semakin hari semakin parah. Pencemaran alam
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pencemaran bunyi, udara dan air.
Hadirin yang budiman,
Penggunaan kenderaan motor yang berleluasa merupakan punca utama
berlakunya pencemaran udara dan bunyi. Hal ini kerana, kenderaan-kenderaan
ini membebaskan gas dan bahan-bahan pencemar ke udara. Antara contoh gas-
gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan ialah karbon dioksida, monoksida,
sulfur dioksida dan juga nitrogen dioksida. Gas-gas ini sangat bahaya kepada
kesihatan manusia. Kesanya ialah, batuk yang berpanjangan, selsema, pedih
mata dan astma yang teruk.
Hadirin yang dihormati,
Selain kenderaan, faktor lain yang membawa kepada pencemaran ialah
kegiatan pembakaran yang berleluasa. Pelupusan sampah sarap secara terbuka
menghasilkan asap tebal dan gas beracun. Selain itu, pembakaran hutan untuk
kegunaan pertanian pindah mengeluarkan gas karbon dioksida dan asap tebal
yang mengandungi zarah-zarah terapung di udara. Begitu juga dengan peristiwa
kebakaran dan pembakaran hutan yang sering berlaku di Indonesia sehingga
menyebabkan jerebu melanda Malaysia. Manakala, pencemaran air berlaku
disebabkan akibat tumpahan minyak daripada kapal, pelepasan sisa-sisa kimia
daripada kilang ke sungai dan sampah sarap di buang ke dalam sungai.
Akibatnya ialah kehidupan akuatik mati malah ada yang pupus. Selain itu,
kekurangan sumber air yang bersih juga berlaku.
Hadirin yang dikasihi,
Olah yang demikian sama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar
dan menjadi lebih mesra alam dalam setiap aspek kehidupan.
Sekian terima kasih.

You might also like